Minit 1 RMT

You might also like

You are on page 1of 3

SJK(T) LADANG MIDDLETON, 73500 ROMPIN,

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

MINIT MESYUARAT UNIT RMT, KANTIN DAN SUSU


KALI PERTAMA 2018

Tarikh : 26.12.2017 (SELASA)

Masa : 3.30PM - 5.00PM

Tempat : Pusat Sumber Sekolah

Kehadiran

Bil Nama Guru Jawatan T/tangan

1. En.R.Ramasamy Guru Besar 1/1

2. En.K.Sarawanan GPK HEM 1/1

3. Pn.M. Rupini Penyelaras RMT,Kantin dan susu, Guru Tahun 6 1/1

4. Puan.M.Punitha Setiausaha RMT,Kantin dan susu, Guru Tahun 1 1/1

5. Pn.K.Premah Guru Tahun 2,3 1/1

6. Pn.V.Eswary Guru Tahun 4,5 1/1

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Guru Besar mengalu-alukan kehadiran semua guru ke mesyuarat jawatankuasa


RMT, kantin dan susu pertama bagi tahun 2018.
1.2 Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana dapat hadir
ke mesyuarat yang penting ini.
1.3 Beliau meminta semua guru memberi kerjasama untuk menjalankan program
RMT secara lancar bagi tahun 2018.

2.0 Ahli Jawatankuasa RMT,Kantin dan susu


2.1 Pentadbiran menyenaraikan ahli jawatankuasa lawatan bagi tahun 2018 seperti
berikut:
i. Pengerusi : En.R.Ramasamy
ii. Penasihat : En.K.Sarawanan
iii. Penyelaras : Pn.M.Rupini
iv. Setiausaha : Pn.M.Punitha
v. Ahli Jawatankuasa :
a) Pn.V.Eswary
b) Pn.K.Premah
3.0 Pengurusan RMT

3.1 Memastikan murid yang layak mendapat RMT.

3.2 Membantukan menyediakan menu RMT.

3.3 Kebersihan makanan dan peralatan makanan perlu dijaga dan diperhati setiap hari.

3.4 Guru RMT mesti berada di kantin sebelum diedarkan pada waktu pagi.

3.5 Ketepatan masa semasa memberi makanan perlu diutamakan.

3.6 Memastikan menu seperti jadual yang ditetapkan.

3.7 Kuantiti makanan telah diberitahu dan perlu dipantau setiap hari.

3.8 Memastikan jumlah hari RMT adalah 190 hari.

3.9 Menyediakan sudut RMT dan memaparkan senarai murid, senarai menu, senarai guru

bertugas dan maklumat makanan sihat.

3.10 Mencatatkan berat dan tingi murid dan pencapaian akademik murid.

3.11 Pesanan perlu dibuat bedasarkan kehadiran murid yang dijangka.

3.12 Uji rasa perlu dilakukan oleh guru bertugas dan membuat laporan harian dan merekod

kehadiran.

3.13 Seramai 4 orang murid sahaja layak mendapat makanan RMT pada tahun 2018.

4.0 Pengurusan Kantin


4.1 Memeriksa kantin sekolah dari segi Kebersihan, kemudahan, peralatan, kelangkapan
serta kawasan persekitaran.
4.2 Kebersihan mutu dan kesesuaian dan kos bahan-bahan makanan yang dijual.
4.3 Keselamatan dan Kebersihan diri serta tingkah laku pekerja kantin.
4.4 Mengambil tindakan segera terhadap masalah-masalah yang timbul berkaitan dengan
kantin sekolah.
4.5 Membuat laporan yang tertentu mengenai kantin sekolah.
4.6 Memastikan supaya murid-murid sentiasa bersopan-santun dan mengamalkan pekerti
yang mulia semasa berada di kantin.
4.7 Memastikan pengurusan dan pengendalian perjalanan kantin berjalan lancar.
4.8 Memastikan kualiti makanan yang dijual di kantin adalah bersih dan terjamin.
5.0 Hal-hal lain
5.1 Pengerusi meminta guru kelas agar dapat menyenaraikan nama murid miskin yang
tercicir untuk menerima bantuan RMT.
5.2 Pengerusi meminta Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid agar dapat memohon
semula bantuan RMT bagi murid miskin yang tercicir.
5.2 Guru bertugas perlu memastikan makanan yang dibekalkan segar dan mengandungi
khasiat.

6.0 Ucapan Penangguhan

6.1 Ucapan terima kasih kepada guru-guru kerana dapat hadir dan semoga segala usaha
berjalan dengan lancar dan teratur.
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.00 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………………… ……………………………………

(RUPINI A/P MANOHARAN) (ENCIK K. SARAWANAN)

Setiausaha Jawatankuasa RMT,Kantin dan susu GPK HEM,

SJKT LADANG MIDDLETON. SJKT LADANG MIDDLETON.

You might also like