You are on page 1of 16

SK KUALA KLAWANG 2022

RANCANGAN TAHUNAN
KELAB KEWANGAN
PELAJAR DAN
PENCEGAHAN JENAYAH
RANCANGAN TAHUNAN
Kelab KEWANGAN PELAJAR DAN Pencegahan Jenayah (KKP&PJ)

BULAN OBJEKTIF / PROGRAM AKTIVITI TINDAKAN

Januari Pendaftaran ahli-ahli 1. Menawar dan mengambil lebih ramai Guru Penasihat
KKP&PJ ahli baru KKP&PJ kelab
2. Memberi pendedahan dan kesedaran
kepada lebih ramai pelajar sekolah
tentang aktiviti dan objektif KKP&PJ
3. Memberi pendedahan kepada para ahli
tentang prosedur dan tatacara
bermesyuarat.
4. Mendidik para ahli untuk bersikap
lebih demokratik dan toleransi.

Februari Keburukan melakukan 1. Memberikan pendedahan kepada Guru Penasihat


jenayah murid tentang keburukan melakukan kelab
jenayah.
“5 MINIT CEGAH 2. Memberikan pendedahan tentang isu-
JENAYAH“ isu semasa jenayah.

BULAN OBJEKTIF / PROGRAM AKTIVITI TINDAKAN

Mac Kesan negatif akibat ponteng 1. Memberi pendedahan kepada Guru Penasihat
sekolah pelajar tentang : kelab
“ KEMPEN JOM a.kesan negatif aktiviti ponteng
KE b.faktor-faktor ponteng sekolah
SEKOLAH ” c.keburukan aktiviti ponteng
d.cara mengatasi masalah
ponteng

3. Mendisiplinkan pelajar agar


patuh kepada peraturan sekolah
terutama pelajar Tahun 6 supaya
tidak terlibat dengan aktiviti
ponteng sekolah

April Wang Saku 1. Memberi pendedahan kepada murid : Guru Penasihat


kelab
“Jom Menabung” - cara menguruskan wang perbelanjaan
sekolah.
- Merekod transaksi wang saku sendiri dengan
menghasilkan ‘buku kira-kira’
- Pembinaan ‘tabung saya’

Mei Keburukan melakukan 1. Memberikan pendedahan kepada murid Guru Penasihat


jenayah tentang : kelab

a. keburukan melakukan jenayah.


b. isu-isu semasa jenayah.
“JENAYAH DALAM c. menyatakan contoh jenayah yag
KALANGAN MURID sering dilakukan oleh pelajar
SEKOLAH”

BULAN OBJEKTIF / PROGRAM AKTIVITI TINDAKAN

Jun Keburukan vandalisme 1. Memberi pendedahan kepada pelajar Guru Penasihat


tentang kelab
a. kesan negatif aktiviti
vandalisme.
b. faktor-faktor vandalisme
“KEMPEN VANDALISME c. keburukan vandalisme
SIFAR” d. cara mengatasi masalah
vandalisme di kalangan pelajar
sekolah.
2. Mendisiplinkan pelajar agar patuh
kepada peraturan sekolah supaya tidak
terlibat dalam vandalisme.

Julai Mendisiplinkan murid kepada 1.  Memberi pendedahan kepada pelajar Guru Penasihat
peraturan sekolah tentang kesan negatif aktiviti buli kelab
2. Memberi pendedahan kepada pelajar
“BULI” tentang keburukan aktiviti buli dan
cara mengatasi masalah buli di
kalangan pelajar sekolah.
3. Mendisiplinkan pelajar agar patuh
kepada peraturan sekolah supaya tidak
terlikbat dengan aktiviti buli pelajar
yang lebih lemah dan mengelakkan diri
daripada dibuli oleh pelajar yang lain.

BULAN OBJEKTIF / PROGRAM AKTIVITI TINDAKAN

Ogos  Faktor-faktor dan contoh 1.  Memberi pendedahan kepada pelajar Guru Penasihat
ugut dikalangan murid tentang kesan negatif aktiviti ugut kelab
sekolah rendah 2. Memberi pendedahan kepada pelajar
tentang keburukan aktiviti ugut dan
cara mengatasi masalah ugut di 
kalangan pelajar sekolah.
“UGUT” 3. Mendisiplinkan pelajar agar patuh
kepada peraturan sekolah supaya tidak
terlibat dengan aktiviti ugut .
Septemb Mengenali dan menyayangi 1. Mendedahkan pelajar kepada negeri - Guru Penasihat
er negara negeri di Malaysia kelab
2. Memupuk nilai murni dengan merasai
kasih dan sayang pada Negara.
“INDAHNYA 3. Memberikan keyakinan kepada pelajar
NEGARAKU” untuk hidup aman dalam masyarakat
yang berbilang kaum.
4. Pameran indahnya negaraku bersama
Jabatan Perpaduan Negara.
5. Soalan kuiz/ Pertandingan mewarna

OBJEKTIF / PROGRAM AKTIVITI TINDAKAN


BULAN
Oktober Lawatan Sambil Belajar ke 1. Mendedahkan ahli kepada budaya Guru Penasihat
Balai Polis berdekatan luar yang sihat kelab
2. Memupuk nilai murni dengan
melakukan aktiviti berfaedah sebagai
“LAWATAN KERJAYA” satu langkah pencegahan jenayah.
3. Memberikan keyakinan kepada ahli
untuk bergaul dengan masyarakat.
4. Meningkatkan pengetahuan tentang
salah laku jenayah, keburukannya
dan langkah pencegahan jenayah
serta hukumannya.
5. Mengeratkan hubungan dengan
agensi seperti Polis di samping
membantu murid untuk membenteras
dan mencegah jenayah dalam
kalangan pelajar.
BULAN OBJEKTIF / PROGRAM AKTIVITI TINDAKAN

November Memupuk sikap positif diri 1. Meningkatkan tingkahlaku positif Guru Penasihat
dan sikap kepimpinan dalam kelangan pelajar yang sering kelab
melanggar peraturan sekolah.
‘MASIH ADA YANG 2. Meningkatkan pengetahuan tentang
SAYANG’ jenayah, keburukan dan hukuman
yang diterima sebagai satu langkah
pencegahan.
3. Memberikan kesedaran kepada ahli
dan murid sekolah tentang keburukan
melakukan jenayah.

Sepanjang Rumusan Program 1. Membuat rumusan dan laporan Guru


tahun Sepanjang Tahun tentang perjalanan unut KPJ Penasihat
sepanjang tahun Kelab
“LAPORAN KPJ”

Mengadakan aktiviti-aktiviti 1. Memupuk nilai murni dengan Sepanjang


pencegahan jenayah di melakukan aktiviti dan member  info tahun
sekolah : berfaedah sebagai satu langkah
pencegahan jenayah.
“SUDUT 2. Memupuk budaya memberikan
PENCEGAHAN sumbangan kepada masyarakat
JENAYAH” khususnya sekolah.
3. Menceriakan dan mencantikkan
kawasan sekolah, sebagai satu
alternatif untuk merehatkan minda
dan menyihatkan badan.
Aktiviti Kelab

Pelantikan AJK 

Pada 12 Januari 2011,kelab kewangan telah mengadakan perjumpaan buat kali


pertama.
Pada perjumpaan ini beberapa orang Ahli Jawatankuasa dilantik untuk
menguruskan kelab seperti pengerusi, naib pengerusi dan lain-lain.
Senarai Ahli Jawatankuasa adalah seperti berikut :

PENGERUSI:
- NAJIHAH BT HUSSAIN -

NAIB PENGERUSI:
- ENGKU NOOR FARIHAH BT
ENGKU KHAIRUL ANUAR -
SETIAUSAHA:
- ANIS BT AMRAN -

NAIB SETIAUSAHA:
- FATIN IZZATI BT ZAINOL -

BENDAHARI:
- ANURUN BT JIMAT -

NAIB BENDAHARI:
- FARIDAH BT AHMAD ZAINAL -

AHLI JAWATANKUASA:
1. NADIA BT JALILUDIN
2. ISKANDAR B. YUSOF
3. ZAFIRAH BT YAZIT
4. NURATIKAH BT HAMID
5. NOR NABILAH BT AB. GHAFAR
6. M. HASBULLAH B. ABD. RAZAK

Selain itu, guru-guru dan ahli-ahli kelab telah membincangkan aktiviti-aktiviti


yang akan dilakukan sepanjang tahun.
Antaranya ialah :
1)Belajar tentang cara pengurusan kewangan dengan betul
2)Kumpul koleksi wang negara lain
3)Lawatan ke ekspo kewangan
4)Jualan untuk hari-hari khas
5)Lawatan sambil belajar.
Perjumpaan berakhir pada pukul 2.15petang. Sebelum bersurai guru penasihat
mengagihkan tugas kepada AJK yang dilantik untuk menghias papan kenyataan
kelab.

Kerjaya Pada Masa Hadapan

Pada 26 Januari 2011 yang lepas, Kelab Kewangan telah mengadakan perjumpaan untuk
kali kedua.
Aktiviti utama kelab pada hari ini ialah tentang Kerja Pada Masa Hadapan.
Ahli-ahli yang hadir dibahagikan kepada 9kumpulan yang kecil.
Setiap kumpulan harus membuat perbentangan tentang kerjaya yang dipilih.

Pada akhir aktiviti ini,seorang wakil dari setiap kumpulan akan kehadapan untuk
memberitahu ahli yang lain tentang kerjaya pilihan mereka dan sebab-sebab mereka
memilih kerjaya tersebut.
Aktiviti ini dapat memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan,sikap berani untuk
kehadapan dan dapat mengenali rakan-rakan mereka dengan lebih rapat lagi.

Ahli dibenarkan bersurai pada jam 2.15petang.

Antara aktiviti yang dilakukan ! 

seronok .. :)
 Pelbagai pekerjaan yang telah dibincangkan oleh ahli kelab kewangan.

Antaranya pekerjaan yang mereka minati:

~ Ahli Perniagaan, Akautan, Pegawai Bank, Forensik dan Lain-lain 

Kepentingan Pendidikan

Pada 16 Februari 2011, Kelab Kewangan telah mengadakan perjumpaan kali ke-3 di Makmal
Kimia pada jam 1.15 petang. Seramai 34 orang ahli telah hadir dalam perjumpaan ini
berserta dua orang guru. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada petang tersebut ialah
perbincangan dalam kumpulan masing-masing tentang "Kerjaya Pada Masa
Hadapan" yang mementingkan pendidikan. Di dalam aktiviti ini, setiap ahli kumpulan
membawa sehelai keratan akhbar berkaitan dengan kerjaya atau pekerjaan. Contohnya
seperti keratan tentang "Perancang Harta Islam". Antara objektif aktiviti ini ialah:

a) Contoh kerjaya atau pekerjaan.

b) Ganjaran yang ditawarkan bagi setiap kerjaya atau pekerjaan.

c) Tahap pendidikan yang bersesuaian dengan kerjaya atau pekerjaan.

Aktiviti ini telah berjaya memberi kesedaran kepada ahli-ahli kelab kewangan, bahawa
tahap pendidikan sangat penting dalam mencari pekerjaan. Selain itu, aktiviti ini juga
berjaya memberi keyakinan diri kepada ahli-ahli kelab. Seterusnya perjumpaan kelab tamat
pada jam 2.30 petang.

Hasil daripada aktiviti tersebut ialah:

i) Contoh Kerjaya/Pekerjaan: Perancang Harta Islam

  Ganjaran yang ditawarkan: Pendapatan yang lumayan.

  Tahap Pendidikan: Diploma.

ii) Contoh Kerjaya/Pekerjaan: Jurutera Latihan.

   Ganjaran yang ditawarkan: Pendapatan lumayan.


   Tahap Pendidikan: Ijazah Kejuruteraan Elektrikal.

Aktiviti yang dilakukan:

Sumber: Cikgu Siti Alisa

Wang Saku

Pada 02 Mac 2011, Kelab Kewangan telah mengadakan perjumpaan kali ke-4 di Makmal
Kimia pada jam 1.15 petang. Seramai 32 orang ahli telah hadir dalam perjumpaan ini
berserta dua orang guru. Antara aktiviti yang dijalankan pada hari ini ialah, "Transaksi
Penerimaan dan Pengeluaran Wang Saku". Antara objektif aktiviti ini ialah:

a) Ahli kelab diberi tunjuk ajar tentang cara-cara merekod transaksi penerimaan dan
pengeluaran wang saku.

b) Ahli kelab diberi latihan tentang transaksi penerimaan dan pengeluaran wang saku.

Aktiviti ini telah berjaya memberi panduan kepada ahli kelab untuk merekod transaksi
wang saku sendiri. Seterusnya perjumpaan kelab tamat pada jam 2.30 petang.

Aktiviti ini dapat memberikan tunjuk ajar kepada ahlinya supaya bijak dalam menguruskan
perbelanjaan selaras dengan sumber hasil yang diperoleh .
Hal ini sedikit sebanyak dapat memberikan pengetahuan kepada ahli-ahlinya .
Aktiviti yang dijalankan:

Sumber: Cikgu Siti Alisa.

Mata Wang Asing

Pada 23 Mac 2011, Kelab Kewangan telah mengadakan perjumpaan kali ke-5 di makmal
kimia pada jam 1.15 petang. Seramai 31 ahli kelab yang hadir berserta dua orang guru.
Antara aktiviti yang telah dijalankan pada petang ini ialah, perbincangan dalam kumpulan
mengenai "nilai mata wang asing". Objektif daripada aktiviti ini ialah:

a) Ahli kelab dapat mengetahui tentang nilai mata wang luar negara.

b) Ahli kelab ini juga dapat mengetahui tentang nilai tukaran mata wang asing di negara
Malaysia dengan negara luar.

Hasil daripada aktiviti ini ialah:    


Tukaran Asing:                  

Amerika Syarikat - Dolar                                        

Korea - Won

Filipina - Peso

China - Renminbi

Itali - Lira

Jepun - Yen

Arab Saudi - Riyal

Hong Kong - Dolar

Thailand - Bath

Perbezaan Nilai Mata Wang:

1 USD = RM 3.0600
100 DOLAR HONGKONG = RM 40.0500
1 EURO = 4.4030
100 BATH THAI = RM 10.9200
100 INDONESIA RUPIAH = RM 0.0360
100 POUND UK = RM4.9910
100 RIYAL SAUDI = RM 82.7800
100 YEN JEPUN = RM 3.6260
100 PESO FILIPINA = RM 7.2600100 DOLAR SINGAPURA = RM 2.4380

Sumber: Buku Teks Ekonomi Asas Tingkatan Lima dan Internet.

Mata Wang Asing:


Sumber: Nuratikah Hamid
Insurans

Pada 13 April 2011, Kelab Kewangan telah mengadakan perjumpaan kali ke-6 di Makmal
Kimia pada jam 1.15 petang. Pada perjumpaan ini, seramai 24 ahli telah hadir berserta
seorang guru. Antara aktiviti yang dijalankan pada petang ini ialah berkaitan dengan
"Prosedur Membeli Insurans Hayat" dan "Prosedur Membuat Tuntutan
Pampasan". Antara objektif aktiviti ini ialah:

a) Mengetahui jenis-jenis Insurans.

b) Kepentingan Insurans kepada ahli.

c) Penerangan tentang Prosedur Membeli Insurans Hayat.

d) Penerangan tentang Prosedur Membuat Tuntutan Insurans Hayat.

Daripada aktiviti tersebut, ahli kelab dapat menambah ilmu tentang jenis-jenis insurans
seperti insurans hayat dan insurans am,tentang kepentingan insurans dan prosedur untuk
membeli insurans hayat serta prosedur tentang cara membuat tuntutan insurans hayat.

Hasil daripada aktiviti tersebut ialah:

Jenis-jenis Insurans:

i) Insurans Hayat

 - Dapat membantu anda dari segi kewangan ketika dalam kesusahan.

 - Waris layak dapat sejumlah wang daripada polisi anda jika anda meninggal dunia.
 - Boleh menerima pampasan ke atas sebarang kecacatan kekal yang menimpa anda.

ii) Insurans Am

 - Melindungi anda daripada sebarang kerugian atau kerosakan yang ditanggung.

 - Polisi yang dilindungi insurans am ialah, kerugian harta benda, kematian dan lain-lain.

Kepentingan Insurans:

 - Melindungi pendapatan keluarga.

 - Suatu pelan untuk pendidikan anak-anak.

 - Perlindungan perniagaan keluarga.

You might also like