You are on page 1of 1
| SEMAK TINDAKAN PENGUSAHA TADIKA, TASKA, TJAGAAN HARI, ‘SEKOLAH RENDAH TERMASUK PRA-SEKOLAH. Langkah-langkah pencegahan dan kawalan penularan penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) seperti berikut; i Aktiviti Gate Keeping Pertaksanaan "Gate Keeping’ iaity menjalankan pemeriksaan harian tangan dan kaki untuk ruam/epuh dan ulser mulut pada kanak-kanak di sekolah, tadika, taska dan pusat jagaan kanak-kanak di hadapan pintu masuk (gate) sebelum mereka dibenarkan masuk. Laporkan secara harian jika terdapat kanak-kanak atau pelajar yang mempunyai tanda dan gojata penyakit HFMD kepada Pejabat Kesihatan Daerah Samarahan (No. Tel. 082-661106 Faks: 082-661252 i, Pemeriksaan dan Rawatan Awal Memastikan ibubapalpenjaga membawa kanak-kanak yang mempunyai gejala penyakit HFMD ke klinik untuk mendapatkan rawatan awal. ii, Pengasingan ‘Sekiranya didapati kanak-kanak yang mempunyai gejala penyakit HFMD di sekolah, tadika, taska dan pusat jagaan kanak-kanak, diminta untuk mengasingkan kanak- Kanak tersebut dari bergaul dengan kanak-kanak sihat sementara. menunggu ibubapa/ penjaga membawa pulang kanak-kanak tersebut. Amalan Mencuci Tangan Pihak pengurusan sekolah, tadika, taska dan pusat jagaan Kanak-kanak diminta cuntuk menyediakan kelengkapan’ yang mencukupi untuk memudahkan aktiviti mencuci tangan seperti sabun dan bekalan air bersih. v. Pembasmian Kuman Melakukan pembasmian kuman yang boleh menyebabkan jangkitan penyakit, ‘seperti menggunakan banouhan air lorox (Nisbah ¢ klorox:10 air) untuk tantaidan peralatan atau menggunakan sanitizer lain. Perlu diingatkan bahawa tindakan undang-undang seperti berikut boleh dikenakan jika didapati sabit kesalahan: i. Larangan datang ke sekolah, tadika, taska dan pusat jagaan kanak-kanak di bawah Seksyen 12(1), Akta kawalan dan Pencegahan :Penyakit Borjangkit, 1988. ji, _Pihak jabatan kesihatan boleh mengarahkan penutupan premis sementara di bawah Akta Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit, 1988, Seksyen 18(1) atau di bawah Prevention and Protection of Public Health Ordinance, 1999 untuk mengelakkan penularan penyakit. | Pihak pengurusan sekolah, tadika, taska dan pusat jagaan kanak-kanak juga boleh merujuk kepada Garis panduan Pengendalian Kanak-Kanak di Taska dan Prasekolah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Edisi Julai 2007.

You might also like