You are on page 1of 1

MODUL KELAB PENCEGAHAN JENAYAH

Domain : Jati Diri

Tajuk : Skrap: Kami Remaja Bebas Jenayah

Objektif : Pada akhir sesi murid dapat :


1. Mengumpul maklumat berkaitan isu jenayah/gejala sosial di
kalangan pelajar.
2. Bersikap berhati-hati dan mengelak daripada terjebak
dengan gejala sosial/ masalah jenayah.
Moto KPJ : Mencegah Lebih Baik
Masa : 2 jam
Sasaran : Ahli KPJ Sekolah
Bahan : Surat Khabar Lama
Majalah lama
Sumber Internet
Alat Tulis/Pensel Warna
Gam
Gunting

Langkah- : 1. Ahli dibahagikan ke dalam kumpulan dan setiap kumpulan


langkah dikehendaki mencari /menyediakan bahan
maklumat/berita jenayah yang berlaku di kalangan remaja.
2. Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan Buku Skrap
Anti Jenayah.
3. Pengisian Skrap:Kami Remaja Bebas Jenayah adalah :
- Berita jenayah di kalangan remaja
- Kesan terhadap diri sendiri/keluarga & negara.
- Harapan sebagai remaja dalam usaha menangani
masalah jenayah/isu gejala sosial di kalangan
remaja.
4. Buku Skrap dinilai berdasarkan kreativiti dan akan
dijadikan bahan pameran sudut KPJ.

Penilaian : Murid dapat menilai realiti sebenar gejala sosial/ masalah


jenayah yang berlaku di kalangan remaja adalah perkara yang
serius dan perlu dicegah dari peringkat awal.

Rumusan : Kepentingan memahami dan mencegah daripada terjebak


dengan gejala negatif.

Falsafah : Setiap murid perlu diberi kefahaman kesan buruk akibat terlibat
dengan masalah sosial dan jenayah.

You might also like