You are on page 1of 1

MODUL KELAB PENCEGAHAN JENAYAH

Domain : Patriotisme

Tajuk : Jiwa Negara Bangsa

Objektif : Pada akhir sesi murid dapat :


1. Meningkatkan kesedaran cintakan negara
2. Memupuk semangat cintakan negara

Moto KPJ : Mencegah Lebih Baik


Masa : 2 jam
Sasaran : Ahli KPJ Sekolah
Bahan : Video Filem Patriotik
Contoh: Bukit Kepong / Polis Evo 2/Gerak Khas The Movie

Langkah- : 1. Guru menayangkan filem yang bersesuaian.


langkah 2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang sinopsis filem.
3. Nyatakan harapan sebagai rakyat Malaysia
yang sayangkan negara.
4. Apakah sumbangan anda terhadap negara dalam
usia muda ini?
5. Apakah yang anda boleh lakukan untuk membantu negara?
6. Ahli KPJ dikehendaki membuat sinopsis / rumusan
bertulis daripada filem yang ditonton.
7. Rumusan adalah antara 80 ke 100 patah perkataan.
8. Rumusan perlu ditulis dengan kemas dan menarik.
9. Jadikan pertandingan.
10. Sinopsis terbaik akan dipaparkan di sudut KPJ.

Penilaian : Murid dapat menghayati perjuangan tentera/pejuang negara


untuk menyelamatkan negara tercinta.

Rumusan : Kepentingan memahami dan menghayati bahawa setiap


individu mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar
dalam membina negara yang merdeka.

Falsafah : Penghayatan terhadap semangat cintakan negara perlu


ditanam dari usia muda.

You might also like