You are on page 1of 3

TOPIK : CATATAN KONTRA DAN CARTA AKAUN

1. Berikan satu catatan kontra bagi setiap akaun induk yang berikut.

Akaun Yang Berkaitan Catatan Kontra


Akaun Belian
Akaun Belum Terima
Akaun Jualan
Akaun Modal
Akaun Aset Bukan Semasa

2. Maklumat berikut dipetik daripada buku Perniagaan Prem pada 31 Mei 2019.
RM
Kenderaan 80 000
Susut Nilai Terkumpul Kenderaan 24 000
Akaun Belum Terima 6 500
Peruntukan Hutang Ragu 325

Nyatakan dua catatan kontra yang direkodkan dalam maklumat di atas.


i. _______________________________________________________
ii. _______________________________________________________

3. Berikut adalah akaun-akaun lejar bagi Perniagaan Shiloh.

Jualan Belian Komisen


Diterima
Pulangan Pulangan Gaji
Jualan Belian
Inventori Modal Tunai
Bank Pinjaman Kenderaan
Kadar Akaun Akaun
Bayaran Belum Belum
Bayar Terima
Ambilan Alatan Promosi
Pejabat

Bina satu carta akaun.


4. Manakah yang berikut merupakan akaun kontra?
A. Inventori akhir
B. Pulangan keluar
C. Akaun belum bayar
D. Akaun belum terima

5. Catatan kontra akan mengurangkan nilai akaun induknya. Apakah akaun kontra
bagi Akaun Perabot?
A. Ambilan
B. Pulangan masuk
C. Susut nilai
D. Susut nilai terkumpul perabot

6. Pernyataan manakah yang benar tentang carta akaun?


I Ia merupakan senarai akaun-akaun yang terdapat dalam Lejar Am
II Semua akaun dalam carta akaun diberi nombor rujukan
III Ia disusun mengikut kecairan aset, diikuti dengan liabiliti, hasil, belanja dan
ekuiti pemilik
IV Ia disediakan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh badan perakaunan
professional
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

7. Ben Trading menggunakan sistem kod yang berikut untuk membina carta akaun.

Kod Item Jenis Akaun


1000 – 1999 Aset
2000 – 2999 Liabiliti
3000 – 3999 Hasil
4000 – 4999 Belanja

Nombor kod yang betul bagi Akaun Simpanan Tetap dan Akaun Sewa Diterima
ialah _____________ dan _______________.

You might also like