You are on page 1of 2

Terdapat beberapa agensi pelancongan di Malaysia menawarkan pakej percutian hotel di atas

air atau di atas bot. Pelancong boleh menangkap ikan atau memancing sambil menikmati
keindahan laut. Aktiviti perikanan menyebabkan pencemaran laut sering berlaku kesan
tumpahan minyak daripada bot. Hal ini menyebabkan pembiakan ikan tidak aktif dan
akhirnya bilangan ikan akan semakin berkurangan. Pancaran cahaya matahari tidak sampai ke
dasar laut. Hal ini menyebabkan plankton tidak membiak, seterusnya menyebabkan bekalan
makanan ikan kurang. Tambahan pula, pencemaran laut memberi kesan kepada kualiti air.
Bahan-bahan yang dibuang akan memberi kesan terhadap kitaran makanan dengan
mempengaruhi dan meracuni hidupan-hidupan di laut. Aktiviti perikanan telah menyebabkan
kepupusan hidupan akuatik. Sebagai contoh, tangkapan ikan yang berlebihan dan tanpa
kawalan di kawasan laut dalam boleh menyebabkan bekalan ikan terhad. Sesetengah
pelancong yang tidak bertanggungjawab sering membuang sampah ke dalam laut.
Pembuangan sampah akan membunuh ikan yang masih kecil dan semua hidupan akuatik di
dalam laut. Akibatnya, bekalan ikan masa depan akan pupus. Aktiviti melawat hutan juga
mendapat sambutan yang baik daripada pelancong. Keindahan alam semula jadi, keadaan
yang nyaman, tumbuhan yang unik seperti periuk kera dan paku-pakis dan haiwan yang unik
seperti orang utan menjadi daya tarikan pelancong. Sebagai contohnya,di Taman Negara
terdapat lebih daripada 10000 spesies tumbuh-tumbuhan dan 250 spesies burung.
Pembuangan sampah oleh sesetengah pelancong memberi kesan kepada haiwan. Sampah
yang dibuang akan menyebabkan kemudaratan alam sekitar. Pelupusan bahan buangan yang
tidak teratur menyebabkan alam sekitar menjadi kotor dan bau yang busuk. Sampah yang
menganduungi makanan yang mereput mempunyai kuma-kuman yang berbahaya seperti
tikus, lipas dan dan lalat. Sampah seperti botol plastik dan tin minuman boleh manakung air.
Partikel plastik ini bukan sahaja bahaya secara langsung apabila dimakan oleh haiwan,
sebaliknya bahan kimia yang terdapat dalam plastik juga akan menyerap ke dalam tisu
haiwan berkenann. Keadaan ini akan memberi ancaman yang besar kepada haiwan.
Perbuatan ini menyebabkan pemandangan yang indah bertukar menjadi sebuah pemandangan
yang menyakitkan mata. Aktiviti melawat hutan juga mengakibatkan habitat haiwan
terganggu. Komunikasi yang kuat antara pelancong akan menganggu keselesaan haiwan.
Tambahan pula, ia akan memberi tekanan kepada haiwan. Keadaan ini mungkin menganggu
emosi haiwan.

You might also like