You are on page 1of 3

a)Masyarakat lestari merupakan sebuah komuniti yang dikaitkan dengan kualiti kehidupan

yang merangkumi sistem ekonomi, sosial dan persekitaran bagi menjamin keselesaan hidup

dan persekitaran yang sihat dan produktif. Masyarakat yang menggunakan sumber yang

terdapat dalam persekitaran mereka untuk memenuhi keperluan semasa tanpa melupakan

keperluan untuk generasi akan datang.

b)Tiga aspek kelestarian yang perlu dilaksanakan demi mewujudkan masyarakat lestari ialah

kelestarian sosial, kelestarian ekonomi dan kelestarian alam sekitar. Kelestarian sosial

berperanan untuk membentuk komuniti yang sejahtera dan berakhlak mulia. Hal ini secara

tidak langsung dapat mewujudkan suasana kehidupan yang aman, damai dan harmoni.

Kelestarian sosial terdiri daripada kesihatan, kemajuan, keselesaan, kemudahan dan institusi

kekeluargaan. Setiap rakyat menikmati kehidupan berkualiti disokong oleh penyediaan dan

akses kepada infrastruktur awam berkualiti yang bersesuaian dengan keperluan setempat.

Sebagai contoh, kerajaan telah mewujudkan rangkaian jalan-jalan baru yang menghubungkan

kawasan-kawasan pertumbuhan baru di luar bandar dan bandar.

Selain itu, keperluan sosial masyarakat dipenuhi dengan penyediaan kelengkapan utiliti dan

ameniti yang sempurna menepati keperluan kualiti hidup masyarakat maju. Kerajaan telah

membangunkan kemudahan asas sosial seperti perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan

perumahan secara strategik. Kerajaan telah menambah baik akses kepada perkhidmatan

penjagaan kesihatan berkualiti dengan menaik taraf infrastruktur kesihatan, meningkatkan

kapasiti personel kesihatan dan memperluas program rawatan pencegahan penyakit ke

seluruh negara. Hasil daripada usaha kerajaan menambah baik sistem kesihatan ini dapat

dilihat dalam peningkatan jangka hayat penduduk dan pengurangan jumlah kematian

penduduk.
Di samping itu, institusi keluarga memainkan peranan penting dalam usaha merealisasikan

kehidupan masyarakat yang lestari. Kesejahteraan sosial bermula dari unit yang paling kecil

dalam sesebuah komuniti iatiu menerusi institusi kekeuargaan. Pihak ibu bapa perlu

menyediakan keperluan asas seperti makanan, pakaian dan pendidikan yang sempurna

kepada anak-anak mereka. Nilai-nilai seperti kasih sayang, hormat-menghormati, bertolak

ansur dan saling tolong-menolong amat diperlukan untuk mewujudkan sebuah masyarakat

yang lestari. Isu-isu yang melibatkan institusi keluarga seperti perceraian, konflik dan

masalah kewangan perlu ditangani secara bijak. Hal ini dapat mewujudkan sebuah keluarga

yang bahagia dan harmoni.

Kelestarian ekonomi juga memainkan peranan yang amat penting dalam mewujudkan sebuah

masyarakat yang lestari. Kelestarian ekonomi melibatkan pelbagai bidang yang perlu diisi

oleh masyarakat. Setiap bidang pembangunan ekonomi memberi manfaat yang tersendiri.

Sektor perniagaan, industri, perniagaan komersial dan perbankan merupakan antara sektor

kegiatan ekonomi yang berpotensi untuk dimajukan. Aktiviti perniagaan menyumbang

kepada kesejahteraan negara. Apabila orang bekerja, mereka membayar balik cukai kepada

kerajaan dan kerajaan menggunakan cukai ini untuk menyediakan kemudahan asas dan

perkhidmatan infrastruktur lain yang kita perlukan. Dengan cukai rakyat, kerajaan dapat

menyediakan sekolah, hospital dan perkhidmatan internet yang dapat meningkatkan

kesejahteraan negara.

Aktiviti perniagaan juga mewujudkan persaingan yang sihat. Usahawan membiak lebih

ramai usahawan dan berputar lebih banyak perniagaan. Mereka berkhidmat sebagai mentor

kepada ahli perniagaan dan membimbing mereka ke dalam mewujudkan perniagaan yang

berjaya. Mereka membantu orang bercita- cita untuk kemahiran komunikasi yang lebih baik,

meningkatkan kreativiti dan mewujudkan peluang-peluang perniagaan baru. Dengan

kewujudan pelbagai kegiatan ekonomi telah membasmi kemiskinan masyarakat. Sektor


industri dan perniagaan komersial telah menambah daya pengeluran dan pendapatan rakyat.

Kegiatan ekonomi telah memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran dan

latihan.

Kelestarian sumber alam seperti udara yang tidak tercemar, air yang bersih dan tanah tidak

tercemar memerlukan penglibatan pelbagai pihak kerana terdapat pihak-pihak tertentu yang

cuba untuk mengeksploitasi sumber alam secara berlebihan untuk tujuan keuntugan. Masih

terdapat di kalangan masyarakat kurang pengetahuannya tentang kelestarian dan sikap ambil

mudah terhadap amalan penggunaan lestari ini. Amalan penggunaan pada masa kini lebih

mengutamakan kepada kehendak berbanding kepada keperluan. Kuasa beli pengguna yang

semakin meningkat sehingga mengakibatkan pengguna cenderung untuk membuat pembelian

mengikut kehendak dan bukannya keperluan. Amalan penggunaan tidak lestari ini secara

tidak lansung akan menyebabkan masalah kepada alam sekitar iaitu penghasilan sisa buangan

yang berlebihan.

Seterusnya, pengeksplotasian sumber alam secara besar-besaran menyebabkan berlakunya

fenomena bencana alam. Apabila kawasan hutan ditebang, maka tumbuhan yang berfungsi

sebagai pengalir air hujan akan hilang. Hal ini akan menyebabkan hujan terus sampai ke

permukaan bumi tanpa ada halangan dan mengcungkil struktur tanah seterusnya dibawa air

hujan sebagai larian air permukaan ke dalam sungai dan menyebabkan mendapan sungai

yang boleh mengakibatkan berlaku banjir kilat.

Akhir sekali, perancangan yang teliti untuk menjadikan pembangunan mapan sebagai satu

idea yang boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat perlu dilaksanakan. Pemantapan

pengetahuan dan amalan kelestarian perlu dilakukan terhadap masyarakat bagi melahirkan

masyarakat yang lestari.

You might also like