You are on page 1of 2

Diet Polifenol Mencegah Kanser

Apa yang kita makan akan menentukan tahap kesihatan tubuh badan kita. Ketika berpuasa, badan akan
mengalami fasa rehat dan ini akan memberikan kelebihan kepada tubuh untuk menyerap nutrisi yang
bagus untuk kelangsungan proses biologi tubuh.

Bagi pesakit kanser, pemakanan memainkan peranan yang amat penting bagi memastikan ketumbuhan
tersebut menyusut dan menghilang tanpa membuatkannya agrasif dan merebak ke organ lain.

Sempena bulan Ramadan ini, kami akan kongsikan kebaikan Polifenol iaitu sebatian aktif pada
tumbuhan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, herba dan rempah ratus yang dapat membantu
mencegah dan merawat kanser.

Terdapat 5 mekanisme utama bagaimana Polifenol dapat mencegah dan merawat kanser iaitu:

1. Polifenol menyebabkan sel kanser mengalami genjatan kitar sel. Kitar sel merupakan proses bagi
satu sel membahagi menjadi dua sel. Apabila berlaku gangguan pada kitar sel, sel kanser tidak
dapat membahagi dan menggandakan jumlahnya.
2. Polifenol menyekat isyarat yang mengawal pertumbuhan, perebakan dan kematian sel kanser.
Sel kanser mampu mengelat daripada kematian dengan mengubah isyarat-isyarat ini dan
mampu hidup dan membiak dalam tubuh badan.
3. Polifenol mengurangkan paras ROS. Spesies oksigen reaktif atau ROS merupakan komponen
penting yang menyebabkan keradangan pada sel dan seterusnya merubah sel normal menjadi
sel kanser.
4. Polifenol merangsang protein penindas tumor. Protein penindas tumor adalah mekanisme
semulajadi sel bagi menindas pembentukan sel kanser daripada sel normal. Ekspresi protein
penindas tumor P53 contohnya mampu dipertingkatkan dengan diet mengandungi polifenol.
5. Polifenol membiak pulih sel rosak. Apabila sel mengalami kerosakan apabila terdedah kepada
bahan karsinogen seperti toksin, ia akan mengalami perubahan. Diet polifenol mampu
melindungi sel dan membiak pulih sel rosak supaya tidak bertukar menjadi sel kanser.

Ha.. tak sangka diet polifenol ni sangat bagus untuk merawat kanser, kan? Tapi apakah jenis polifenol,
sumber tumbuhan yang mengandunginya? Mari kita lihat satu persatu jenis polifenol yang diperlukan
oleh tubuh badan bagi mencegah dan merawat kanser.

1. Asid fenolik.

Contoh asid fenolik adalah seperti asid galik dan asid yang banyak terdapat dalam buah-buah jenis beri
seperti strawberi dan raspberi. Ia juga banyak terdapat dalam buah anggur.

2. Tanin.

Tanin banyak terdapat dalam kacang dhal, buah pear, mangga, plump, dan pic.

3. Lignan.

Biji flex (flex seed), bijan dan gandum Buck (buckwheat) kaya dengan kandungan lignan.

4. Flavonoid.
Flavonoid merupakan kumpulan polifenol terbesar. Contoh sumber tumbuh yang kaya dengan flavonoid
adalah bawang, epal, tomato dan buah zaitun.

5. Stilbena.

Kubis ungu, kacang pine dan biji anggur kaya dengan sumber stilbena.

6. Kumarin.

Polifenol Kumarin boleh didapati dalam buah sitrus, daun saderi dan juga lobak merah.

7. Kurkuminoid.

Sumber tunggal bagi kurkuminoid hanyalah kunyit.

You might also like