You are on page 1of 2

LATIHAN 1

Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50
hingga 80 patah perkataan.

Pada hujung minggu yang lalu, saya berpeluang mengikuti ayah menyertai aktiviti gotong-
royong di Kampung Permai Jaya. Saya berasa sangat seronok kerana dapat berjumpa dan
beramah mesra dengan penduduk kampung. Aktiviti pertama yang saya dan penduduk kampung
lakukan adalah mengutip sampah sarap seperti bekas makanan, tin minuman serta plastik.
Kemudian, kami bekerjasama bagai aur dengan tebing mengecat balai raya yang telah usang
sehingga kelihatan begitu ceria. Akhir sekali, kami menanam pokok di sekeliling kampung supaya
kampung kelihatan cantik. Pada jam 12.30 tengah hari, kami selesai bergotong-royong
membersihkan kawasan kampung.
LATIHAN 2
Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50
hingga 80 patah perkataan.

Amalan gaya hidup sihat perlu diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat. Antara cara yang
harus diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat ialah mereka perlu melakukan aktiviti senaman
supaya badan mereka dapat mengeluarkan peluh. Malahan, masyarakat juga perlu mengambil
makanan mengikut piramid makanan yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan supaya kekal
sihat. Akhir sekali, masyarakat perlu membuat pemeriksaan kesihatan seperti berjumpa dengan
doktor sekurang-kurangnya enam bulan sekali bagi mengesan penyakit lebih awal.
Kesimpulannya, setiap orang perlu mengamalkan gaya hidup sihat agar dapat menjamin
kehidupan yang sejahtera.

You might also like