You are on page 1of 4

PENDAHULUAN

Dalam meniti arus kemodenan ini, banyak perubahan dalam kehidupan terhadap gaya
hidup berorientasikan “semua dihujung jari” teknologi yang semakin canggih. Kesan
daripada tekonologi dan kemajuan maklumat ini telah memberi impak yang mendalam
kepada arus permodenan ia juga memberi cabaran corak hidup yang bersendikan
adat bukan itu saja nilai, budaya, pemikiran, tatasusila dan keagamaan turut terjejas.
Lebih-lebih lagi, dalam dunia masa kini yang menghasilkan teknologi yang terlalu
pantas dan canggih hampir setiap hari kita dengar pelbagai penghasilan ICT yang di
inovasikan. Pada waktu yang sama, tekonologi maklumat telah mewujudkan dunia
tanpa sempadan antara negara. ICT juga berjaya dan mampu mengubah daya fikiran,
ideologi, budaya dan elemen-elemen dari negara luar tanpa sekatan dan kawalan.
Daripada pelbagai sumber pengetahuan, penemuan bidang ICT telah berjaya
membangunkan tamadun dunia kepada situasi yang lebih kompetitif. Menurut John
Naisbitt berkata dalam abad-21 ialah manusia lebih cenderung kepada maklumat.
Dalam sesebuah negara maklumat adalah nadi penting ia menjadi penentu atau
pengerak sebuah negara kepada masa hadapan. Kebalakangan ini, sering kita
dengar mengenai impak ICT terhadap peradaban dalam masyarakat Malaysia. Isu ini
sering menjadi topik hangat di dalam akhbar mahupun televisen mengenai cabaran
terhadap pengaruh negatif, nilai-nilai murni, agama serta mengubah corak hidup
masyarakat di Malaysia dan telah menghakis akhlak mulia sehingga mengubah
paradiqma tauhid syariah. Kemajuan ICT ini memberikan implikasi atau kesan sama
ada positif ataupun negatif terhadap penggunaan ICT.
Malaysia adalah sebuah negara yang membangun dalam menuju negara maju, ini
kerana tidak mahu ketinggalan dalam arus pembangunan ICT. Di samping itu,
Malaysia juga sebuah negara yang mempunyai banyak sumber asli seperti kepala
sawit, minyak dan getah yang menjadikan sebuah negara yang kaya, maju dalam
industri yang tinggi berbanding negara Asia Tenggara. Kemajuan ICT dalam industri
mendorong kea rah penggunaan ICT dalam semua bidang. Pada waktu yang sama,
Pendidikan menjadi aspek utama dalam sesebuah negara yang membangun untuk
mencapai dan merealisasikan negara maju seiring dengan perkembangan ICT. Dalam
pada itu, ICT juga memberi impak besar dalam pendidikan di Malaysia.
Perkembangan ICT telah banyak mengubah cara pembelajaran, cara berkomunikasi
dan cara mendapatkan maklumat. Oleh itu, perkembangan ICT telah banyak
memberikan sumbangan terhadap negara dalam industri, ekonomi, pendidikan,
teknologi, dan komunikasi. Tidak dinafikan sumbangan dan kebaikan ICT terhadap
negara dan masyarakat sejagat, namun tanpa kita sedar impak dan pengaruh negatif
menjadi cabaran dan kesan dunia siber dalam pembentukan masyarakat. Hal ini
berlaku kerana perkembangan arus masa masyarakat menggunakan media sosial
seperti laman web Twitter, Facebook dan lain-lain yang menawarkan pelbagai
penawaran yang menyeronokkan sehingga menarik minat masyarakat untuk
menyertai. Namun tanpa kita nafikan media sosial banyak memberi kebaikan dan
kelebihan seperti dapat berhubung serta, membincangan isu-isu semasa melalui
media sosial, hal ini berpunca daripada penggunaan media sosial tanpa had dan tidak
di kawal. Selain itu, media sosial juga menjadi tempat para penjenayah untuk
mendapatkan data peribadi ataupun gambar peribadi sebagai mangsa mereka
melakukan jenayah siber seperti terlibat dalam dunia pornografi, pelacuran, seks
bebas, penculikan dan pemerdagangan manusia.

Berpandukan kepada dalil Naqli iaitu ayat al-Quran Allah berfirman yang bermaksud :

“Sekiranya datang kepadamu orang yang fasik(jahat) membawa berita maka


hendaklah kamu berwaspada(berhati-hati) akan kebenarannya”.[9]
Di samping itu juga, kesahihannya maklumat adalah penting bagi menjamin tidak
berlaku penyelewengan dan kepalsuan fakta terutama dalam ilmu agama. Pihak tidak
bertangunggjawab sentiasa akan mencari jalan bagi melakukan penyelewengan
dengan tujuan menyesatkan orang lain. Hal ini memberi kesan kepada proses
tradisional dalam mendapatkan maklumat yang sahih merujuk kepada bahan dari
internet seperti Al-Quran berlakunya kesalahan fakta dari segi ayat. Kesahihan
maklumat amat penting kepada masyarakat bagi mengelakan kekeliruan. Kesan
daripada perkembangan ICT masayarakat mudah mempercayai bahan yang
diperolehi daripada sumber internet tanpa membuat pengesahan kebenaran fakta
tersebut.

Seterusnya, golongan remaja menggunakan internet untuk melawati laman-laman


yang tidak bermoral dan tidak memberi faedah sehingga menjadi minat dan kesukaan.
Akibat daripada menlayari laman web negatif seperti web lucah telah memberi
ketagihan disamping merosakan maruah, nilai keperibadian, dorongan terhadap
jenayah seksualiti, masalah perundangan, perhubungan interpersonal
dan pembaziran wang serta masa. Malah telah melarang agama terhadap perlakuan
yang menghampiri zina. Sebagaimana firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud
“Jangan kamu hampiri perbuatan Zina kerana ia adalah amalan yang sangat keji ‘.[10]

Menurut kajian Kementerian Kesihatan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia mendapati


13 peratus remaja berusia 15 hingga 21 tahun pernah mengadakan hubungan seks
sebelum. Kajian itu mendapati 76 peratus daripada respondennya remaja lelaki
manakala 61 peratus membabitkan remaja perempuan. Namun begitu remaja
bersekolah berumur 13 hingga 18 tahun mendapati 1.8 peratus daripadanya mengaku
pernah terbabit dalam aktiviti seks. Walaupun isu seks bebas remaja membabitkan
kedua-dua jantina lelaki dan perempuan, permasalah lebih besar sering melingkungi
kaum hawa.

Penyebaran fitnah dan gosip sering dikaitkan dengan ICT disebabkan oleh
kepentingan peribadi untuk memburukan orang lain. Media sosial menjadi laman
utama untuk penyebaran fitnah dan gosip. Hal ini kerana tatasusila dan akhlak hidup
bermasyarakat dan bernegara yang memberi kesan kepada maruah seseorang
ataupun maruah negara tersebut. Menurut Firman Allah dalam al-Quran yang
bermaksud: “Fitnah itu lebih merbahaya dari membunuh”[12].
Sebagaimana yang kita sedia maklum, terdapatnya penyalahgunaan pusat siber telah
menjadi pusat perjudian. Pusat perjudian online telah memberi impak dan pengaruh
negatif sehingga menjadi cabaran dalam pembentukan masyarakat. Namun pelbagai
cara pihak berkuasa dan agensi untuk membanteras aktiviti perjudian ini tetapi gagal
disebabkan kecanggihan ICT yang termaju. Selain aktiviti perjudian, permainan video
juga berorientasikan judi bagi menarik minat dikalangan kanak-kanak mahupun
golongan dewasa. Aktiviti perjudian ini telah memberi impak dalam perkembangan
minda dan fizikal kanak-kanak mahupun golongan dewasa. Firman Allah dalam al-
Quran bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi,
menenun nasib dan menyembah berhala adalah kotor dari amalan syaitan . Oleh itu
hendaklah kamu jauhi mudahan kamu berjaya”[13]

Perkembangan ICT juga memberi impak kepada perubahan paradigma sosiobudaya


dan bahasa komunikasi. Hal ini berlaku apabila masyarakat di Malaysia terlalu
mengikut gaya hidup Barat dalam aspek makanan, minuman, pakaian, tingkahlaku
dan hiburan disebabkan tiada kawalan penggunaan internet di kalangan masyarakat
di Malaysia. Pengaruh ICT dalam paradigma sosiobudaya menjadikan pakaian
tradisonal, makan tradisonal tidak di banggakan dan tidak menjadi pakaian acara
rasmi ataupun musim perayaan. Hal ini amat membimbangkan kerana budaya barat
tersebut telah mengubah jati diri manusia. Dalam masa yang sama, berlakunya
kerosakan bahasa dalam pengaruh ICT tanpa kita sedari iaitu Bahasa sms dan
chatting dengan tulisan yang ringkas dan mudah sehingga kini masyarakat di
Malaysia telah menerima pakai untuk berkomunikasi dalam kehidupan seharian
contohnya Assalamualaikum telah diringkaskan dengan pelbagai singkatan bahasa
seperti Asm., A’kum, Aslam, dan Salam telah digunakan. Akibat daripada itu, bahasa
sms dan chatting ini telah merosakkan penggunaan perkataan, istilah dan bahasa itu
sendiri.

You might also like