Professional Documents
Culture Documents
Catatan : Takwim ini adalah tertakluk kepada perubahan dan arahan semasa oleh Pengetua
Bermula pada tarikh 20 Mac 2022, maka semua senarai tugas guru yang dinyatakan di dalam
BUKU PENGURUSAN & PENTADBIRAN SM SAINS MUZAFFAR SYAH MELAKA TAHUN 2022/2023
ini adalah menjadi sah dan rasmi. Ini bermakna surat pelantikan untuk tugasan guru pada tahun
2022/2023 tidak perlu dikeluarkan kecuali atas keperluan rasmi sahaja. Semua guru tertakluk kepada
tugasan-tugasan yang diamanahkan dan perlu menjalankan semua tugasan secara jujur, amanah dan
bertanggungjawab demi kebaikan organisasi sekolah ini. Walau bagaimanapun, atas keperluan
semasa, pengetua mempunyai kuasa untuk melantik guru bagi memegang sesuatu jawatan yang tidak
tercatat di dalam buku ini dari semasa ke semasa.
Guru perlu menetapkan TOV dan ETR bagi setiap tugasan yang dijawat bagi mencapai KPI
yang ditetapkan pada tahun 2022/2023. Penilaian prestasi semua guru untuk tahun 2022/2023 adalah
berpandukan kepada pencapaian KPI berdasarkan senarai tugasan yang diberi pada tahun semasa.
Sehubungan dengan itu, segala tugasan yang terdapat di dalam buku ini adalah muktamad dan
segala perubahan mengenainya perlulah terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada Pengetua.