You are on page 1of 1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

d/a Sekolah Kebangsaan Lenga


Jalan Ahmad, Lenga
Tel : 06 - 971 3735
84040 Muar, Johor
Faks : 06 - 971 3735
JBA5030 : jba5030@moe.edu.my
Email

Ruj Tuan :
Ruj Kami : JBA5030/PIBG/SKL/S21-22( )
Tarikh : 22 Jun 2022

Kepada :

PENGARAH
Jabatan Landskap Negeri Johor.
Aras 1, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad,
Kota Iskandar, 79503 Iskandar Puteri,
Negeri Johor Darul Takzim

Tuan,

PERMOHONAN PERUNTUKAN PEMBINAAN SEBUAH LANDSKAP DALAM KAWASAN SEKOLAH


KEBANGSAAN LENGA MUAR JOHOR.

Merujuk perkara di atas dimaklumkan pihak kami sedang merancang untuk membantu meningkatkan
tahap persekitaran pembelajaran bermakna bagi memacu kemenjadian murid dan kualiti guru yang juga
bersesuaian dengan hala tuju sekolah ini.

2. Untuk makluman tuan, beberapa usaha sedang dijalankan ke arah itu. Di antaranya pembinaan
wakaf membaca, pembinaan mercu tanda sekolah, sudut bacaan interaktif, dan lain-lain lagi.

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami berbesar hati untuk membuat permohonan pembinaan sebuah
landskap dalam kawasan sekolah ini daripada pihak tuan bagi menjayakan sebahagian daripada hala tuju
sekolah ini. Kawasan yang telah disediakan bagi pembinaan landskap ini juga telah ada.

4. Jasa baik tuan amatlah kami hargai dan di dahului ucapan terima kasih. Sebarang makluman lanjut,
pihak tuan boleh menghubungi En. Muhamad Halid bin Tandang, Guru Besar SK Lenga di talian 06-
9713735 (Pejabat) atau 013-7336000 (Telefon Bimbit) Email : jba5030@moe.edu.my.

Sekian, Terima kasih.

“BERSAMA MEMBENTUK KECEMERLANGAN ANAK-ANAK”


“SEMANGAT KORBAN LUHUR”

Yang menjalankan tugas,

………………………………………..
(MOHD NAZRI BIN OMAR)
Yang Dipertua PIBG
Sekolah Kebangsaan Lenga
Muar, Johor

s.k : Fail sekolah


Fail PIBG

You might also like