You are on page 1of 1

AYAT

Definisi
Ayat ialah unit pengucapan yang mengandungi makna lengkap. Dalam tulisan, ayat didahului
oleh huruf besar dan diakhiri dengan noktah.

Contoh:
1. Beliau pegawai bank.
2. Penyajak tersebut sangat terkenal.
3. Pelumba-pelumba basikal itu dari Pusat Sukan Negeri.

Binaan Ayat : Subjek dan Predikat


Ayat terdiri daripada dua bahagian utama. Perhatikan jadual yang berikut.
Ayat
Bahagian A Bahagian B
1. Beliau Pegawai bank.
2. Penyajak ini Sangat terkenal di negara kita.
3. Pelumba-pelumba basikal dari Pusat Sukan Negeri.

 Bahagian A di atas disebut Subjek ayat, manakala Bahagian B disebut Predikat ayat.
Subjek ialah unsur yang diterangkan, manakala predikat ialah unsur yang menerangkan
subjek.

Latihan 1: Bahagikan ayat berikut kepada subjek dan predikat.

Contoh soalan: Kerajaan Malaysia telah melancarkan kempen membaca.


Jawapan :
Subjek Predikat
Kerajaan Malaysia telah melancarkan kempen membaca.

1. Lelaki itu penerima anugerah kecemerlangan.


2. Amran ke perpustakaan pagi tadi.
3. Harimau itu sudah mati.
4.

You might also like