You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MERAK

JALAN PA’BOI,
14100 SIMPANG AMPAT.
SEBERANG PERAI SELATAN, PULAU PINANG
TEL/FAKS : 04-5874626
EMAIL : pba40162jpnpp.edu.my / pba40162moe.edu.my

Rujukan:
Tarikh: 2 Januari 2020
Abdul Latif b Mohd Kassim,
Setiausaha Jawatankuasa Penaja Kelab Bola Sepak ,
Sekolah Kebangsaan Taman Merak,
Jalan Pa’boi, 14100 Simpang Ampat,
PULAU PINANG

Melalui:
Guru Penasihat/Pemimpin Jawatankuasa Penaja Kelab Bola Sepak

Tuan,

PERMOHONAN MENUBUHKAN KELAB BOLA SEPAK SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN


MERAK

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuki berasaskan surat tuan bertarikh 1 Januari 2020.

2. Saya terlebih dahulu mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada tuan dan
semua Ahli Jawatankuasa Penaja Kelab Bola Sepak Sekolah yang berhasrat untuk
menyemarakkan lagi aktiviti Kokurikulum sekolah ini.

3. Sehubungan itu berdasarkan kuasa yang diberikan kepada saya mengikut Peraturan (4)
dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan
Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U.(A) 196, bertarikh 21hb. Mei
1998, maka saya dengan sukacitanya meluluskan penubuhan Kelab Bola Sepak Sekolah
Kebangsaan Taman Merak dengan syarat pihak tuan mengemukakan kepada saya Pelembagaan
dan Peraturan-Peraturan Persatuan, Senarai Ahli Jawatankuasa, dan Senarai Aktiviti Utama
dalam tempoh empat belas hari daripada tarikh Mesyuarat Penubuhan yang akan pihak tuan
adakan.

4. Sukacita juga dimaklumkan bahawa kelulusan ini bukan Kelab Bola Sepak Sekolah
Kebangsaan Taman Merak sudah boleh bergerak sebagai sebuah persatuan yang sah dan
berdaftar.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“PENDIDIKAN PULAU PINANG DI PERSADA ANTARABANGSA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………..
(MARZHUKHI BIN MOHAMAD)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Taman Merak
14100 Simpang Ampat, SPS,
Pulau Pinang

You might also like