You are on page 1of 1

Saya mempunyai seorang ayah yang penyayang.

Beliau berumur 45
tahun. Beliau berbadan kurus, berkulit cerah dan tinggi. Bapa saya
bertugas sebagai seorang doktor di hospital.

Ayah saya seorang yang bertanggungjawab. Beliau sentiasa


memastikan keperluan kami terjaga. Walaupun sibuk, beliau selalu
meluangkan masa untuk menemani saya dan adik membuat kerja sekolah.
Beliau juga seorang doktor yang bertanggungjawab. Beliau merawat
pesakit dengan penuh kasih sayang.

Ayah saya juga suka bercerita untuk menghiburkan hati kami.


Beliau selalu menyampaikan cerita-cerita menarik sebelum kami tidur.
Saya berasa sungguh teruja mendengar cerita-cerita ayah. Ayah juga
suka bercerita tentang cerita-cerita jenaka yang membuatkan saya
ketawa terbahak-bahak.

Pada masa lapang, ayah selalu membawa kami sekeluarga berjoging


di taman rekreasi. Ayah juga sering mengajar saya teknik senaman yang
baik dan menyihatkan badan. Adakalanya, ayah mengajar saya teknik
larian yang membolehkan kita berlari dengan laju dan pantas. Saya
berasa sungguh bersemangat untuk mencuba semua teknik yang
diajarkan oleh ayah.

Saya berasa bangga kerana mempunyai seorang ayah yang baik.


Saya akan belajar bersungguh-sungguh supaya dapat membalas jasa
ayah saya dan menjadi seorang yang berjasa kepada negara.

You might also like