You are on page 1of 6

NAMA: _____________________

KELAS: ____________

SOALAN LATIHAN UNIT 1 – 3


SEJARAH TAHUN
A. Pilih dan bulatkan jawapan yang paling tepat.

1. Sejak bilakah institusi raja wujud di negara kita?


A Zaman Air Batu
B Zaman Kerajaan Melayu Awal
C Zaman Kedatangan kuasa luar
D Zaman Kesultanan Melayu Melaka

2. Apakah yang dimaksudkan dengan RAJA atau SULTAN?


A. Raja atau Sultan merupakan pemerintah yang kedua tertinggi bagi sesuatu
kerajaan.
B. Raja atau Sultan merupakan pemerintah tertinggi bagi sesebuah kerajaan
berdaulat.
C. Raja atau Sultan merupakan sebuah institusi yang hanya menjaga imej sesebuah
negara.
D. Raja atau Sultan merupakan pemerintah yang memerintah sesebuah negara
denaan kuasa mutlak.

3. Apakah yang dimaksudkan dengan KERAJAAN?


A. Kerajaan ialah negeri dan negara yang ditadbir secara sah.
B. Kerajaan ialah negeri dan negara yang ditadbir secara sukarela.
C. Kerajaan ialah negeri dan negara yang diperintah secara rampasan kuasa.
D. Kerajaan ialah negeri dan negara yang diperintah oleh orang luar dan asing.

4. Apakah peranan Raja atau Sultan pada zaman Kerajaan Melayu Awal?
A. Penasihat Gabenor
B. Penasihat Perdana Menteri
C. Ketua kerajaan
D. Ketua menteri

5. Berapakah negeri yang masih mengamalkan institusi raja?


A. 4
B. 5
C. 9
D. 13

6. Apakah gelaran yang digunakan oleh ketua negeri bagi negeri Kedah?
A Raja
B Sultan
C Yang Dipertua Negeri
D Yang Dipertuan Besar

7. Apakah gelaran yang digunakan oleh ketua negeri bagi negeri Pulau Pinang?
A Raja
B Sultan
C Yang Dipertua Negeri
D Yang Dipertuan Besar
8. Manakah antara gelaran ketua negeri berikut adalah BENAR?
A Kedah - Raja
B Perlis - Sultan
C Pahang - Sultan
D Melaka - Sultan

9. Apakah yang dimaksudkan dengan WAADAT?


A Waadat ialah sebuah syair.
B Waadat ialah sebuah cerita.
C Waadat ialah sebuah sejarah.
D Waadat ialah sebuah perjanjian.

10. Apakah waadat yang telah termeterai antara Seri Teri Buana dengan Demang Lebar Daun?
A Taat setia rakyat kepada raja dan raja berjanji memerintah dengan pilih kasih.
B Taat setia rakyat kepada raja dan raja berjanji memerintah dengan berat sebelah.
C Taat setia rakyat kepada raja dan raja berjanji memerintah dengan adil dan
saksama.
D Rakyat tidak taat setia kepada raja dan raja berjanji memerintah dengan adil dan
saksama.

11. Prinsip Rukun Negara manakah yang diambil dari konsep waadat ini?
A Kepercayaan kepada Tuhan
B Kesetiaan kepada Raja dan Negara
C Keluhuran perlembagaan
D Kedaulatan undang-undang

12. Apakah yang dimaksudkan dengan DAULAT?


A Daulat ialah lambang kelemahan bagi pemimpin.
B Daulat ialah lambang kekayaan bagi pemimpin tertinggi.
C Daulat ialah lambang kekuasaan tertinggi raja atau sultan terhadap kerajaannya.
D Daulat ialah lambang pemgaruh terbanyak raja atau sultan terhadap kepimpinan
kerajaannya.

13. Apakah yang dimaksudkan dengan DERHAKA?


A Derhaka ialah keingkaran rakyat terhadap titah perintah raja atau sultan.
B Derhaka ialah kesetiaan rakyat terhadap titah dan perintah raja atau sultan.
C Derhaka ialah kepatuhan rakyat terhadap titah dan perintah raja atau sultan.
D Derhaka ialah rakyat ragu-ragu terhadap titah dan perintah raja atau sultan.

14. Apakah akibat yang akan dikenakan kepada seseorang rakyat yang derhaka kepada raja atau sultan?
A Akan diberikan nasihat.
B Akan diberikan sagu hati.
C Akan diberikan hukuman yang setimpal.
D Akan dilantik menjadi pembesar.

15. Semua yang berikut adalah benar tentang system pemerintahan Kerajaan Melayu Awal, KECUALI …
A Sultan ialah ketua kerajaan
B Sultan berkuasa mutlak
C Semua keputusan pentadbiran terletak di tangan sultan
D Pembesar berkuasa mutlak dalam pentadbiran selain sultan

16. Sistem pemerintahan semasa Pentadbiran British meletakkan Sultan sebagai ____________.
A pemerintah tertinggi negara.
B pemerintah dalam segala hal negara.
C penasihat untuk semua hal berkaitan negara.
D ketua agama islam dan adat istiadat bagi negerinya.

17. Pentadbiran negara pada masa kini diuruskan oleh ________________.


A Sultan
B Menteri Besar
C Perdana Menteri
D Yang di-Pertuan Agong

18. Pentadbiran kerajaan negeri pada masa kini diuruskan oleh ________________.
A Raja
B Menteri Besar
C Perdana Menteri
D Yang di-Pertuan Agong

19. Bukti kedatangan agama Islam ke Tanah Melayu adalah dengan penemuan ______________.
A batu bersurat di Kelantan
B batu bersurat di Terengganu
C batu bersurat di Kempas, Johor
D batu bersurat di Pengkalan Chepa

20. Agama Islam termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai agama _________.
A persekutuan
B wajib
C pilihan
D tetap

21. Semasa pendudukan Jepun, __________ telah ditubuhkan.


A Majlis Ilmu
B Majlis Agama Islam
C Majlis Agama Buddha
D Majlis Amanah Rakyat

22. ____________ ialah kepercayaan bahawa setiap benda mempunyai roh atau semangat.
A Animisme
B Agama Hindu
C Agama Buddha
D Agama Kristian

23. Hubungan manusia dengan alam sekitar dapat ditunjukkan dengan _________________.
A membakar sampah
B menebang pokok
C menorah hutan
D memelihara dan memulihara alam sekitar

24. Sejarah kedatangan Islam ke Tanah Melayu dikaitkan dengan negara berikut, KECUALI…
A Arab
B China
C India
D Pakistan

25. Nilai tolong-menolong dan ziarah-menziarahi adalah antara nilai yang dituntut oleh Islam dalam perhubungan
dengan ______________.
A haiwan
B masyarakat
C alam sekitar
D alam ghaib
26. Bahasa Melayu berasal daripada rumpun _____________ yang merupakan antara 200 bahasa yang
dipertuturkan di Kepulauan Melayu.
A Austronesia C Indonesia
B Australia D Malaysia

27. Bahasa Melayu pernah menjadi lingua franca pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Apakah yang dimaksudkan dengan lingua franca?
A Bahasa perantaraan dan perhubungan antara masyarakat yang berlainan Bahasa.
B Bahasa yang digunakan untuk masyarakat Melayu sahaja.
C Bahasa pertuturan rakyat untuk perdagangan sahaja.
D Bahasa perantaraan antara masyarakat Melayu dengan masyarakat beragama
Islam yang lain.

28. Bahasa Melayu kini dipengaruhi oleh Bahasa __________, Arab, Portugis, Belanda, Cina dan Tamil.
A Siam C Sanskrit
B Jepun D Indonesia

29. Antara fungsi penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka ialah ___________ Bahasa Melayu sebagai Bahasa
kebangsaan, Bahasa rasmi dan Bahasa ilmu.
A memeriahkan
B menambah baik
C memperkukuhkan
D memartabatkan

30. Berikut merupakan peranan Bahasa Melayu, KECUALI…


A sebagai bahasa ilmu
B sebagai bahasa antarabangsa
C sebagai bahasa perhubungan
D sebagai bahasa pentadbiran

B. Jawab semua soalan pada ruangan yang disediakan.

A) Tulis gelaran bai ketua negeri bagi negeri-negeri yang berikut: (5 m)

NEGERI GELARAN
Johor
Perlis
Sarawak
Negeri Sembilan
Wilayah Persekutuan

B) Padankan dengan padanan yang betul. (5 m)


Ingkar perintah Raja
Waadat
Perjanjian
Derhaka
Menduduki termpat tertinggi dalam sistem
Daulat pemerintahan
Ketua negeri, ketua agama Islam, ketua adat istiadat
Peranan Sultan
dan symbol kedaulatan
Kedudukan Sultan Melambangkan kekuasaan dan keagungan SUltan

C) Senaraikan 5 wilayah penutur Bahasa Melayu di dunia. (5m)

a) ______________________________
b) ______________________________
c) ______________________________
d) ______________________________
e) ______________________________

D) Senaraikan 5 peranan Bahasa Melayu. (5m)

a) ______________________________
b) ______________________________
c) ______________________________
d) ______________________________
e) ______________________________

JAWAPAN SOALAN PENGUKUHAN SEJARAH TAHUN 5 UNIT 1 – 3


1. B 11. B 21. B
2. B 12. C 22. A
3. A 13. A 23. D
4. C 14. C 24. D
5. C 15. D 25. B
6. B 16. D 26. A
7. C 17. C 27. A
8. C 18. B 28. C
9. D 19. B 29. D
10. C 20. A 30. B

BAHAGIAN B

A)

NEGERI GELARAN
Johor SULTAN
Perlis RAJA
Sarawak YANG DIPERTUA NEGERI
Negeri Sembilan YANG DIPERTUAN BESAR
Wilayah Persekutuan YANG DIPERTUAN AGONG

B)
Ingkar perintah Raja
Waadat
Perjanjian
Derhaka
Menduduki termpat tertinggi dalam sistem
Daulat pemerintahan
Ketua negeri, ketua agama Islam, ketua adat istiadat
Peranan Sultan
dan symbol kedaulatan
Kedudukan Sultan Melambangkan kekuasaan dan keagungan SUltan

C) Wilayah penutur Bahasa Melayu di dunia.

a) Malaysia f) Pulau Cocos


b) Indonesia g) Taiwan
c) Thailand h) Arab Saudi
d) Brunei i) Madagaskar
e) Singapura j) Pulau Krismas

D) Peranan Bahasa Melayu


a) Bahasa Ilmu d) Bahasa Persuratan
b) Bahasa Perundangan e) Bahasa Perdagangan
c) Bahasa Pentadbiran f) Bahasa Perhubungan

You might also like