You are on page 1of 7

KERTAS KERJA

Program Panitia Pendidikan Muzik

SJKT TAMPIN

Tahun 2017

PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU KANAK-KANAK DAN


MENCIPTA ALAT MUZIK DARIPADA BAHAN TERPAKAI
Pendahuluan

Panitia Pendidikan Muzik dengan kerjasama Panitia Sains akan mengadakan aktiviti bagi
mengisi penutupan takwim sekolah 2017. Justeru, Pihak Panitia akan mengambil inisiatif
mengadakan aktiviti bersempena berakhirnya peperiksaan akhir tahun sekolah. Aktiviti-aktiviti
yang dijalankan adalah diharap mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid.
Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan manfaat dan pendedahan kepada murid
selain sebagai pemangkin untuk memupuk hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan
murid dan guru-guru SJKT Tampin.

Matlamat

            Matlamat utama penganjuran aktiviti adalah bagi memupuk semangat bersaing secara
sihat serta menghiburkan diri selepas minggu peperiksaan di samping mencungkil bakat
terpendam murid-murid SJKT Tampin secara menyeluruh. Selain itu, para guru dapat mengenal
pasti potensi murid yang mampu mengharumkan nama baik SJKT Tampin di peringkat yang
lebih tinggi seperti pertandingan yang dianjurkan antara sekolah dan daerah.

Objektif

1. Murid-murid dapat mencungkil bakat dalam bidang nyanyian.

2. Murid-murid dapat mencipta secara kreatif alat muzik dari bahan-bahan terpakai.

3. Memupuk semangat bekerjasama di dalam satu pasukan.

4. Menghayati lagu kanak-kanak yang dinyanyikan.

Guru Muzik

En. Charles Soosai


Keterangan Program

Tarikh
-15 November 2017

Hari
-Rabu

Masa
-02.30 petang

Tempat
-Dewan SJKT Tampin
 

Kumpulan Sasaran
-Semua murid SJKT Tampin,

Aktiviti

Bil Aktiviti Catatan


1 Pertandingan Nyanyian Lagu Kanak-Kanak 2 buah lagu kanak-kanak

2 Persembahan Rekacipta Alat Muzik Daripada Bahan-Bahan Memainkan alat muzik yang
Terpakai dicipta
PERATURAN DAN SYARAT PERTANDINGAN
Penyertaan
1.1.1 Setiap kumpulan akan menghantar lima murid dari tahap 1 dan 5 murid
dari tahap 2 dimana kumpulan tersebut terdiri daripada sepuluh orang
termasuk pemain alat.
1.1.2 Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan borang penyertaan. Borang
penyertaan boleh didapati daripada Ketua Panitia Pendidikan Muzik SJKT
Tampin.

1.2 Had Masa


1.2.1 Masa yang diperuntukkan adalah selama 10 minit.
1.2.2 Loceng pertama akan dibunyikan bagi menandakan pertandingan dimulakan.
Sebelum 5 minit berakhir loceng akan dibunyikan sekali lagi.

1.3 Format Pertandingan


1.3.1 Lagu mestilah direka mengikut tema majlis
1.3.2 Pakaian bagi peserta ialah berbaju sekolah
1.3.3 Menggunakan sepenuhnya peralatan muzik tanpa menggunakan minus one.

1.4 Penghakiman / Pemarkahan


1.4.1 Penilaian dilihat dari segi pemilihan lagu, gaya persembahan, kesesuaian
pakaian, keseragaman, penggunaan alat, dan kepatuhan pada syarat-
syarat pertandingan yang telah ditetapkan.
1.4.2 Ia dinilai oleh panel hakim yang dilantik oleh pihak urusetia pertandingan.
Keputusan panel adalah muktamad.

1.5 Hadiah dan cenderamata


1.5.1 Hadiah pemenang adalah berbentuk piala dan sijil penyertaan bagi tempat
pertama, kedua dan ketiga. Manakala saguhati adalah pingat dan sijil
penyertaan.
1.5.2 Keputusan akan diumumkan pada hari pertandingan. Upacara penyampaian
hadiah akan dijalankan bersama Majlis Perasmian Penutup di akhir
pertandingan.

ATURCARA PERTANDINGAN

12.30 t/h - Pendaftaran peserta

1.00 t/h - Makan t/h

2.00 petang - Pertandingan dimulakan.

4.00 petang - Ucapan aluan oleh Pengerusi

Pertandingan Muzik

- Ucapan Guru Besar

- Pengumuman dan keputusan Pertandingan serta

Penyampaian Hadiah.

- Persembahan Johan Pertandingan Muzik

- Jamuan

- Bersurai
Jawatankuasa Pertandingan Nyanyian Lagu Kanak-Kanak dan Rekacipta Alat Muzik

AJK Nama
Penasihat Encik G. Mohan(Guru Besar)
Pengerusi Puan Malika (GPK 1)
Naib Pengerusi Puan Vasanda (GPK HEM)
Setiausaha Encik Charles Soosai
Juruacara Majlis Encik Ravindran
Hakim Lagu Kanak-Kanak Encik Xavier (GPK KOKU)
Encik Ganesan
Cik N.Kavitha
Encik B.Mohan
Hakim Rekacipta Alat Muzik Encik Sathia Nathan
Pn. J.Kavitha
AJK Hadiah Cik Tharsini Devi
Cik Jayamalar
Siaraya dan PA Sistem Encik Charles
 

CADANGAN KOS

PERBELANJAAN

1. Percetakan/Alat Tulis RM 90.00

2. Hadiah/Sijil /Cenderamata

10 kumpulan ( tempat 1,2,3) 30 org X RM5.50 RM 165.00

Saguhati 70 org X RM3.00 RM 210.00

Sijil RM 100.00

3. Minuman air mineral RM 126.00

______ ____

JUMLAH RM 691.00
Penutup

Penganjuran aktiviti Panitia SJKT Tampin ini memerlukan kerjasama dan komitmen daripada
semua pihak bagi meningkatkan pencapaian murid secara menyeluruh dalam usaha membentuk
imej sekolah yang postif. Aktiviti seumpama ini mampu mengeratkan hubungan baik yang sedia
ada dalam kalangan guru dan murid serta dapat mencungkil bakat terpendam murid-murid SJKT
Tampin. Penganjuran aktiviti sebegini akan diteruskan pada tahun akan datang.

Disediakan oleh,

______________________________

(En. Charles Soosai)

Setiausaha Panitia Pendidikan Muzik SJKT Tampin

You might also like