You are on page 1of 3

Soalan 7 – Petikan Sastera

Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Dek benih penjajah yang menanamkan racun perkauman melalui sistem dan perintah,
bernanahlah segala prasangka buruk sebelum meletusnya tragedi sengketa dan rusuhan antara
warga kota yang mewakili bangsa-bangsa yang berbeza fahaman, bahasa dan budaya.
Akibatnya, darah dan korban menjadi saksi kepada sebuah api pergolakan sehingga
mencetuskan huru-hara kepada negara yang baru setahun jagung menghirup udara
kemerdekaan. Seperti kata bonda kepada saya setiap kali menjengah kalendar Mei pada wajah
hari.
“Tanah air ini pernah bernyala api tragedi. Penjajah menabur bara sengketa melalui
pengagihan sumber kekayaan bumi ini yang tidak seimbang. Bangsa pertama ditempatkan di
bandar-bandar besar sebagai peniaga dan pengusaha lombong bijih timah. Bangsa kedua terbiar
daripada arus pembangunan dengan mendiami kampung-kampung tradisional di luar bandar
sebagai nelayan dan pesawah.
Dipetik daripada cerpen “Munsyi” oleh Husna Nazri
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahan 2

PANTUN JANGAN BERPECAH

Nam-nam berpuru di muka, Dawai berpilin di reban itik,


Buat penganan dicecah gula, Basah kuang hujan di taman,
Lebih enam dekad merdeka, Wahai pemimpin parti politik,
Rasa perkauman masih nyala. Usah juang politik perkauman.

Tuai di huma padi beribu, Kejarlah beca dibawa malam,


Padi diirik di pohon nangka, Pendeta taranum naik makrifat,
Wahai semua bapa dan ibu, Belajarlah kita peristiwa hitam,
Usah dididik anak prasangka. Sengketa kaum hidup mudarat.

Lusuh kain berbenang tangsi, Masak bubur renih semalaman,


Lama dipakai selesa di tangan, Renih panjangan hingga mamai,
Asuhlah anak sikap toleransi, Jangan ditabur benih perpecahan,
Sesama rakan bina hubungan. Benih perpaduan marilah semai.

Azahar bin Bahari, Ilham Bestari

Bahan 3

ANAK BANGSA MALAYSIA

Bangsa kita bangsa merdeka, Kerana kita tetap setia,


Gagah dan kuat kerana kepelbagaian, Tembok pemisah kita dirobohkan,
Dari yang banyak menjadi satu, Bersatu padu tanpa kira warna kulit dan
Membawa negara ke persada dunia. kepercayaan,
Kerana kita adalah….
Kemakmuran kita kongsikan bersama, Anak Bangsa Malaysia!
Maju terus bergerak ke hadapan,
Walaupu terdapat perbezaan,
Kita satukan jadi kekuatan. Tun Dr. Mahathir Mohamad
(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud menabur bara sengketa.
[2 markah]

(ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan punca-punca perasaan perkauman wujud dalam
kalangan rakyat Malaysia.
[3 markah]

(iii) Ibu bapa haruslah memainkan peranan penting untuk memupuk semangat perpaduan
dalam diri anak-anak.

Pada pendapat anda, bagaimanakah ibu bapa dapat mendidik dan memupuk amalan
perpaduan dalam diri anak-anak?
[ 3 markah]

(iv) Di sekolah anda, terdapat sekumpulan murid yang tidak gemar bergaul dengan murid
yang berlainan kaum. Mereka juga sering mengeluarkan kata-kata kesat yang boleh
menggugat sensitiviti kaum lain sehingga hampir mencetus pergaduhan. Oleh itu,
amalan ini harus ditangani segera demi kebaikan bersama.

Sebagai murid yang prihatin, cadangkan cara-cara yang dapat dilakukan untuk
menyelesaikan masalah tersebut.
[4 markah]

You might also like