You are on page 1of 2

Ruj. Kami : JPNS.SPM.PBM.

900-8/5/1( )
Tarikh : Julai 2022

Pengetua
SMK King George V
Jln Zaaba, Seremban
70100 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus

Tuan,

MEMOHON MENGGUNAKAN BILIK MESYUARAT ASRAMA SMK KING GEORGE V


UNTUK MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL KEJOHANAN BOLA JARING
MAJLIS SUKAN SEKOLAH NEGERI SEMBILAN (MSSNS) PERINGKAT NEGERI
TAHUN 2022

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan, Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri


Sembilan akan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kejohanan Bola Jaring
Majlis Sukan Sekolah Negeri Sembilan (MSSNS) Peringkat Negeri Tahun 2022 seperti
ketetapan berikut :-

Tarikh : 21 Julai 2022


Masa : 11.00 Pagi – 2.00 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Asrama SMK King George V
Keperluan : LCD, Layar Putih & Wayar Penyambung

3. Sehubungan itu, pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan ingin memohon jasa
baik tuan untuk menggunakan bilik mesyuarat tuan bagi tujuan di atas. Sebarang
pertanyaan pihak tuan boleh berhubung dengan En. Mohamad Shahir Bin Ismail, Pen.
Pengarah Unit Pembanggunan Bakat Murid di talian 013-9690326 untuk maklumat lanjut.
Kerjasama tuan amatlah dihargai serta disanjung tinggi dan didahului dengan ucapan terima
kasih.

Sekian.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(HAJI MISRI BIN MISTAMA)


Timbalan Pengarah
Sektor Pembangunan Murid
b.p. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan

You might also like