You are on page 1of 2

LAPORAN PERBINCANGAN PENYELARASAN BAHAN PROMO PROGRAM SEKSYEN

TV BAHAGIAN PENYIARAN JAKIM

Tarikh: 26 Julai 2022 (Selasa)


Masa: 2.30 petang
Tempat: Biik Perbincangan Aras 3 Blok A
Pengerusi: Puan Hazida Hasnan (PPK Program TV)

Hal-hal yang dibincangkan:

1. Bahagian Penyiaran telah menubuhkan satu unit baharu iaitu Unit Promo dan
Rekabentuk (URB) yang akan dikawal selia oleh Puan Suraya Mohd Sikas dan di
bawahnya ialah Puan Hasnorliziana Abu Samat dan Puan Fazura Yahya.

2. URB akan beroperasi bermula pada minggu kedua Ogos 2022 (mulai 8 Ogos 2022).

3. Satu alamat emel URB telah diwujudkan bagi tujuan penghantaran bahan promo. Alamat
emel: promojakim@gmail.com

4. Satu grup WhatsApp juga akan diwujudkan untuk interaksi URB, penerbit dan pihak
RTM bagi melancarkan operasi.

5. Tujuan utama penubuhan URB ialah untuk mewujudkan “focal person” untuk
menyelaraskan perhubungan komunikasi dan penghantaran bahan promo ke Unit
Promo TV RTM.

6. Pegawai yang ditugaskan untuk menyelaraskan bahan promo bagi program TV ialah
Puan Hasnorliziana Abu Samat.

7. Bahan promo perlu dipendekkan kepada 20 saat sahaja agar mudah diselitkan opening
& closing breaker.

8. Suara latar (VO) tidak perlu menyatakan masa/hari/tarikh bagi memudahkan siaran
promo.

9. Bahan promo perlu diserahkan dalam bentuk file based (melalui emel atau Google
Drive).

10. Bahan promo perlu diemel 7 hari sebelum tarikh siaran. (Namun diambil maklum jua jika
ada kekangan mesin, perubahan panel saat akhir dsb)

11. Bagi program rakaman yang sudah selesai atau yang sudah locked panel boleh dihantar
awal kepada URB.

12. Penerbit dan AP disarankan untuk belajar kemahiran asas suntingan video.

13. Sebuah Macbook telah disediakan kepada penerbit untuk digunakan sebagai tujuan
pembelajaran.

14. Penerbit disarankan meminta panel-panel yg tersohor untuk membuat promo melalui
voxpop rancangan masing-masing.
15. Penerbit diminta menyemak logo RTM dan RTM Klik pada poster agar menggunakan
logo yang terkini.

16. Setiap promo yang disiar di media sosial perlu tag siaran TV1.

17. Selebriti setiap program perlu tag media sosial TV1.

18. Pengerusi mencadangkan dimasukkan di dalam surat undangan kepada panel untuk
mempromosikan rancangan di laman media sosial. Contoh: “Mohon jua jasa baik
tuan/puan untuk mempromosikan program ini dalam media sosial tuan/puan.”

19. Bahan promo yang perlu diserahkan kepada Puan Hasnorliziana adalah 5 item berikut:
i. Bahan video + VO (tanpa BG music / lagu)
ii. Background music / lagu
iii. Poster
iv. Butiran siaran
v. Sinopsis

20. Bahan video yang dihantar hendaklah diasingkan kepada 2 file iaitu file bahan video +
VO dan file background music bagi mengelakkan isu bunyi tidak seimbang pada hasil
akhir promo.

21. Satu set 5 item di atas bagi setiap program akan diemel ke Unit Promo TV RTM oleh
Puan Hasnorliziana.

22. Pengerusi memohon supaya penerbit menyerahkan urusan promo kepada AP bagi
meringankan beban kerja penerbit.

23. Semua perkara berkaitan dengan siaran dimohon dirujuk kepada Puan Noraziha Yusoff
bagi tujuan penyelarasan.

24. Urusan tempahan untuk poster adalah masih sama seperti sebelum ini.

25. Emel yang dihantar ke Unit Promo TV RTM di“salinan kepada” @ cc kepada penerbit
yang berkenaan bagi tujuan pemakluman.

26. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Sakinaton dan Encik
Muhammad Zarin kerana membantu menyiapkan poster untuk semua program TV
bermula 1 Jun yang lalu sehingga 7 Ogos 2022.

Perbincangan ditangguh pukul 3.35 petang.

You might also like