You are on page 1of 6

BAHAN INTERVENSI TINGKATAN 2

KEMAHIRAN MENULIS BAHAGIAN A


(KARANGAN RESPON TERHAD)
SET 2

BAHAGIAN A (KARANGAN PENDEK)


Berdasarkan maklumat, yang disediakan, tulis karangan pendek yang panjangnya antara 50-80 patah
perkataan.

Faedah- faedah Bersenam


mengurangkan stres - melupakan masala h - menyihatkan tubuh badan -
menyingkirkan toksin - mengeratkan hubungan kekeluargaan - kemesraan terjalin

2. Seni Bahasa
Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan
2.
i). Jalan ke Puncak karya Juri Durabi
ii). Meniti Impian karya Osman Ayub
iii).Jejak MONPUS karya Zulaiha Paikon
iv). Darah Titik di Semantan karya Arman Sani
Watak utama dikenali sebagai hero dalam sesebuah karya kerana memainkan peranan penting
dalam setiap jalan cerita. Huraikan perwatakan watak utama yang telah ditetapkan dalam
sebuah novel yang telah anda kaji di tingkatan 2.

NOVEL WATAK UTAMA


i). Jalan ke Puncak Laiman
ii). Meniti Impian Zahar
iii). Jejak MONPUS Zahar
iv). Darah Titik di Semantan Datuk Bahaman
(10 markah)

1
3. Tatabahasa (Peribahasa)

Pilihan jawapan :
 kaca terhempas di batu

 menarik rambut dalam tepung

 lalang ditiup angin

 aur dengan tebing

 malang tidak berbau

a. Kita hendaklah berpendirian tegas jika kita betul dan janganlah menjadi seperti

______________________________________________________________________.

b. Kita mesti bersatu padu bagai ______________________________________________

untuk mengekalkan kesejahteraan hidup yang dinikmati sekarang.

c. Hati wanita itu bagai ________________________________________________


apabila

menerima berita tentang kematian anak yang disayanginya.

d. Para pemandu di jalan raya janganlah memandu mengikut perasaan kerana


__________

______________________________________________________________________.

e. Ibu bapa mesti bijak menyelesaikan perbalahan anak umpama


_____________________

4. Tatabahasa
Bina ayat daripada perkataan yang berikut.
1 (a). bahagi
______________________________________________________________________

______________________________________________________________________.

(b). bahagia

2
______________________________________________________________________

______________________________________________________________________.

(c). bahagian

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________.

(d). kebahagiaan

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

3
Skema jawapan

1.
Pendahuluan : Bersenam penting untuk kesihatan – banyak faedah yang diperoleh
daripada aktiviti ini

Isi Huraian

a). Mengurangkan stres a). melupakan masalah yang kita hadapi


semasa melakukan senaman
b). Menyihatkan tubuh badan b). Toksin dalam badan dapat
disingkirkan melalui perpeluhan sewaktu
bersenam
c). Mengeratkan hubungan c). Kemesraan antara ahli keluarga antara
kekeluargaan ahli terjalin semasa melakukan aktiviti
senaman

Penutup : Aktiviti senaman wajar diamalkan agar dapat menjamin kesihatan dan
kesejahteraan

2.

Novel yang telah saya kaji di tingkatan dua ialah Meniti Impian karya Osman
Ayub. Watak utama dalam novel ini ialah Zahar. Zahar ialah anak sulung Mak Kiah dan
anak saudara Pak Yusuf. Zahar tinggal bersama ibu dan adik-adiknya kerana ayahnya
telah meninggal dunia. Zahar merupakan seorang pelajar lepasan SPM yang kurang
berjaya hingga tidak berjaya melanjutkan pelajaran di ITM. Namun, Zahar mempunyai
cita-cita untuk membuka bengkel perabot kerana minat dalam bidang pertukangan
perabot. Oleh itu, Zahar bekerja secara sambilan di bengkel perabot bapa saudaranya,
iaitu Pak Yusuf. Zahar berjaya melanjutkan pelajaran di IKM hingga tamat. Pada masa
yang sama, Zahar menaruh hati kepada Norimi yang sama-sama belajar di IKM. Dia
juga seorang yang bertanggungjawab dan tabah kerana dapat menyiapkan perabot
mengikut masa yang telah ditetapkan oleh pelanggan Pak Yusuf. Selain itu, Zahar juga
seorang yang berbudi bahasa. Sebagai contohnya, Zahar berbual dengan Pak Yusuf
dan Tauke Lim dengan berbudi bahasa semasa dalam perjalanan menaiki teksi ke
IKM. Zahar juga seorang yang penyayang. Sebagai contohnya, Zahar pulang setiap
minggu ke kampung semasa belajar di 4IKM untuk menjengah ibunya. Akhirnya, Zahar
berjaya membuka bengkel perabotnya sendiri setelah tamat pengajiannya di IKM.
3. a). lalang ditiup angin
b). aur dengan tebing
c). kaca terhempas ke batu
d). malang tidak berbau
e). menarik rambut dalam tepung

4. a). Kek itu saya bahagi kepada empat bahagian.


b). Pasangan suami isteri itu sangat bahagia
c). Kami telah mengambil bahagian dalam acara merentas desa
d). Akhirnya, Azura dan keluarganya mengecapi kebahagiaan yang diinginkan.

-SKEMA TAMAT-

ummmujih@d @ cg ema™

5
6

You might also like