You are on page 1of 3

Latihan

Sistem Bahasa

Latihan 1:

(a) Tentukan jenis-jenis ayat perintah di bawah sama ada ayat permintaan, ayat
silaan, ayat suruhan atau ayat larangan.

(i) Mimi, tolong belikan ikan dan sayur di pasar nanti.


Ayat : ____________________________________

(ii) Usah dikenangkan peristiwa yang berlaku dalam hidup awak.


Ayat :__________________________________

(iii) Jemput ke dewan sekolah kerana majlis akan bermula sebentar lagi.
Ayat : ___________________________________

(iv) Nanti minta hantar buku latihan ke bilik guru.


Ayat : _________________________________

(v) Harap jangan bising kerana peperiksaan SPM sedang berlangsung.


Ayat : _________________________________

(vi) Pujuk adik kamu supaya tidak lagi ponteng sekolah.


Ayat : __________________________________
[6 markah]

b) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan
lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin
ayat itu semula.

(i) Adik Azlan yang belajar di pra sekolah sedang melatih untuk persediaan
persembahan nyanyian.
(ii) Ayah marah abang kerana suka berpelisiran dengan rakannya hingga
mengabaikan pelajaran.
(iii) Kebakaran yang berlaku di Kampung Sentosa itu telah korbankan nyawa
seorang juru audit yang bertugas di Kedah.
[6 markah]

c)Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula

(i) Pihak polis telah berjaya menahan penjenayah yang paling licik sekali dalam satu tinjauan di
sebuah rumah di hujung kampung itu.

(ii) Program yang dirancang oleh sebilangan besar penduduk-penduduk taman itu mendapat
jemputan yang menggalakkan.

(iii) Satu persembahan fesyen telah diadakan di Dewan Perdana bertujuan


mengutip derma untuk Pertubuhan Anak-anak Yatim pada minggu
hadapan.

[6 markah]
Latihan 2:

(a) Tulis ayat majmuk yang diberikan di bawah supaya menjadi dua ayat tunggal.

(i) Radzi tidak akan meninggalkan kampung halamannya walaupun dihina oleh rakan- rakannya.
Ayat 1 : ________________________________________________________________
Ayat 2 :

(ii) Ali tidak melakukan perbuatan sumbang tetapi dia dipandang serong oleh masyarakat di situ.
Ayat 1 :_________________________________________________________________
Ayat 2 : ___________________________________________________________________

(iii) Hujan yang turun dengan lebat di kawasan pedalaman itu menyebabkan berlakunya banjir besar.
Ayat 1 : ___________________________________________________________________
Ayat 2 :_________________________________________________________________
[6 markah]

(b) Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama
+ Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi
Nama (FN + FS).

(i) Semua pelajar sedang berkumpul di padang sekolah.


(ii) Rombongan pelajar yang baru sampai itu dari luar negara.
(iii)Baju kebaya yang sangat cantik itu kepunyaan kakak saya.
(iv) Penduduk di kawasan luar bandar sangat gembira kerana mendapat kemudahan awam yang
mencukupi.
(v) Ibu bapa perlu memberikan perhatian terhadap pelajaran dan perkembangan anak-anak di rumah.
(vi) Pelajar tingkatan 1 sedang bergotong-royong sempena minggu orientasi .

[6 markah]

c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan
lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.

(i) Pesakit di kawasan pedalaman itu dikejar ke Hospital Sultan Ismail dengan menggunakan helekopter.

(ii) Masyarakat di negara kita dilarang membincangkan issu sensitif secara keterbukaan untuk
mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

(iii) Persatuan Penduduk Taman Makmur telah mengadakan dailog dengan Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur untuk mengatasi masalah buangan sampah di taman itu.
[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Adik makan beberapa batang sate yang ayah beli di pasar malam petang tadi.

(ii) Peserta yang paling hebat sekali dalam persembahan itu telah dipilih sebagai pemenang dalam
pertandingan yang menyediakan peruntukan yang lumayan.

(iii) Kami amat terkejut bila mendapat tahu bahawa ada seekor lembu mati kerana digiling kereta api di
kawasan landasan itu.
[6 markah]
Latihan 3:

(a) Tukarkan ayat yang bersusunan songsang di bawah kepada ayat bersusunan biasa tanpa mengubah
maksud asalnya.

(i) Beberapa hari yang lalu Pak Abu telah menjual sawah di hujung kampung itu kepada seorang
lelaki.

(ii) Walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah, belum pernah terdetik di hati Linda
untuk meninggalkan kerjayanya sekarang.

(iii) Bagi memenangi pertandingan badminton yang akan datang, pasangan anak-beranak itu
berlatih dengan bersungguh-sungguh.

[6 markah]

(b) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Tenaga hidro ialah sumber tenaga yang paling meluas penggunaannya kerana mewakili 19
peratus daripada keseluruhan penjanaan tenaga eletrik.

(ii) Pencuri motorsikal akan meleraikan bahagian-bahagiannya sebelum dijual kepada pihak lain
yang bersubahat dengan kegiatan mereka yang bersalahan undang-undang itu.

(iii) Tanaman buah-buahan yang diusahakan itu dapat mengimbang rutin harian beliau sebagai
penulis lagi pun kegiatan itu memberikan kepuasan kepadanya.
[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak perlu menyalin
ayat itu semula.

(i) Pemaju perumahan itu bankrap menyebabkan projek perumahan itu tergendala selama lima
setengah tahun.

(ii) Lukisan yang paling cantik sekali dalam pameran itu memikat perhatian para pencinta seni tanah
air.

(iii) Beribu orang penyokong Kelab Pemuda Johor membanjiri stadium itu untuk menyaksikan
pertandingan bola sepak antara pasukan Johor dengan pasukan Kelantan yang berlangsung pada
malam semalam.
[6 markah]

You might also like