You are on page 1of 8

Nama : ………….................................................... Tingkatan: …………....................

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MACHANG BUBUK


TAMAN MACHANG BUBUK 14200 BUKIT MERTAJAM

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2016

TINGKATAN 4

PERDAGANGAN KERTAS 1

Satu jam 15 Minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Arahan: Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan.

Kertas soalan ini mengandungi 7 halaman bercetak

0
1
Perikanan, pembalakan dan perlombongan
Maklumat di atas merujuk kepada
A perdagangan
B perusahaan ekstraktif
C perusahaan pembinaan
D perusahaan perkilangan

2 Antara yang berikut, yang manakah bukan disebabkan pengeluaran tidak langsung?
A Mewujudkan perniagaan
B Membolehkan penggunaan mesin
C Ketiadaan pertukaran dan kemajuan
D Mempertingkatkan jumlah pengeluaran yang dihasilkan

3 • Tiada pengkhususan
• Setakat cukup untuk kegunaan sendiri
• Barang yang dihasilkan tidak berlebihan

Senarai di atas menerangkan ciri-ciri


A perniagaan
B perdagangan
C pengeluaran langsung
D pengeluaran tidak langsung

4 Antara yang berikut, yang manakah bukan ciri seorang usahawan?


A Peka terhadap pembaharuan
B Berpandangan jauh
C Tidak mengutamakan keuntungan
D Mementingkan kestabilan ekonomi

5 Antara yang berikut, yang manakah bukan sumbangan usahawan kepada masyarakat?
A Mewujudkan peluang pekerjaan
B Meningkatkan taraf hidup masyarakat
C Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat
D Meningkatkan masalah pengangguran dalam sektor pertanian

6 Semua yang berikut adalah benar tentang kebaikan pengkhususan, kecuali


A meningkatkan pengeluaran
B menjimatkan masa dan kos
C hasil yang standard
D membolehkan penggunaan mesin

7 Perdagangan adalah sebahagian daripada aktiviti pengeluaran kerana


A melibatkan bantuan perniagaan
B melibatkan perniagaan
C meningkatkan nilai faedah keluaran
D membantu dalam pemprosesan bahan mentah menjadi barang akhir

1
8 Antara yang berikut, yang manakah bukan fungsi peruncit dalam saluran agihan?
A Memberikan khidmat nasihat
B Menjalankan kerja akhir
C Menjual secara kredit
D Mengeluarkan barang secara besar-besaran

9 Antara yang berikut, yang manakah bukan kekurangan perniagaan runcit kecil-kecilan?
A Tidak boleh membeli barang secara pukal
B Mudah diuruskan
C Tidak berkemampuan untuk mengupah banyak pekerja
D Tidak mempunyai jaminan untuk perniagaan runcit kecil-kecilan

10 Antara yang berikut, yang manakah ciri perniagaan runcit besar-besaran?


A Saiz organisasi besar
B Mudah untuk diuruskan
C Tidak mengamalkan pengkhususan dan pembahagian kerja
D Tidak mendapat diskaun semasa membeli stok

11 Semua yang berikut mempunyai kaitan dengan sistem layan diri, kecuali
A diamalkan oleh peruncit kecil-kecilan
B barang perlu dilabelkan dengan tanda harga
C harga jualan barang adalah tetap
D barang perlu diperagakan di rak-rak

12 Pemborong khusus dikenali sebagai orang tengah yang


A menyediakan tempat atau gudang untuk menyimpan barang yang dibeli oleh peruncit
B menjual pelbagai jenis barang yang tiada kaitan antara satu sama lain
C menjual satu jenis barang tertentu sahaja
D hanya menjalankan tugas-tugas tertentu sebagai pemborong

13 Rajah di bawah berkaitan dengan jenis-jenis pemborong.

Rajah 1
Berdasarkan rajah di atas, W ialah

A pemborong fungsi terhad


B pemborong khusus
C pemborong satu barisan
D broker

14 Apakah yang diwakili oleh Y dan Z?


A Y mewakili ejen penjual, Z mewakili broker
B Y mewakili broker, Z mewakili jober para
C Y mewakili jober para, Z mewakili ejen penjual
D Y mewakili broker, Z mewakili pemborong bayar dan bawa

2
15 Semua yang berikut adalah pemborong fungsi terhad, kecuali
A pemborong pesanan mel
B pemborong bayar dan bawa
C pemborong perkhidmatan pengangkutan
D pemborong satu barisan

16 Perniagaan antarabangsa bermaksud


A kegiatan jual beli yang dijalankan antara penduduk-penduduk dalam sebuah negara
yang sama
B kegiatan jual beli yang dijalankan antara sesebuah negara dengan negara jiran
sahaja
C kegiatan jual beli yang dijalankan antara penduduk sesebuah negara dengan negara
lain
D kegiatan jual beli yang dijalankan antara penduduk-penduduk negara maju dengan
penduduk-penduduk negara kurang maju

17 Antara pernyataan berikut, yang manakah adalah tidak benar?


A Eksport ialah barang atau perkhidmatan yang dijual kepada negara luar
B Perniagaan antarabangsa dijalankan oleh pengimport dan kerajaan
C Import ialah barang atau perkhidmatan yang dibeli dari negara luar
D Perniagaan antarabangsa melibatkan hubungan dua hala, iaitu import dan eksport

18 Antara yang berikut, yang manakah merupakan sebab kewujudan perniagaan


antarabangsa?
I Perbezaan kos pengeluaran
II Tingkat teknologi dan kemahiran yang berlainan
III Perbezaan sumber alam semula jadi
IV Wujudnya peluang pekerjaan yang berlainan

A I, II dan III C I, III dan IV


B I, II dan IV D II, III dan IV

19 Persamaan antara perniagaan antarabangsa dengan perniagaan dalam negeri ialah


A menggunakan mata wang yang sama
B menggunakan dokumen perniagaan yang sama
C memerlukan bantuan perniagaan
D menggunakan sukatan dan timbangan yang sama

20 Eksport tak nyata bermaksud


A barang nampak yang dibeli daripada negara luar
B perkhidmatan yang dibekalkan kepada negara luar
C barang nampak yang dijual kepada negara luar
D mendapatkan perkhidmatan daripada negara luar

21 Pelancong asing yang melawat Malaysia dikenali sebagai


A eksport tak nyata Malaysia
B import tak nyata Malaysia
C eksport nyata Malaysia
D import nyata Malaysia

3
22 Pengimport perlu menghantar sesuatu dokumen semasa memesan barang daripada
pengeksport di luar negara. Dokumen tersebut ialah
A surat pesanan C pesanan import
B invois eksport D inden

23 Antara yang berikut, yang manakah syarat bayaran angkutan?


A Kos insurans dan tambang
B Serahan segera
C Serahan sedia
D Serahan hadapan

24 Antara yang berikut, yang manakah kelebihan jualan prabayar kepada penjual?
I Prestasi aliran tunai dapat ditingkatkan
II Perbelanjaan dapat dikawal
III Pasaran dapat diperluaskan
IV Jualan dapat ditambahkan

A I, II dan III C I, III dan IV


B I, II dan IV D II, III dan IV

25 Antara yang berikut, yang manakah bukan kepentingan perniagaan antarabangsa kepada
pengguna?
A Meluaskan pilihan pengguna
B Menjamin bekalan sumber yang berterusan
C Dapat menikmati pelbagai barang yang murah dan bermutu
D Taraf hidup pengguna dapat ditingkatkan

26 Antara yang berikut, yang manakah persamaan antara perniagaan dalam negeri dengan
perniagaan antarabangsa?
A Kos pengangkutan tinggi
B Pasaran lebih luas
C Mengamalkan pengkhususan
D Menggunakan dokumen yang sama

27 Antara yang berikut, yang manakah bukan halangan dalam perniagaan antarabangsa?
A Pertukaran mata wang
B Standard dan syarat import yang berbeza
C Penggunaan bahasa yang berlainan
D Pengangkutan barang dari pelabuhan ke kapal

28 Maklumat di bawah adalah berkaitan dengan sejenis dokumen.

Dokumen ini dihantar oleh syarikat perkapalan kepada lembaga pelabuhan


yang menerima barang untuk dihantar dan memintanya memuatkan barang
tersebut ke dalam kapal yang dinamakan
Apakah dokumen yang dimaksudkan di atas?
A Nota perkapalan
B Waran limbungan
C Janji Carter
D Resit pemilik dermaga

4
29
Perikanan, pembalakan dan perlombongan
Maklumat di atas berkaitan dengan
A industri berasaskan sumber
B industri berasaskan logam
C industri berasaskan hasil laut
D industri pembuatan kain

30 Antara yang berikut, yang manakah bukan masalah IKS


A Teknologi rendah
B Masalah modal
C Kekurangan bahan mentah
D Kekurangan aset tetap

31 Semua yang berikut adalah sumbangan IKS kepada masyarakat kecuali


I memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat
II memberi peluang menggunakan daya cipta
III memberikan peluang untuk meningkatkan kemahiran
IV menyediakan latihan IKS untuk remaja

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV

32 Antara yang berikut, yang manakah ciri milikan tunggal?


A Saiz perniagaan kecil dan dibantu oleh ahli keluarga
B Pemilik menentukan pengurusan melalui perundingan dengan pihak lain
C Memiliki modal besar dan mudah untuk mendapatkan pinjaman bank
D Pemilik menikmati semua keuntungan dan tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku
kerugian

33 Antara yang berikut, yang manakah kekurangan perniagaan perkongsian?


I Perkongsian akan dibubarkan sekiranya salah seorang rakan kongsi meninggal dunia
II Modal yang dikumpulkan adalah terhad
III Maklumat dalam syarikat dapat dirahsiakan daripada pengetahuan umum
IV Risiko perniagaan ditanggung oleh setiap pekongsi

A I, II dan III C I, III dan IV


B I, II dan IV D II, III dan IV

34 Semua yang berikut adalah dokumen yang perlu disertakan bersama ketika menghantar
borang A, bagi penubuhan syarikat perkongsian, kecuali
A salinan lesen atau permit khas perniagaan
B salinan perjanjian perkongsian
C yuran pendaftaran RM60
D sijil perakuan pendaftaran perniagaan

35 Antara yang berikut, yang manakah bukan kelebihan syarikat sendirian berhad?
I Kos penubuhan tinggi
II Sukar untuk pindah milik syer
III Mempunyai modal yang besar
IV Liabilitinya terhad

5
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

36 Antara berikut, yang manakah bukan kelemahan syarikat sendirian berhad?


A Penyalahgunaan kuasa oleh lembaga pengarah
B Menanggung beban kerja yang banyak
C Dikenakan cukai syarikat yang tinggi
D Bilangan anggota terhad

37 Antara yang berikut, yang manakah merupakan modal syarikat berhad?


I Modal nominal
II Modal diterbitkan
III Modal dipanggil
IV Modal jelas
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

38 Semua yang berikut adalah persamaan antara syarikat awam berhad dengan syarikat
sendirian berhad, kecuali
A kewujudannya kekal
B menanggung liabiliti terhad
C wujud pemisahan antara pemilikan dengan pengurusan
D syer dijual kepada orang ramai

Pilihan jawapan bagi soalan 39 hingga soalan 40 berdasarkan jadual berikut.

39 I SMIDEC berperanan menyediakan kemudahan pengangkutan dan pergudangan


untuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS).
II Keuntungan daripada koperasi disebut lebihan.

40 I Tatawujud syarikat ialah dokumen yang mengandungi fasal penting untuk


mewujudkan sebuah syarikat.
II Tataurus syarikat ialah dokumen yang mengandungi peraturan yang mengawal
pengurusan dalaman syarikat

SOALAN TAMAT

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan:

………………….. ………………….. …………………..


Pn.Siti Hajar Saidin Pn. Nor Hayati Haron
Guru Matapelajaran KP Perdagangan

6
SKEMA JAWAPAN

NO JAWAPAN NO JAWAPAN
1 B 21 A
2 C 22 D
3 C 23 A
4 D 24 C
5 D 25 B
6 C 26 C
7 C 27 D
8 D 28 A
9 B 29 C
10 A 30 D
11 A 31 A
12 C 32 A
13 A 33 B
14 A 34 D
15 D 35 A
16 C 36 B
17 B 37 A
18 A 38 D
19 C 39 B
20 B 40 C

You might also like