You are on page 1of 1

Santan merupakan bahan asas dalam masakan kita.

Ia digunakan dalam segala jenis gulai atau masak


lemak. Bahan perasa (seasonings) dalam masakan Melayu di bahagi kepada dua: rempah basah dan
rempah kering. Rempah basah iaitu bahan yang ditumbuk dengan batu lesung: bawang, halia,
bawang putih dan cili. Rempah kering pula termasuk biji ketumbar, jintan, buah pelaga, kayu manis
dan lain-lain. Rempah ratus ini selalunya di sangai (digoreng tanpa minyak) terlebih dahulu sebelum
ditumbuk atau dikisar. Orang Melayu juga banyak menggunakan bahan-bahan herba seperti serai,
daun pandan, daun limau purut, daun kemangi, bunga kantan, kunyit, lengkuas dan buah pala.

Kita beralih pula ke masakan tradisi dan masakan popular orang Melayu di Malaysia. Kita masih
mengemari masakan kampung atau masakan nenek dan emak kita dahulu. Orang Melayu di
kampung-kampung masih berlandaskan pertanian. Di halaman-halaman rumah kampung kelihatan
berkeliaran ayam, itik, ikan dari hasil tangkapan nelayan atau dari sawah dan bendang. Sayuran
ditanam di belakang rumah dan juga di perairan sawah dan bendang. Pucuk paku, petai, daun
pegaga, daun selum, daun kaduk, cendawan (kulat) dan lain-lain jenis ulaman daun menjadi
makanan amalan orang Melayu di kampung. Daun-daun ini selain kaya dengan sumber vitamin dan
mineral, ia juga tinggi dari segi serat. Daun kaduk dan daun pegaga telah mendapat pengiktirafan
dari WHO sebagai herba yang mempunyai pelbagai faedah kepada kita. Ia boleh merangsang aktiviti
otak kanak-kanak, pengaliran darah yang sihat dan menghaluskan tekstur kulit seseorang.

You might also like