You are on page 1of 2

FRUIT TART

Bahan Tart

 150 gram tepung gandum


 25 gram gula aising, diayak
 70 gram mentega sejuk, didadu kecil
 1 biji telur, dipukul sedikit
 1/2 camca teh esen vanilla

Penyediaan Tart

1. Gaul tepung, gula aising dan mentega sejuk hingga menjadi tekstur seakan serbuk roti,
menggunakan hujung jari sahaja.
2. Tuangkan esen vanilla dan masukkan telur sedikit demi sedikit dan digaul hingga
menjadi doh. Rehatkan sekejap.
3. Sediakan acuan tart, ambil doh tadi sebesar duit syiling 20 sen dan tekan dalam acuan
tart sehingga mengikut acuan tadi dan kemaskan. Buat hingga siap.
4. Cucuk sikit dengan garfu pada dasar doh dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan
pada suhu 180 oc selama 25 minit.
5. Biar sejuk sebentar dan keluarkan daripada acuan.
6. Sejukkan atas jaringan dan boleh simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan
kemudian.
Bahan Kastard

 1 cawan susu segar


 1 1/2 camca besar tepung kastard
 1 1/2 camca besar gula halus
 1 camca teh esen vanilla
 1 camca besar mentega
 secubit garam

Penyediaan Kastard

1. Satukan semua bahan untuk membuat kastard kecuali mentega dan esen vanilla ke
dalam periuk.
2. Kacau dengan whisk hingga semua sebati.
3. Masak di atas api kecil hingga kastard pekat, kacau selalu.
4. Matikan api, masukkan esen vanilla dan mentega.
5. Kacau rata dan ketepikan sebentar, biar sejuk sedikit.
6. Setelah sejuk, masukkan kastard tadi ke dalam piping bag.

Bahan Hiasan

 Buah anggur hijau secukupnya


 Buah anggur merah secukupnya
 Buah mempelam secukupnya

Cara Hiasan

1. Buah anggur merah, anggur hijau dan mempelam dihiris nipis.


2. Kemudian pipekan kastard ke dalam tart sehingga penuh .
3. Susun buah yang telah di potong tadi ke atas tart mengikut citarasa.
4. Sedia untuk dihidangkan.

You might also like