You are on page 1of 20

REKABENTUK SISTEM ASUHAN CENTS CENTS boleh ditakrifkan sebagai sistem asuhan benih dengan menggunakan sistem kitaran

semula (Recirculating Aquaculture System, RAS) air yang dirawat. Sistem asuhan ini berkonsepkan teknologi RAS tempatan dengan mengambil kira kos yang berpatutan dan kemampuan penternak kecil untuk menceburkan diri di dalam industri ini. Penggunaan semula air sehari dengan penambahan air baharu kurang dari 1015 peratus dari jumlah air ternakan dengan komponen rawatan air di dalam sistem ini dapat merawat air yang tercemar untuk digunakan semula. Komponen rawatan air, mampu untuk merawat air yang tercemar disebabkan oleh sisa buangan dan makanan. Dengan itu, kadar hidup, tumbesaran dan kadar penebaran benih yang tinggi dan seterusnya dapat memberikan keuntungan kepada pengusaha. 2.1 SISTEM ASUHAN CENTS

Pemilihan lokasi sistem asuhan CENTS dibina, perlulah mengambil kira punca air yang berdekatan. Pembinaan akan dimulakan dengan menyusun dan mengikat bata, agar dapat menyiapkan binaan yang tingginya 2 kaki (60 cm) dari paras bumi (Rajah 2.1). Susunan bata tersebut akan dapat menyediakan satu binaan saluran longkang ditengahnya. Kemudian pasir akan diisi ke dalam struktur tersebut, dan diikuti dengan batu kerikil menutupi permukaan atas. Pada masa batu kerikil dikemaskan, paip PVC yang berukuran 3 inci garis pusat, perlulah disusun merentangi setiap satu tangki asuhan (simen konkrit). Hujung paip PVC tersebut, perlu dihalakan ke dalam longkang tersebut. Kemudian simen akan diturap kepada seluruh permukaan. Tangki simen konkrit (bersaiz 3 kaki) perlulah disusun dengan mengambil kira kedudukan paip PVC yang telah sedia dipasang terlebih dahulu. Ia perlulah ditengah-tengah tangki asuhan.

Keluasan ruang yang menempatkan sistem asuhan ini adalah di atas tapak berukuran 26 kaki x 59 kaki, yang bersamaan 1534 kaki persegi seperti yang ditunjukkan di Rajah 2.1. Tangki disusun dengan dua baris 10 buah tangki konkrit yang bergaris pusat 3 kaki dengan ketinggian 65 cm. Kapasiti air yang dapat diisi ialah 300 liter per tangki atau 6000 liter (6 tan) bagi kesemua 20 buah tangki pembetung. Jarak dari tangki ke tangki ialah satu kaki. 1|Page

Komponen sistem asuhan CENTS terdiri daripada tangki asuhan, penapis air (Cents waste trap) dan penapis biologi. Kedudukan penapis Cents waste trap ialah 18 inci dari longkang yang lebarnya 15 inci. Penapis biologi pula berkapasiti sama dengan tangki asuhan, iaitu 6 tan, yang menjadikan nisbah isi padu tangki asuhan berbanding isi padu tangki penapis biologi ialah 1:1. Dua tangki penyimpanan air terletak bersebelahan dengan tangki penapis biologi. Isipadu tangki penyimpanan ini sama dengan isipadu tangki asuhan dan tangki penapis biologi. Rajah 2.2 menunjukkan kedudukan keratan rentas dan komponen CENTS.

Bilik injin pula menempatkan dua buah pam dan dua buah mesin pengudaraan (air-blower) yang mempunyai keluasan lantai 32 kaki persegi (4 kaki x 8 kaki). Bangunan CENTS, Rajah 2.3, direka sebegitu rupa untuk memberikan ruang kepada sistem pengudaraan yang bebas. Bangunan asuhan ini tidak berdinding dan atapnya daripada jenis metaldex, yang ringan dan tahan lasak.

2|Page

Rajah 2.1 Pembinaan sistem asuhan benih CENTS sedang dijalankan.

3|Page

Rajah 2.1 Pelan lantai sistem asuhan CENTS, yang menunjukan kedudukan dan susunan lan
komponen sistem. omponen

4|Page

Rajah 2.2 Keratan rentas tangki simpanan air, tangki asuhan dan cents waste trap. trap

5|Page

(i)

(ii)

(iii)

Rajah 2.3

Pelan bangunan CENT yang dilihat dari sudut yang berbeza, iaitu lan CENTS i) pandangan dari sisi kanan (ii) pandangan dari sisi kiri dan ndangan pandangan kiri, (iii) pandangan dari arah depan dan belakang. andangan

6|Page

KOMPONEN SISTEM CENTS

Sistem asuhan CENTS yang terdiri daripada beberapa komponen iaitu, tangki asuhan, tangki simpanan air, CENT Waste Trap dan penapis biologi. Bahan-bahan binaan yang digunakan juga berasaskan bahan-bahan siap bina yang mudah diperolehi di pasaran dengan kos yang rendah.

3.1 SPESIFIKASI SISTEM ASUHAN CENTS

Spesifikasi yang piawai merupakan satu prasyarat yang perlu dititik beratkan dan dipatuhi oleh pengendali sistem asuhan CENTS. Penyimpangan dari kaedah-kaedah dan spesifikasi yang ditetapkan akan memberi kesan kepada kadar hidup yang lebih rendah atau kegagalan sepenuhnya. Kegagalan asuhan selalunya disebabkan oleh reka bentuk yang tidak betul, pengurusan pemeliharaan yang tidak berkesan seperti aspek kualiti mutu air, pengurusan makanan yang tidak sempurna, dan pengurusan penyakit.

Satu spesifikasi yang piawai perlu dijadikan sebagai panduan kepada penternak agar hasil yang tinggi dapat dikeluarkan dari sistem asuhan CENTS ini. Sebarang modifikasi kepada rekabentuk sistem asuhan ini akan menyebabkan kegagalan untuk menepati piawai benih yang berkualiti. Jadual 3.1, di bawah menunjukkan spesifikasi komponen CENTS.

7|Page

Jadual 3.1 Komponen-komponen, jenis bahan yang digunakan dan spesifikasi sistem
asuhan CENTS.

Komponen

Spesifikasi

Tangki asuhan Diameter : 3 kaki Dalam : 65 cm Saiz air buang (outlet) : 3 inci Isi padu air : 300 liter Warna dalam tangki : kelabu/biru Bentuk bulat Kos per unit : RM 50

Tangki penapis biologi

Tinggi : 0.64 meter Lebar : 1.21 m Panjang : 2.82 m Isipadu air : 6 ton Media : bioball (20 kotak x 650 biji : 7800 biji)

8|Page

Cents Waste trap Saiz kolum paip : 4 inci Reducer 4 ke 2 : 1 buah Tee 4 ke 2 : 3 buah Tee 2 : 1 buah Elbow 4 inci : 1 buah Elbow 2 inci : 1 buah Paip 4 inci : 1 meter Paip 2 inci : 0.5 meter Paip 1 inci : 1 meter Kos seunit : RM 40

3.2 TANGKI ASUHAN Tangki asuhan merupakan komponen tangki yang berfungsi untuk menempatkan benih ikan untuk diasuh. Dari segi bentuk, bulat merupakan bentuk yang paling ideal, kerana pusaran air akan lebih lancar. Benih ikan akan berenang mengelilingi secara menentang arus air di dalam tangki asuhan.

Kedalaman tangki yang sesuai adalah kurang dari 50 cm. kajian mendapati mendapati kedalaman kurang dari 30 cm adalah lebih baik dari 60 cm dan 90 cm. Kehidupan dan tingkah laku ikan khususnya ikan kerapu, tidak bergerak bebas dan lebih selesa di dalam kedalaman tersebut kerana sifatnya berenang di antara dasar dan permukaan yang cetek (kurang dari 50 cm). Juvenile ikan kerapu misalnya, bersifat kewilayahan, di mana sekiranya ada pelindung (shelter), sifat

mempertahankan tempat pelindungannya akan lebih ketara dan kanabalisme (pemangsaan) akan disebabkan oleh sifat kewilayahan ini. Oleh itu, tiada pellindung diletakkan sekali didalam tangki asuhan. 9|Page

Rajah 3.1 Tangki asuhan (konkrit simen).

Penggunaan tangki asuhan yang diperbuat daripada simen konkrit akan menyebabkan air menjadi lebih tinggi kandungan alkalinya kerana simen diperbuat daripada unsur batu kapur. Kesannya kepada tumbesaran benih ikan menjadi lambat. oleh itu, cat epoxy perlulah digunakan bagi mengurangkan kesan alkali tersebut.

3.3 CENTS WASTE TRAP

CENTS Waste Trap berfungsi sebagai penapis mekanikal untuk meringankan beban penapis biologi dengan cara memerangkap dan menyimpan sisa pepejal yang besar dan berat di ruang takungan di bahagian bawahnya. Sisa tersebut kemudiannya dialirkan keluar daripada sistem penapis kitar semula secara manual setiap pagi dan petang dalam tempoh beberapa saat sahaja.

10 | P a g e

Rajah 3.2 Keratan rentas Cents waste trap dan kedudukannya di tengah tengahtengah baris tangki asuhan.

Inovasi CENTS Waste Trap ini turut mengambil kira dua kriteria utama sistem asuhan CENTS, iaitu murah dan berke berkesan. Dengan menggunakan bahan PVC yang mudah diperolehi dipasaran, untuk membentuk komponen CENTS Was Trap yang i Waste terdiri daripada salur air limpahan, ruang pengumpul sisa pepejal dan injap pengeluar sisa pepejal, (Rajah 3.2). Rajah 3.3 menunjukkan dengan jelas kedudukan Cents waste trap yang disusun secara dua baris.

CENTS Waste Trap dapat meminimumkan penggunaan air laut b meminimumkan bersih daripada sumber bekalan. Air laut yang sama boleh digunakan berulang kali melalui proses . kitar semula yang lebih cekap untuk mengekalkan mutunya pada tahap optimum. Tempoh pembersihan penapis biologi dengan mengeluarkan ko oh kotoran yang 11 | P a g e

terkumpul di celah-celah media penapis biologi yang boleh memperlahankan kadar aliran air juga dapat dilanjutkan sehingga 3-4 minggu. Dengan itu, anggaran 10 15% air laut bersih sahaja yang perlu ditambah setiap hari untuk menggantikan air yang terbuang bersama-sama sisa pepejal yang terkumpul di dalam CENTS Waste Trap .

Pengendalian cents waste trap adalah mudah, di mana tombol akan ditarik 2 kali sehari iaitu sekali pada sebelah pagi (8.00 pagi) dan sekali pada sebelah petang (5 petang). Tombol akan ditarik dan kotoran yang terkumpul akan keluar ke longkang. Oleh itu, penambahan air baharu (10-15%) adalah perlu untuk mengisi semula air di dalam sistem asuhan tersebut. Sekiranya air baharu tidak dimasukkan ke paras asal akan menyebabkan paras air di dalam tangki penapis biologi menurun dan akan mengakibatkan laras air di dalam sistem asuhan CENTS menjadi tidak betul (lebih rendah dari yang sepatutnya). Sekiranya keadaan ini berlaku, pam air tidak dapat menyedut air dan akan menyebabkan sistem aliran semula tidak berfungsi dan keadaan ini akan menyebabkan air dari tangki penapis biologi ke tangki asuhan tidak bergerak seperti biasa. Situasi ini akan menyebabkan kegagalan sistem asuhan ini berfungsi dengan betul dan boleh menyebabkan kematian kepada benih ikan.

12 | P a g e

Rajah 3.3 Kedudukan tangki asuhan dengan komponen CENTS waste trap.

3.4 PENAPIS BIOLOGI Penapis biologi ialah komponen RAS yang terpenting, kerana ia merupakan nadi kepada sistem kitaran semula ini. Di dalam tangki ini, proses penguraian sebatian toksik yang dihasilkan daripada sisa makanan dan najis ikan akan menjalani proses penguraian kepada sebatian yang selamat di gunakan semula. Proses penguraian akan dilakukan oleh bakteria yang hidup di dalam media penapis biologi yang disusun rapi di dalam tangki tersebut. Bakteria diperolehi dari sumber EM atau bakteria fotosintetik perlu dimasukkan kedalam tangki penapis biologi dengan mengikut prosedur yang tertentu. Didalam keadaan biasa, bakteria pengurai tersebut boleh hidup secara semula jadi, bagaimanapun ia akan mengambil masa yang 13 | P a g e

panjang sebelum ia dapat berfungsi sepenuhnya. Justeru, penambahan bakteria dari sumber luaran (bakteria EM atau bakteria fotosintetik) diperlukan.

Tangki penapis biologi merupakan tangki konkrit yang berukuran 5.0 m x 1.25 m x 0.64 m, dan menampung kapasiti sebanyak 6 tan air, Rajah 3.5 dan 3.6. Nisbah isi padu tangki asuhan dengan tangki penapis biologi ialah 1:1. Di dalam tangki penapis biologi ini, terdapat ruang sekatan dengan menggunakan binaan konkrit secara berselang-seli untuk mendorong aliran air menerusinya. Aliran air adalah dari bawah ke atas dan ke bawah semula, seterusnya berselang-seli bergerak menerusi ruang ini. Di dalam ruang ini, media penapis biologi disusun dengan kemas. Seeloknya media tersebut dimasukkan kedalam jaring pukat dan diikat kemas sebelum disusun rapi.

Bahan media yang digunakan adalah seperti bola plastik (bio-ball), batu karang mati, kulit kerang, karang tiruan, japanese matt dan HDPE chips (Rajah 3.7). Bakteria yang hidup di sini akan menyahkan bahan toksik di dalam air (Ammonia (NH4); Nitrit (NO2) dan Nitrat (NO3) dengan bantuan tindakan simbiosis bakteria nitrosomonas dengan nitrobacter. Bakteria Nitrosomonas menukarkan ammonia kepada nitrit, manakala bakteria nitrobacter menukarkan nitrit kepada nitrat, seperti persamaan yang berikut ;

NH3 + CO2 + 1.5 O2 + Nitrosomonas NO2- + H2O + H+NO2- + CO2 + 0.5 O2 + Nitrobacter NO3Bahan toksik ini berpunca adalah daripada sisa makanan dan najis ikan. Pemilihan bahan media dibuat dengan memastikan bahan yang terpilih mempunyai permukaan yang kesat untuk menggalakkan pertumbuhan bakteria. Jumlah luas permukaan (JLP) per isi padu (I); JPL/I perlulah tinggi untuk menambahkan kecekapan sistem penapisan biologi tersebut.

Pengendalian

penapis

biologi

ini

adalah

mudah.

Untuk

menggalakkan

pertumbuhan bakteria dengan berkesan, bakteria (mikrob) efektif (Effective microbe - EM) perlu diaktifkan terlebih dahulu di dalam bekas kedap udara (Sila rujuk Bab 5).

14 | P a g e

Rajah 3.5 Tangki penapis biologi yang bertindak menguraikan sebatian


ammonia agar selamat digunakan semula.

(i)

15 | P a g e

(ii)

Rajah 3.6 Keratan rentas tangki penapis biologi


i) Kedudukan sekatan-sekatan yang terdapat di dalam tangki, ii) Kedudukan media penapis biologi yang diletakkan di dalam tangki.

16 | P a g e

(i)

(ii)

(iii)

(iv)

(v)

(vi)

Rajah 3.7 Beberapa jenis media penapis biologi yang boleh digunakan,
iaitu (i) Karang tiruan, (ii) Bebola plastik (bioball), (iii) HDPE, (iv) Japanese Mat (v) kulit kerang, dan (vi) batu karang mati.

3.5 SISTEM BEKALAN AIR

Untuk tujuan penambahan 10-15% air baharu ke dalam sistem asuhan tersebut, air akan dipam masuk dari tangki simpanan air (Rajah 3.8). Air laut bersih akan disalurkan ke dalam tangki tersebut dan 20 ppm klorin akan dimasukkan bagi tujuan pembasmian bakteria dan parasit. Setelah semalamam, anti-klorin akan digunakan bagi menyahkan klorin sebelum selamat digunakan.

17 | P a g e

Rajah 3.8 Tangki simpanan air mempunyai kapasiti 6 tan air bersih. Penambahan air sebanyak 10-15% ke dalam tangki asuhan dibuat dengan mengambil kira jumlah air yang dibuang keluar pada awal pagi dan lewat petang, apabila penapis Cents waste trap berfungsi. Penambahan air ke dalam tangki asuhan dengan kadar 10-15% sehari akan digunakan sepenuhnya bagi tempoh kirakira 8-10 hari atau 15-16 hari bagi dua buah tangki simpanan air.

Pam seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 3.9 digunakan untuk mengitar semula air. Sebaik-baiknya, tiga unit pam digunakan, iaitu dua unit beroperasi dalam selang masa 12 jam/unit, manakala yang sebuah lagi ialah pam sokongan. Bagi kapasiti pam pula adalah memadai digunakan pam yang menggunakan tenaga yang rendah, iaitu 1 HP. Kekuatan pam dipastikan dapat membuat pusingan air bagi sistem asuhan CENTS iaitu pada kelajuan 200 liter/minit atau dua kali pusingan/jam atau 48 kali sehari semalam.

18 | P a g e

Rajah 3.9 Pam sentrifugal yang digunakan untuk mengitar


semula air.

3.6 SISTEM PENGUDARAN

Bekalan udara ialah satu komponen utama di dalam sistem asuhan CENTS. Kegagalan bekalan udara berfungsi selama setengah jam atau kurang daripada tempoh itu, akan menyebabkan ikan menjadi lemas dan dengan itu akan menyebabkan kadar kematian yang tinggi. Keadaan ini disebabkan oleh kepadatan ikan yang diasuh per unit ruang adalah terlalu tinggi. Oleh itu, pengendali sistem asuhan ini, disarankan agar menggunakan pam udara seperti di dalam Rajah 3.10 yang sesuai untuk kurang daripada 200 buah lubang pengudaraan yang cukup untuk sebuah modul sistem asuhan CENTS yang dicadangkan itu.

19 | P a g e

Rajah 3.10 Sebuah pam pengudaraan yang berkapasiti 1.5 Hp


sesuai digunakan bagi sebuah modul CENTS.

20 | P a g e

You might also like