You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN UNIVERSITI 2,

JOHOR BAHRU, JOHOR

KERTAS KERJA PERTANDINGAN PERMAINAN ATAS TALIAN:


PLAYERS UNKNOWN BATTLEGROUND

1.0 PENGENALAN
Idea untuk menjalankan program ini timbul selepas kecenderungan pelajar bermain
permainan video secara “mobile” semakin tinggi. Selain itu, pelbagai pertandingan
serupa telah berlangsung di peringkat negeri Johor mahupun peringkat nasional. Tujuan
utama program ini adalah untuk menjadikan program ini sebagai satu medan untuk
mencungkil bakat, kepakaran pelajar dan mewujudkan sifat berdaya saing dalam
kalangan pelajar. Pelaksanaan program ini juga turut memberi pendedahan, pengalaman,
membina kemahiran mengurus, memimpin dan seumpamanya kepada pelajar selaku
ketua pasukan. Program ini juga bertujuan untuk menerap kemahiran insaniah dalam diri
pelajar disamping memantapkan kemahiran intelektual dan kepakaran dalam bidang
grafik dan multimedia yang sedia ada.

2.0 RASIONAL

2.1 Mempertingkatkan kemahiran dalam permainan disamping membina sahsiah dan


disiplin pelajar yang tinggi.
2.2 Membentuk pelajar menjadi lebih kreatif dan inovatif serta mampu menaik taraf
idea-idea semasa dalam permainanan.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Melahirkan pelajar yang berketerampilan, berdaya saing dan bertanggungjawab.
3.2 Memupuk sikap yang positif dalam kalangan pelajar melalui pendekatan yang
menarik dan berbeza iaitu menerusi permainan video.

4.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT


Tarikh : 26 November 2020
Masa : 2.00 petang – 6.00 petang
Tempat : Kediaman pelajar (permainan atas talian)

5.0 ANJURAN
Unit Kokurikulum SMK Taman Universiti 2
6.0 SASARAN PELAJAR
Terbuka kepada semua pelajar Tingkatan 1 – 5.
80 orang pelajar (20 kumpulan : 1 kumpulan - 4 ahli) yang mendaftar awal.
7.0 AHLI JAWATANKUASA

Berikut merupakan senarai ahli jawatankuasa yang terlibat:


SENARAI AHLI JAWATANKUASA

Bil Jawatan Nama Guru


1. Penasihat En. Arsad bin Yahaya (Pengetua)
2. Pengerusi Pn. Zakiah binti Abdullah (PK Kokurikulum)
3. Naib Pengerusi 1 Pn. Chandra a/p Ratnasingam (PK Pentadbiran)
4. Naib Pengerusi 2 Pn. Hjh. Mislina binti Salleh (PK HEM)
5. Naib Pengerusi 3 Pn. Wan Noraini Binti Wan Ismail (PK Petang)
6. Naib Pengerusi 4 Dr Muhamad Khairul Anuar bin Hussin (PK Pendidikan Khas)
7. Setiausaha En. Ahmad Kamil Bin Mohd Jamaai

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Bil Jawatankuasa Nama Guru Perincian Tugasan


1. Promosi Tuan Ahmad Faris - Membuat promosi kepada
(Guru) semua pelajar melalui banner/
iklan secara online
2. Borang penyertaan En. Aminuddin bin - Menyediakan borang
pertandingan (Google Hassan (Guru) pertandingan atas talian
Form) atas talian - Menyerahkan senarai peserta
kepada pengadil untuk
kesahihan.
3. Pengadil perlawanan 1. En. Ahmad Kamil - Membuka ‘’room’’
Bin Mohd Jamaai perlawanan pada hari
(Guru) pertandingan
2. Farid Aeiman Bin - Memeriksa kesahihan
Shasary (Pelajar) peserta
- Memastikan tiada peserta
yang melanggar peraturan
pertandingan
4. AJK Hadiah En. Mohd Husalmizi - Mendapatkan hadiah dari
Bin Mat Husin (Guru) unit Kokurikulum.
5. En. Ahmad Kamil bin - Menyediakan laporan
Dokumentasi Mohd Jamaai (Guru) mengikut Format SPSK
dan Pelaporan
PK01
6. Fotografi Semua pelajar yang - Mengambil gambar yang
mengambil bahagian. sesuai untuk dokumentasi
7.0 PERANCANGAN AKTIVITI

Tarikh Aktiviti

24 – 25 November
Pendaftaran Peserta secara online.
2020

2.00pm  Pelajar bersedia dalam ‘’lobby’’


2.10pm  Permainan pusingan pertama bermula.
2.40pm  Jangkaan permainan pusingan pertama tamat

3.00pm  Pelajar bersedia dalam ‘’lobby’’


3.10pm  Permainan pusingan kedua bermula.
3.40pm  Jangkaan permainan pusingan kedua tamat
26 November 2020
4.00pm  Pelajar bersedia dalam ‘’lobby’’
4.10pm  Permainan pusingan pertama bermula.
4.40pm  Jangkaan permainan pusingan ketiga tamat

5.00pm  Pelajar bersedia dalam ‘’lobby’’


5.10pm  Permainan pusingan kedua bermula.
5.40pm  Jangkaan permainan pusingan terakhir tamat

3 Disember 2020 Penyerahan hadiah kepada wakil pemenang.

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Tujuan Jumlah


1. Pembayaran atas talian dalam permainan untuk ‘host’
pertandingan. RM 100

2. Hadiah Pertandingan:
 Peserta terbaik. RM 100
 Johan Kumpulan RM 400

 Naib Johan Kumpulan RM 280

 Tempat Ketiga Kumpulan RM 200

JUMLAH RM 1080
9.0 KESIMPULAN
Program ini diharapkan dapat dilaksana dengan lancar. Semoga ianya dapat dimanfaatkan
oleh semua pelajar yang terlibat secara langsung. Sehubungan itu, kami juga amat
berharap kelulusan tersebut beserta bantuan kewangan daripada pihak tuan untuk
menjayakan program ini supaya dapat berjalan dengan lancar seperti yang dirancang dan
mendapat kelulusan serta pertimbangan sewajarnya daripada pihak tuan Penghargaan dan
jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung.

Disediakan oleh: Disemak oleh,

(AHMAD KAMIL BIN MOHD JAMAAI) (ZAKIAH BINTI ABDULLAH)


GURU PENGELOLA PERTANDINGAN, PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
SMK TAMAN UNIVERSITI 2, SMK TAMAN UNIVERSITI 2,
JOHOR BAHRU, JOHOR JOHOR BAHRU, JOHOR

Disahkan oleh:

(ARSAD BIN YAHAYA)


PENGETUA
SMK TAMAN UNIVERSITI 2,
JOHOR BAHRU, JOHOR

You might also like