You are on page 1of 13
KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA, Director-General of Education Malaysia ARAS 8, BLOK E8, KOMPLEKS E Level 8, Block E8, Complex E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Federal Government Administrative Contre Tel: 03-8884 607 Foks: 03-8889 4548 62604 PUTRAJAYA, Laman Web: wonw.moe.gov.my Ruj. Kami: KPM.100-1/3/2 Jid. 4 (40) Tarikh: 12 Oktober 2021 Semua Ketua Bahagian Semua Pengarah Pendidikan Negeri YBhg. Datuk/ Dato’/ Dr./ Tuan/ Puan, MAKLUMAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS, (PKSK) BAGI KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU (1) DAN TINGKATAN EMPAT (4) SERTA TAHUN SATU (1) KOLEJ VOKASIONAL SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2022 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PSK) bagi tahun 2021. Pentaksiran adalah bagi kemasukan ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Tingkatan Empat (4) ke SBP, SMKA, Sekolah Menengah Teknik (SMT), Maktab Tentera Diraja (MTD) serta ke Tahun 1 Kolej Vokasional (KV) sesi persekolahan tahun 2022. 3. Permohonan bagi menduduki PKSK ini adalah terbuka kepada a) Warga negara Malaysia; b) Mendaftar dalam Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) Kementerian Pendidikan Malaysia; ©) Murid Tahun Enam (6) Tahun 2021: i. Berumur 12 tahun atau ji, Lahir pada 2 Januari 2009 hingga 4 Januari 2010; dan d) Murid Tingkatan Tiga (3) Tahun 2021 i. Berumur 15 tahun atau ji, Lahir pada 2 Januari 2006 hingga 1 Januari 2007. 3. Sehubungan dengan itu, PKSK ini akan dilaksanakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan seperti berikut: Perkara ~— Tarikh Permohonan Kemasukan 40 Oktober 2021 hingga 15 November 2021 Sekolah Khusus ‘Semakan Pusat Pentaksiran | Mulai 01 Disember 2022 Pelaksanaan PKSK Tingkatan 1 Pelaksanaan PKSK Tingkatan 4&1SVM 17 Januari 2022 hingga 27 Januari 2022 07 Februari 2022 hingga 17 Februari 2022 4, Permohonan kemasukan ke sekolah khusus dan semakan pusat pentaksiran boleh dilakukan di pautan berikut: Tingkatan 1 https:lispskt1.moe.gov.my! Tingkatan 4/4 SVM https:/spskt4.moe.gov.my/ 5, Bersama-sama dengan surat makluman ini, disertakan Garis Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus ke Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan Empat (4) bagi Sesi Persekolahan Tahun 2022 untuk makluman dan tindakan YBhg. Datuk/Dato/Dr/Tuan/Puan. Garis panduan ini juga boleh dimuat turun daripada laman sesawang KPM: www.moe.gov.my. 6. Kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato'/Dr./Tuan/Puan adalah dimohon untuk membuat hebahan kepada semua sekolah di bawah seliaan YBhg. Datuk/Dato/Dr./Tuan/Puan berkaitan perkara ini. Bagi memastikan semua murid berpeluang membuat petmohonan bagi menduduki PKSK, kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato'/Dr,/Tuan/Puan adalah dimohon juga untuk membantu murid yang ingin membuat permohonan, terutamanya dari kawasan pedalaman, luar bandar dan kawasan yang kurang kemudahan capaian internet. Sekian, Terima kasih “WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, Du Zon = (DATIN SRI HAJAH NOR ZAMANI ABDOL HAMID) sk. vi vii viii. YB Menteri Kanan Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia YB Timbalan Menteri Pendidikan | Kementerian Pendidikan Malaysia YB Timbalan Menteri Pendidikan I Kementerian Pendidikan Malaysia Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Semua Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Semua Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Penasihat Undang-Undang Kementerian Pendidikan Malaysia Komandan Maktab Tentera Diraja Kementerian Pertahanan Malaysia SENARAI EDARAN 1. Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia. 2. Pengarah Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia. 3. Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia. 4. Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia. 5. Pengarah Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia. 6. Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia. 7. Pengarah Bahagian Genius Kementerian Pendidikan Malaysia. 10. 1. 12. 13. 14. 15, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak Kementerian Pendidikan Malaysia. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Kementerian Pendidikan Malaysia. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang Kementerian Pendidikan Malaysia. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Kementerian Pendidikan Malaysia, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor Kementerian Pendidikan Malaysia. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Kementerian Pendidikan Malaysia. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka Kementerian Pendidikan Malaysia. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Kementerian Pendidikan Malaysia. 16. 47. 18. 19. 20, 21. 22. 23. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang Kementerian Pendidikan Malaysia Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis Kementerian Pendidikan Malaysia. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Kementerian Pendidikan Malaysia. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Kementrian Pendidikan Malaysia. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Kementerian Pendidikan Malaysia Pengarah Jabatan Pendidikan WP Kuala Lumpur Kementerian Pendidikan Malaysia. Pengarah Jabatan Pendidikan WP Labuan Kementerian Pendidikan Malaysia. Pengarah Jabatan Pendidikan WP Putrajaya Kementerian Pendidikan Malaysia. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS (PKSK) KE TINGKATAN SATU DAN TINGKATAN EMPAT SERTA TAHUN SATU (1) KOLEJ VOKASIONAL BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2022 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS (PKSK) KE TINGKATAN SATU (1) DAN TINGKATAN EMPAT (4) SERTA TAHUN SATU (1) KOLEJ VOKASIONAL BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2022 LATAR BELAKANG 1. Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) merupakan satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat yang digunakan bagi kemasukan murid ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat di Sekolah Khusus iaitu Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional (KV) serta Maktab Tentera Diraja (MTD) dengan menggunakan satu sistem permohonan kemasukan secara single entry point. PKSK telah diperkenalkan oleh KPM pada tahun 2020 apabila Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di mansuhkan. la merupakan salah satu mekanisme dalam pemilihan murid bagi kemasukan ke Sekolah Khusus. PELAKSANAAN PENTAKSIRAN 2. Pentaksiran ini mengandungi tiga komponen, iaitu: i) Kecerdasan Insaniah Elemen kecerdasan emosi, kecerdasan rohani dan kecerdasan kemahiran insaniah digunakan untuk mengenal pasti karakter murid; ii) Kecerdasan intelek Elemen kecerdasan intelektual, pengetahuan am dan penyelesaian masalah digunakan untuk mengukur tahap kognitif murid; dan iit) Artikulasi Penulisan Elemen ini adalah untuk mengenal pasti percambahan idea, tahap kreativiti, hujahan serta kecenderungan murid dalam sesuatu bidang. 3. Pentaksiran ini dilaksanakan secara berpusat di lebih 600 buah pusat pentaksiran. Calon akan dinilai secara dalam talian bagi komponen kecerdasan insaniah dan kecerdasan intelek artikulasi penulisan akan dinilai secara bertulis, 4, Jadual sesi pentaksiran adalah seperti berikut: manakala_komponen 7.30 - 7.50 pagi 8.00 - 8.45 pagi 9.00 — 10.30 pagi Bahagian C: Bahagian A & B: Beal Artikulasi Penulisan | Soalan Pelbagai Pilihan Pendaftaran Calon Jawapan Secara bertulis, ‘Secara dalam talian | 9.45 — 10.45 pagi 70.30-11.15 pagi__| 11.30 pagi- 1.00 petang | Bahagian C: | Bahagian A & B: Artikulasi Penulisan | Soalan Pelbagai Pilihan SESI2 Pendaftaran Calon Secara bertulis Jawapan Secara dalam talian 1.30 - 1.50 petang 2.00 - 2.45 petang 3.00 — 4.30 petang Bahagian C: Bahagian A & B: Artikulasi Penulisan Soalan Pelbagai Pilihan SESI3 Pendaftaran Calon Jawapan Secara bertulis Secara dalam talian 5. Semasa menghadiri sesi pentaksiran yang dijadualkan, semua calon hendaklah sentiasa mematuhi semua Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Prosedur Standard Operasi (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari masa ke semasa SYARAT PERMOHONAN 6. Permohonan bagi menduduki PKSK ini adalah terbuka kepada: 6.1 Warga negara Malaysia; 6.2 Mendaftar dalam Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) Kementerian Pendidikan Malaysia; 6.3 Murid Tahun Enam (6) Tahun 2021: 6.3.1 Berumur 12 tahun atau 6.3.2. Lahir pada 2 Januari 2009 hingga 1 Januari 2010; dan 6.4 Murid Tingkatan Tiga (3) Tahun 2021: 6.4.1. Berumur 15 tahun atau 6.4.2 Lahir pada 2 Januari 2006 hingga 1 Januari 2007. TARIKH PELAKSANAAN PENGOPERASIAN PKSK 7. Tarikh permohonan dalam talian, semakan pusat pentaksiran, pelaksanaan pentaksiran, semakan penawaran dan pautan permohonan ke sekolah khusus adalah seperti jadual yang berikut: i | TINGKATAN EMPAT & =| PERKARA TINGKATAN SATU TAHUN 1 KV | ees EEE Here ere Tarikh permohonan 40 Oktober 2021 hingga 15 November 2021 dalam talian Tarikh semakan pusat Mulai 1 Disember 2024 pentaksiran Tarikh menduduki pentaksiran 47 hingga 27 Januari 2022 | 07 hingga 17 Februari 2022 Tarikh semakan Penawaran Sekolah 15 Mac 2022 Khusus_ Pautan permohonan ke sekolah khusus https:lispskt1.moe.gov.my | https://spskt4.moe.gov.my KAEDAH PERMOHONAN KE SEKOLAH KHUSUS TAHUN 2022 Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat 8 Permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu (1) bagi SBP dan SMKA adalah secara dalam talian melalui pautan https://spskt1.moe.gov.my. 9. Permohonan kemasukan ke Tingkatan Empat (4) bagi SBP, SMKA, SMT dan Tahun Satu (1) KV serta MTD adalah secara dalam talian melalui pautan https://spskt4.moe.gov.my. 10. Sekolah perlu memastikan data calon dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) telah dikemaskini sebelum tarikh permohonan kemasukan dibuka. 14. Tarikh semakan Penawaran ke sekolah khusus boleh dilakukan mulai 15 Mac 2022 melalui alamat pautan seperti di atas. 42, Pemohon akan hanya menerima SATU (1) tawaran ke sekolah khusus yang ditetapkan. Keputusan adalah muktamad PENUTUP Garis panduan ini diharapkan dapat memberikan panduan dan kefahaman berkaitan dengan pelaksanaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) serta memastikan pengoperasian PKSK berjalan dengan lancar. 10

You might also like