You are on page 1of 1

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA

NEGERI SELANGOR

Bil.3/2017 27 April 2017

TAREKAT AHMADIYYAH IDRISIYYAH: KAJIAN PERKEMBANGAN DAN


AMALANNYA DI MALAYSIA

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-3/2017 yang bersidang


pada 27 April 2017 bersamaan 30 Rajab 1438H memutuskan bahawa:

i. Kandungan zikir, selawat dan tahlil yang terdapat di dalam


pengamalan Tarekat Ahmadiyyah Idrisiyyah tidak bertentangan
dengan unsur-unsur akidah dan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah;
dan

ii. Aspek berkaitan kepercayaan dan amalan dalam Tarekat


Ahmadiyyah Idrisiyyah yang diamalkan oleh semua cabang-cabang
Tarekat Ahmadiyyah Idrisiyyah di Malaysia tidak bertentangan
dengan prinsip syariat Islam dalam kerangka Ahli Sunnah wal-
Jamaah.

iii. Keputusan/ pandangan hukum tersebut telah disembah maklum


dalam Pre-Council Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 23 Februari
2017.

Bertarikh 27 April 2017


(MJKFNS. BIL.3/2017)

DATO' SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID


Pengerusi Jawatankuasa Fatwa
Negeri Selangor

You might also like