You are on page 1of 8

LOGO PENGAKAP DAN PENGERTIAN

LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA

 Pecahan 3 kelopak pada lambing yang membawa maksud 3 persetiaan


pengakap iaitu; Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara, Menolong orang setiap
masa, Menurut undang-undang pengakap.
 2 bintang pecah lima (berwarna hijau)mendandakan undang-undang
pengakap yang sepuluh.
 Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan “Persaudaraan
Pengakap”
 Bintang pecah 14 melambangkan “Kesemua negeri –negeri dalam Malaysia “
 Bulan sabit menandakan “ Agama rasmi Negara iaitu agama Islam.”
 Lingkaran Tali (kuning) melambangkan “Perpaduan Rakyat Malaysia dan
Persaudaraan Pengakap Sedunia.”
 Warna kuning, hijau, merah, yang terdapat pada lambang menandakan unit-
unit pengakap ;
1)Kuning – Pengakap kanak-kanak
2) Hijau – Pengakap Muda
3) Merah – Pengakap Remaja
 Anak bulan dan bintang menunjukkan agama rasmi Malaysia, agama islam.
LAMBANG BARU PENGAKAP MALAYSIA

Logo pengakap Malaysia kini telah bertukar warna pada lingkarannya. Pertukaran
melibatkan lilitan tali berwarna biru kepada warna kuning sempena 100 tahun
kepengakapan di Malaysia.
LAMBANG PENGAKAP SEDUNIA

 Pecahan tiga kelopak melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga iaitu


taat kepada Tuhan,Raja dan Negara.
 Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kanan
melambangkan Undang – undang Pengakap yang sepuluh itu.
 Ikatan putih menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap
 Lingkaran tali berwarna putih melambangkan persaudaraan pengakap
sedunia.
 Warna ungu warna Biro pengakap sedunia.
 Warna putih ialah warna kesucian dan kebersihan.
BENDERA MALAYSIA DAN PENGERTIAN

 Bendera Malaysia dikenali sebagai Jalur Gemilang


 Mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula
dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah
bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri
dan 1 kerajaan persekutuan iaitu  Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri
Sembilan, Pahang, PulauPinang, Perak, Perlis,Sabah, Sarawak, Selangor 
danTerengganu dan Kerajaan Persekutuan.
 Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah
hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan
rakyat Malaysia.
 Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama
rasmi bagi Persekutuan (Malaysia).
 Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan
Persekutuan.
 Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-
duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

PERSETIAAN PENGAKAP DAN UNDANG-UNDANG


PERSETIAN PENGAKAP

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, yang saya, dengan
seberapa daya upaya saya, akan ;

Taat Kepada Tuhan, Raja dan Negara,

Menolong orang pada setiap masa,

Menurut undang-undang pengakap

UNDANG-UNDANG PENGAKAP

1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan


dirinya.
2. Pengakap adalah seorang taat kepada Yang Dipertuan agong, kepada
rajanya, negaranya, pemimpim- pimimpim pengakapnya, ibu bapanya, orang-
orang di atas dan orang-orang yang dibawahnya.
3. Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada
setiap masa.
4. Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain
pengakap walau apa negeri ,pangkat dan agama sekalipun.
5. Pengakap itu baik dan sempurna budi pekerti dan sentiasa berbudi.
6. Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang.
7. Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu
bapanya, kepada patrolnya atau pemimpim pengakapnya dengan tiada apa-
apa soalan.
8. Pengakap itu seorang yang sentiasa bersabar dan manis mukanya dlaam
kesusahan.
9. Pengakap itu pandai berjimat cermat.
10. Pengkapa itu bersih dan suci fikirnanya, perkataannya dan perbuatannya.
CERITA HUTAN

DITERIMA SEBAGAI AHLI KUMPULAN SERIGALA.

Ada suatu adat Kumpulan Serigala yang tinggal di hutan itu. Apabila anak-
anak serigala sudah agak besar, mereka mestilah ditunjukkan kepada semua
anggota Kumpulan. Mereka mengadakan Sidang Kumpulan sebulan sekali pada
malam bulan purnama di kawasan berbatu-batu yang dipanggil Batu Sidang. Di
sinilah nasib anak-anak serigala ditentukan, sama ada diterima sebagai anggota
Kumpulan atau sebaliknya. Apabila seekor anak serigala sudah diterima sebagai
anggota Kumpulan, tidak seekor serigala lain pun boleh membunuhnya, dan jika ada
yang membunuh, hukumannya ialah bunuh juga. Bapa Serigala menunggu sehingga
anak-anaknya termasuk Mowgli, sudah boleh berlari-lari. Kemudian, pada suatu
malam bulan purnama, Bapa dan Ibu Serigala pun membawa anak-anak mereka ke
Batu Sidang itu. Apabila semua anggota Kumpulan sudah berada di situ dengan
anak masing-masing, Ketua Kumpulan, seekor Serigala Jantan yang gagah lagi
bijaksana bernama Akela, mula menyuruh ibu-ibu serigala menunjukkan anak
masing-masing untuk dilihat oleh anggota-anggota Kumpulan. Akhirnya tibalah
kepada giliran Mowgli. Dia sedikit pun tidak menunjukkan rasa takut sebaliknya
bergurau dengan anak-anak serigala lain seolah-olah dia pun serigala juga. Apabila
Akela menyuruh anggota-anggota Kumpulan melihat Mowgli dan membuat
keputusan, tiba-tiba Shere Khan mengaum dari belakang batu besar. "Anak manusia
milikku. Berikan dia kepadaku semula kerana anak manusia tidak layak hidup
bersama kumpulan Serigala!" katanya. Setelah senyap seketika, mulalah beberapa
ekor anak serigala yang sudah agak dewasa menyatkan rasa tidak setuju mereka
menerima Mowgli. Mengikut Undang-undang Hutan, apabila timbul perselisihan
begitu, dua anggota Kumpulan yang bukan ibu atau bapa kepada anak serigala itu
mestilah bercakap menyokongnya baru dia diterima menjadi anggota Kumpulan.
"Siapakah antara anggota Kumpulan yang bersedia menyokong?" tanya Akela,
Ketua Kumpulan. Tidak seekor pun anggota Kumpulan itu bersuara dan Ibu Serigala
pun bersedialah hendak bertempur bermati-matian untuk mempertahankan Mowgli.
Seekor binatang lain yang bukan anggota Kumpulan itu tetapi dibenarkan bercakap
dalam Sidang Kumpulan ialah Baloo, seekor beruang tua yang menjadi guru
mengajar anak-anak serigala Undang-undang Hutan. Setelah tidak ada serigala
yang lain bercakap, Baloo berdiri di tempatnya di belakang Batu Sidang dan
menyokong supaya Mowgli diterima sebagai anggota Kumpulan. Dia sendiri berjanji
akan mengajar Mowgli. Tetapi Mowgli memerlukan lagi satu suara menyokongnya.
Ketika Akela meminta sokongan lagi, Bagheera, seekor Harimau Kumbang yang
tangkas tetapi baik hati, tiba-tiba bercakap. Walaupun dia tidak berhak bersuara,
tetapi mengikut Undang-undang Hutan, nyawa seekor anak serigala boleh ditebus
dengan seekor buruan. Dia akan menghadiahkan seekor lembu jantan yang baru
dibunuhnya dan disembunyikan tidak jauh dari situ untuk menebus nyawa Mowgli
supaya diterima sebagai anggota Kumpulan. Anggota-anggota Kumpulan segera
bersetuju menerima Mowgli sebagai anggota apabila mendengar hadiah lembu
jantan yang ditawarkan oleh Bagheera itu. Mereka turun dari bukit dan pergi
beramai-ramai mendapatkan buruan itu dan tinggallah Akela, Bagheera, Baloo dan
keluarga Mowgli saja di Batu Sidang itu. Shere Khan mengaum lagi sekuat hatinya,
terlalu marah kerana budak itu tidak diserahkan kepadanya. Tetapi Akela berkata
keputusan itu amat baik kerana manusia dan anak mereka memang baik dan Mowgli
akan dapat memberi pertolongan kepada suatu hari kelak.

You might also like