You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

PEMBELIAN ALATAN SUKAN


1.0 Pengenalan
Kelab olahraga telah meninjau dan menyelenggara stor sukan Sekolah Jenis Kebangsaan
Tamil Alor Gajah pada 20 Julai yang lalu. Hasil daripada pemantauan tersebut didapati
bahawa terdapat beberapa peralatan sukan yang telah rosak perlu diganti dan ditambah
kuantiti. Oleh itu, kelab olahraga telah menyediakan kertas kerja bagi menerangkan butir-
butir yang diperlukan berkenaan dengan pembelian alatan stor sukan.

2.0 Rasional
Rasional pembelian alatan ini ialah bagi memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran
(P&P) subjek Pendidikan Jasmani. Selain itu, aktiviti tambahan yang diadakan di sekolah
seperti latihan MSSM, perlawanan persahabatan bola sepak dan sebagainya.

3.0 Objektif
3.1 Objektif pembelian alatan sukan ini ialah :
3.1.1 Memastikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) Pendidikan Jasmani
berjalan dengan lancar dan berkesan menggunakan alatan.
3.1.2 Memudahkan pengurusan aktiviti-aktiviti olahraga yang melibatkan
penggunaan alatan sukan.

4.0 Perancangan Aktiviti


Perancangan yang rapi sebelum membeli alatan telah dijalankan bersama unit kelab olahraga
agar pembelian alatan ini memberi manfaat dan kegunaan yang maksimum kepada murid
khususnya kepada sekolah. Penyediaan alatan yang diperlukan dengan lengkap sangat
membantu pelbagai aktiviti yang telah dirancang. Beberapa aktiviti yang akan dijalankan
dalam masa yang terdekat adalah seperti:
Bil. Aktiviti Tarikh perancangan
1. Sepanjang sesi
Olahraga
persekolahan
2. Kejohanan MSSM kawasan Alor Gajah Julai 2022

5.0 Perancangan Jangka Panjang


Di samping aktiviti yang dinyatakan, kelab olahraga juga telah merancang aktitviti sekolah
yang ingin dicapai dalam jangka panjang. Aktiviti yang dirancang ini dilihat mempunyai
potensi yang tinggi untuk lebih aktif dan memberi sumbangan dalam aktiviti sukan sekolah.
Antara aktiviti yang telah dirancangan adalah seperti berikut:
1. Menubuhkan kelab atlet sekolah yang aktif dan dapat menganjur serta menyertai
pelbagai pertandingan.
2. Melahirkan pasukan olahraga bawah 12 tahun yang mantap dalam jangka masa 3
tahun.

6.0 Alatan (detailkan nama jenama)


Bil Alatan Kategori Jenama Kuantiti Harga seunit Jumlah
(RM) (RM)
1. Kasut spike Ringan Dunlop 5 pasang 105.00 525.00

Jumlah Rm 525.00
7.0 Sumber Kewangan / Peruntukan
7.1 Bantuan sukan sekolah

8.0 Penutup
Diharapkan menerusi pembelian alatan baru ini, peralatan di dalam stor sukan akan lebih lengkap
serta dapat membekalkan alatan-alatan mengikut keperluan dan silibus pembelajaran murid.
Selain itu, murid akan dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik serta
dapat mengalami pengalaman yang sebenar ketika bermain dan bersukan.

Disediakan o

..................................

(MOHANAPRAKASH)
Setiausaha Kelab Olahraga

You might also like