You are on page 1of 3

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan selamat pagi saya ucapkan kepada

Yang Berusaha Encik Arman bin Mohd Husin, Guru Besar sekolah Kebangsaan Lepar,

Yang Dihormati Puan Salina binti Abd GHafar, Guru Penolong Kanan Pentadbiran,

Yang Dihormati Ustaz Md Yasin bin Abdullah, guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Yang Dihormati Encik Jamaludin bin Ayob, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

Guru-guru, Kakitangan sekolah yang turut hadir pada pagi ini dan rakan-rakan yang dikasihi
sekalian.

Bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat kita berkumpul pada pagi
ini bersama-sama menyaksikan majlis perpisahan untuk 3 orang guru dan seorang staff yang
berakhir khidmat baktinya di sekolah kita pada hari ini.

Sebelum itu, bagi menambah keberkatan Majlis kita pada pagi berbahagia ini, marilah sama-
sama kita mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan
oleh_________________________________________________________________

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan…

Bacaan doa

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Terima kasih diucapkan kepada ____________________________________________


atas bacaan doa itu tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Lumrah kehidupan
Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Begitulah rentetan perjalanan hidup kita di dunia yang fana ini…

Pergi ke kota beli selasih,


Sayang si dara buat halwa,
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa

Untuk maksud itu, dijemput Encik Arman bin Mohd Husin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Lepar untuk menyampaikan ucapan, dipersilakan.

Ucapan Guru Besar


Terima kasih diucapkan kepada Encik Arman bin Mohd Husin atas ucapan itu tadi.

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan Encik Hazwan bin Mohd Salleh selaku
Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan Sekolah untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Ucapan Pengerusi KGKT

Terima kasih diucapkan kepada Encik Mohd Hazwan bin Mohd Salleh atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Kini, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang diraikan.
Majlis menjemput Cikgu Aminnudin Anuar bin A. Aziz untuk memberikan sepatah dua kata
sebagai penguat jiwa kami yang ditinggalkan. Dipersilakan…..

Ucapan Cikgu Amin

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Aminnudin atas ucapan itu tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Teacher Nur Faizah binti Abdul Muhid untuk
memperdengarkan suara buat kali terakhir di SK Lepar ini sebagai pengubat rindu.
Dipersilakan…

Ucapan Teacher Faizah

Terima kasih diucapkan kepada Teacher Nur faizah atas ucapan yang disampaikan.

Seterusnya, dijemput pula Encik Shauqi bin Awang untuk memberikan sepatah dua kata
sebagai bekalan dikala kesepian. Dipersilakan…

Ucapan Encik Shauqi

Terima kasih diucapkan kepada Encik Shauqi atas ucapan yang disampaikan.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan dan


ingatan tulus ikhlas serta penghargaan daripada warga SK Lepar buat insan yang telah
banyak menabur jasa di sekolah ini.

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan Encik
Arman bin Mohamad Husin, Guru Besar SK Lepar diiringi oleh Puan Salina binti Abd Ghafar,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran untuk memberikan cenderamata tersebut. Dengan segala
hormatnya dipersilakan…

Dipersilakan Cikgu Aminnudin Anuar bin A. Aziz untuk menerima cenderamata.


Seterusnya, dipersilakan pula Teacher Nur Faizah binti Abdul Muhid untuk menerima
cenderamata.

Dipersilakan pula Encik Shauqi untuk menerima cenderamata.

Terima Kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar atas penyampaian cenderamata itu tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderamata daripada KGKT. Dengan ini
dipersilakan Encik Mohd Hazwan bin Mohd Salleh untuk menyampaikan cenderamata
tersebut. Dipersilakan…

Dijemput tampil ke pentas bagi menerima cenderamata tersebut;

1. Cikgu Aminnudin Anuar bin A. Aziz


2. Teacher Nur Faizah binti Abdul Muhid
3. Ustaz Sa’anoriadan bin Saadon

Terima Kasih diucapkan kepada Pengerusi KGKT atas penyampaian cenderamata itu tadi.

Demikianlah tadi penyampaian cenderamata kenang-kenangan.

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kail keli di atas titi,


Titi lama pohon kelapa,
Jauh dimata dekat dihati,
Budimu tuan tidak dilupa

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Terima kasih diucapkan kepada guru-
guru yang diraikan kerana sudi bersama kita pada hari ini dan kami semua mendoakan agar
kalian dimurahkan rezeki serta dirahmati Allah selalu.

Terima Kasih juga diucapkan kepada semua hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama
memeriahkan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa


Rahmatullahi Wa Barakat

You might also like