You are on page 1of 2

Kuiz

1. Apakah yang anda faham tentang konsep "Harta Intelek"?


a. Pencipta yang boleh mengguna, menghasilkan dan memasarkan karya/produk kreatif.
b. Jika berlaku pelanggaran akta yang melindungi harta intelek, pencipta boleh
mengambil tindakan sivil ataupun jenaya atas individu/kumpulan yang melanggari
akta perlindungan harta intelek.
c. Rang undang-undang memastikan pencipta yang berhak menerima pulangan dan
keuntungan daripada penjualan karya/produk kreatif.
d. Semua orang mengguna, mengedar, menghasilkan dan menjual karya kreatif secara
bebas.

2. Antara yang berikut, yang manakah BUKAN hak eksklusif yang melindungi hak intelek?
a. Pencipta yang boleh mengguna, menghasilkan dan memasarkan karya/produk
kreatif.
b. Jika berlaku pelanggaran akta yang melindungi harta intelek, pencipta boleh
mengambil tindakan sivil ataupun jenaya atas individu/kumpulan yang melanggari
akta perlindungan harta intelek.
c. Rang undang-undang memastikan pencipta yang berhak menerima pulangan dan
keuntungan daripada penjualan karya/produk kreatif.
d. Semua orang mengguna, mengedar, menghasilkan dan menjual karya kreatif
secara bebas.

3. Hannah telah menerbitkan sebuah buku rujukan untuk Pendidikan Seni Visual.
Sumber kuasa yang manakah akan melindungi hak eksklusif beliau terhadap
penerbitannya?
a. Hak cipta
b. Paten
c. Cap dagangan
d. Reka bentuk

4. Antara produk inovasi yang berikut, yang manakah sesuai untuk memohon
perlindungan dalam bentuk Hak Cipta?
a. Logo Kedai Kasut
b. Reka bentuk cawan seramik
c. Irama dan lirik lagu
d. Perhiasan gedung beli-belah
5. Jamil telah menghasilkan kit pembelajaran Sifir yang inovatif untuk pelajar yang
menghadapi masalah pembelajaran. Bagaimanakah Jamil dapat melindungi hasil
daripada idea inovasi beliau?
a. Mendaftar untuk Hak Cipta
b. Mendaftar untuk Hak Paten
c. Mendaftar untuk Cap Dagangan
d. Mnendaftar untuk Reka Bentuk Perindustrian

6. Khalid, Affendi dan Kumar telah bersama-sama menghasilkan alat canting pelbagai
fungsi yang mempunyai kawalan corak dan strok yang pelbagai yang tidak pernah
dihasilkan oleh mana-mana pihak.
Apakah bentuk perlindungan yang boleh mereka pohon untuk melindungi idea dan
produk inovatif tersebut?
a. Hak cipta
b. Paten
c. Cap Dagangan
d. Reka Bentuk Perindustrian

7. Dengan perlindungan Akta Hak Cipta, perbadanan yang berikut boleh


menguatkuasakan tindakan ke atas penjenaya yang mencetak rompak ataupun
menghasilkan produk tiruan yang menjejaskan hak ekonomik pencipta asal kecuali.
a. Polis Diraja Malaysia
b. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
c. Kastam dan Imigresen Malaysia

You might also like