You are on page 1of 6

PERANAN KAWAN DALAM KEHIDUPAN

Kawan ialah sahabat, teman dan rakan dalam pergaulan sehari-hari. Kita
akan berasa sunyi jika tiada kawan, apatah lagi jika kita memerlukan pertolongan
mereka. Justeru, kawan amat penting dalam kehisupan seharian kita.

Namun, kawan boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kawan yang baik
dan kawan yang jahat. Kita haruslah berhati-hati semasa memilih kawan.

Kawan yang baik akan mendorong kita menuju ke arah kebaikan. Mereka
bertatasusila dan mempunyai siifat-sifat positif terhadap kehidupan berakhlak.
Malah, mereka mendorong kita membuat kebaikan.

Sebaliknya, kawan yang jahat menyebabkan kita tersilap langkah. Kita


mudah terdedah kepada gejala negative seperti ponteng sekolah, merokok,
berjudi dan sebagainya. Kawan seperti ini akan menghilanngkan diri semasa kita
dalam kesusahan.

Oleh yang demikian, kita perlulah menjaga tingkah laku supaya dihormati.
Dengan ini, kita mudah mendapat kawan yang baik. Sikap ramah-tamah juga perlu
dalam menjalinkan persahabatan.

Sifat-sifat moral seperti saling bertolak ansur, tolong-menolong, dalam


kalangan sahabat begitu berharga sekali. Oleh yang demikian, kita wajar
menghargai kawan yang ikhlas di samping menjauhkan diri daripada kawan yang
boleh memudaratkan.
KESAN-KESAN KEDATANGAN PENDATANG ASING KE NEGARA KITA

Kepesatan dan pembangunan Malaysia telah menyebabkan kemasukan


pendatang asing dari Indonesia, Thailand, Filipina, Kemboja, Myanmar,
Bangladesh dan sebagainya.

Kedatangan pendatang asing ini banyak meninggalkan kesan kepada negara.


Kesan utamanya ialah mereka menyekat peluang pekerjaan penduduk tempatan.
Ramai di antara mereka memonopoli bidang pembinaan. Maka, peluang untuk
rakyat tempatan tertutup.

Kebanjiran mereka juga dikaitkan dengan gejala social. Oleh kerana


kebanyakan pendatang asing ini memasuki negara secara haram, kita tidak tahu
latar belakang mereka. Justeru, kita sering mendengar pendatang asing ini
merompak, membunuh dan sebagainya.

Maslaah penempatan juga merupakan kesan daripada kedatangan mereka.


Lantaran itu, wujudlah setinggan yang banyak terdapat di Lembah Kelang.
Mereka begitu berani meneroka tanah kerajaan dan hutan simpan secara haram.

Namun, pendatang asing ini turut membantu mmeningkatkan pembangunan


negara. Mereka sanggup bekerja dengan upah yang rendah, malah melakukan
kerja-kerja yang tidak mampu dilakukan oleh pekerja tempatan.

Meskipun kedatangan mereka memberi kesan positif, kerajaan perlu


mengehadkan kedatangna mereka. Kawalan terhadap kemasukan pendatang asing
ini perlu unutk menjamin kesejahteraan negara.
MENARA KUALA LUMPUR

Menara Kuala Lumpur siap dibina pada bulan Mei 1996. Menaran yang
terletak di Bukit Nanas, Kuala Lumpur ini dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir
Mohammad.

Menara setinggi 421 meter ini merupakan salah sebuah menara konkrit yang
tertinggi di dunia. Menara ini dibina untuk meningkatkan kualiti telekommunikasi
dan penyiaran. Menara Kuala Lumpur meruakan menara telekomunikasi keempat
tertinggi di dunia.

Struktur berbentuk kubah di pintu-pintu keluar paras ruang legar dihiasi


dengan kepingan kaca yang menggambarkan seakan-akan sebutir berlian besar
dengan permukaannya disusun dalam bentuk tradisi Islam “Muqarnas”.

Perancangan dan hiasan Muqarnas ini dibuat sepenuhnya oleh tukang mahir
dari Iran. Menara Kuala Lumpur dibangunkan dengan keprihatinan terhadap alam
sekitar bagi memastikan keadaan semula jadi di Bukit Nanas terpelihara.

Kita dapat melihat panorama Kuala Lumpur di Ruang Pemerhati. Ruang ini
dilengkapi teropong jauh untuk para pelawat menikmati keindahan ibu negara.
Namun, pelawat hanya dibenarkan berada di sini selama satu jam sahaja.

Restoran Berputar Seri Angkasa pada aras 282 meter melengkapkan lagi
kesempurnaan dan keindahan penciptaan Menara Kuala Lumpur. Justeru, luangkan
masa bersama keluarga di menara ini.
AIR

Topic pencemaran semakin diambil berat oleh orang ramai akhir-akhir ini.
Apatah agi Bumi diancam dengan pelbagai masalah khususnya pencemaran alam
sekitar terutamanya pencemaran air.

Manusia memerlukan air untuk menjaga kesihatan tubuh badan. Malah, air
merupakan sumber rezeki bagi sesetengah orang memandangkan laut kaya
dengan pelbagai jenis hidupan.

Namun, masih terdapat sesetengah pihak yang membuang sampah ke dalam


sungai dan laut. Ada pula yang membuang sisa-sisa toksik tanpa memikirkan kesan
buruk pada masa akan datang.

Tindakan-tindakan tersebut telah mengotorkan keindahan alam sekitar.


Hidupan laut seperti ikan, dan sebagainya turut terancam. Penncemaran ait bukan
sahaja aan membunuh haiwan, malah kkesihatan manusia turut terjejas.

Manusia makan hasil laut atau sungai yang tercemar akan mengundang
pelbagai jenis penyakit. Malah, pendapatan nelayan turut terjejas kerana banyak
ikan mati keracunan.

Kerajaan berusaha menguatkuasakan undang-undang yang mewajibkan


pengusaha kilang membuang sisa toksik ke tempat khas. Didiklah anak mencintai
alam sekitar sejak kecil kerana melentuk buluh biarlah dari rebungnya.
...SESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA

Sejak peristiwa tempoh hari, Udin tidak pernah bertegur sapa dengan
ayahhnya. Walaupun ayahnya cuba berbual dan mendekatinya, Udin segera
melarikan diri.

Mak Kiah dapat menghidu sikap anaknya itu. Dia cuba bertanya kepada Udin,
tetapi hampa. Mak Kiah juga dapat lihat kekecewaan suaminya, Pak Shim. Dia
berusaha merapatkan hubungan dua beranak itu.

Mak Kiah sangat mengerti ketegasan suaminya. Walaupun tegas, Pak Shim
seorang yang bertanggungjawab dan menyayangi Udin. Namun, sikap Udin yang
semakin kerap pulang lewat itulah yang menaikkan darah Pak Shim.

Suatu malam, Pak Shim pulang hampir jam 2.00 pagi kerana menziarahi
saudaranya di kampung. Setibanya di simpang jalan, dia ternampak Udin bersama
kawan-kawannya sedang bermainn gitar.

Pak Shim sangat marah. Pak Shim meminta Udin pulang ke rumah tetapi
Udin membantah. Pak Shim mengheret Udin ke dalam kereta. Udin malu kerana
ayahnya bersikap begitu di hadapan kawan-kawannya.

Suatu hari, Udin ditahan kerana mengganggu ketenteraman awam. Barulah


dia sedar tindakan ayahnya dulu. Dia sungguh menyesal. Namun, sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
… LIMA BELAS MINIT LAGI, AKU BAKAL MENCIPTA SEJARAH…

Lima belas minit lagi, aku bakal mencipta sejarah. Segala-galanya akan
terbongkar. Aku yakin dengan usaha dan penat lelah aku selama ini. Gelaran juara
100 meter akan berada dalamm genggamanku. Aku pasti berjaya.

Aku toleh ke kanan, Miza kelihatan gusar. Sejak dulu lagi miza ialah saingan
utamaku dalam acara 100 meter. Aku masih ingat dalam acara yang sama tahun
lepas, hanya dua saat memisahkan kami.

Justeru, kali ini aku yakin Miza akan meraih gelaran naib johan. Bimbingan
jurulatih mahukan aku memberi komitmen dalam acara ini kaan aku tunaikan. Ini
ditambah lagi dengan dorongan dan harapan emak dan ayah.

Aku toleh lagi kea ah Miza. Dial kelihatan tidak bersemangat dan pucat. Ini
menambahkan keyakinan bahawa aku akan mencipta sejarah. Pengumuman acara
100 meter telah dibuat. Semua peserta mengambil tempat masing-masing.

Sebaik sahaja wisel ditiupkan, aku memecut tanpa menghiraukan peserta


lain. Aku semakin hampir ke garisan penamat. Akhirnya, sejarah itu telah aku
cipta. Aku juara! Aku lihat Miza terbaring di tepi padang.

Tanpa berlengah, aku segera menghampiri Miza. Tiba-tiba aku ditegur oleh
Cikgu Siti, “Nurul Huda, kamu hendak ke mana? Ujian belum tamat dan kamu
tidak dibenarkan berjalan.” Ah, malunya aku! Rupa-rupanya aku berkhayal.

You might also like