You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN CHANGKAT LOBAK,

34310 BAGAN SERAI,


PERAK DARUL RIDZUAN.
TEL/FAKS : 05-8395732 / 05-8395953

”1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

Ruj. Kami : SKCL700-5/2/2( 1 )


Tarikh : 17 OKTOBER 2016
Yang dihormati,
Ibu Bapa/Penjaga,
Murid Tahun 4,
SK Changkat Lobak

Tuan,

TAKLIMAT PENGAMBILAN PELAJAR ( LELAKI SAHAJA) KE ASRAMA AMANJAYA


HARMONI NEGERI PERAK KEMASUKAN JANUARI 2017

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sehubungan itu pihak sekolah mempelawa tuan/puan ibu bapa/ penjaga murid Tahun 4, 2016
(lelaki sahaja) yang berminat dan layak untuk hadir ke taklimat program berkenaan seperti ketetapan
berikut:
2.1 Tarikh : 20 OKTOBER 2016
2.2 Masa : 2.30 Petang
2.3 Tempat : PKG Teluk Medan

3. Bersama ini disertakan Satu Salinan Brosur Syarat Permohonan program berkenaan untuk
perhatian, makluman dan tindakan tuan/puan.

4. Pihak tuan/puan diminta mengembalikan borang jawapan di bawah pada kadar segera untuk
kemudahan pengurusan dan sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas bolehlah menghubungi
terus En.Khairul Anuar bin Sulaiman(PK HEM) ditalian 05-8395732.

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

...........................................................
(KHAIRUL ANUAR BIN SULAIMAN)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

............................................................potong di sini.................................................................................

Saya __________________________________________ No. H/P:___________________________


*berminat / tidak berminat untuk program berkenaan dan akan *hadir / tidak hadir pada taklimat
tersebut.

............................................................... Tarikh :..............................


( )

*potong mana yang berkenaan

You might also like