You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN CHANGKAT LOBAK,

34310 BAGAN SERAI,


PERAK DARUL RIDZUAN.
TEL/FAKS : 05-8395732 / 05-8395953

”1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

Ruj. Kami : SKCL700-7/3/8( 2 )


Tarikh : 27 OKTOBER 2016
Kepada,

Ibu/ Bapa / Penjaga Murid .......................................................


SK Changkat Lobak,
34310 Bagan Serai,
Perak.

Tuan,

MAJLIS PENYERAHAN WANG KUMPULAN AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAMP) 2016

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa anak tuan / puan terpilih untuk menerima bantuan di atas.

3. Sehubungan itu, pihak tuan / puan diminta hadir untuk tujuan berkenaan seperti ketetapan
berikut:
3.1 Tarikh : 2 NOVEMBER 2016 (Rabu)
3.2 Masa : 12.30 Petang
3.3 Tempat : Kelas Tahun 1 Sabar

4. Sila pastikan tuan/puan membawa bersama 1 salinan kad pengenalan untuk urusan
tersebut.

Kerjasama dan komitmen daripada pihak tuan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi
penghargaan.

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

........................................................
(KHAIRUL ANUAR BIN SULAIMAN)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

s.k

1. Guru Besar SKCL

2. Fail Timbul

You might also like