You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN CHANGKAT LOBAK,

34310 BAGAN SERAI,


PERAK DARUL RIDZUAN.
TEL/FAKS : 05-8395732 / 05-8395953

”1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

Ruj. Kami : SKCL700-2/1/2( )


Kepada : Tarikh : 20 JULAI 2017

Ibu/ Bapa / Penjaga Murid Tahun 1


SK Changkat Lobak,
34310 Bagan Serai,
Perak.

Tuan,

TAKLIMAT PEMBERIAN GERAN SEPADAN RM50 SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN


NASIONAL SSPN-I / SSPN-I PLUS UNTUK MURID TAHUN 1, 2017

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan taklimat tersebut


yang akan disampaikan oleh pihak SSPN seperti ketetapan berikut:

2.1 Tarikh : 24 JULAI 2017 (Isnin)


2.2 Masa : 11.00 Pagi
2.3 Tempat : Makmal Komputer SKCL

3. Sehubungan itu, pihak tuan / puan diminta hadir ke taklimat tersebut untuk
mendapatkan maklumat lanjut berdasarkan perenggan 225, perkara kelima dalam
pembentangan Bajet 2017 pada 21 Oktober 2016 oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Sri
Najib Tun Haji Abdul Razak berhubung geran sepadan disediakan kepada pelajar tahun 1 di
sekolah bantuan penuh Kerajaan bagi simpanan terkumpul sehingga RM50 dalam akaun
SSPN-i .

4. Kehadiran, kerjasama dan komitmen daripada pihak tuan/puan didahului dengan


ucapan setinggi-tinggi penghargaan.

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

............................................
( JARIAH BINTI ZAINI )
Guru Besar

You might also like