You are on page 1of 3

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN

Ke Pekan Kuala membeli bingka


Sayang pesanan terlupa sudah
Majlis bermula tirai dibuka
Dengan alunan madah yang indah

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.b.t, dan Salam Sejahtera

Yang Berbahagia
_________________________________________

Yang Dihormati,
(pentadbir yang ada)

Yang Dihormati,
En Mohd Asahar Bin Hamidon selaku Penyeleras Program Kem Motivasi Kecemerlangan UPSR
Barisan fasilitator, guru – guru serta peserta – peserta program yang disayangi sekalian.

Biji selasih boleh dimakan,


Menjadi perisa sedap terperi,
Kehadiran tuan kami alukan,
Semoga majlis tambah berseri.

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita melafazkan setinggi ucapan kesyukuran ke hadrat Ilahi
kerana dengan Izin Kasih-Nya pada hari ini kita dapat sama-sama berkumpul bagi melangsungkan
Majlis Penutupan Kem Motivasi Pecutan Akhir UPSR tahun 2019 peringkat SK Taman Damansara
Aliff. Pihak majlis juga mengalu-alukan kehadiran yang berbahagia _____________________ dan
barisan fasilitator dari ____________ yang telahpun bertungkus lumus bagi memastikan kelancaran
pengisian program ini hingga ke akhirnya.
Orang Jawa berdagang ke kota,
Singgah di Acheh membeli gamat,
Tangan dirafak, restu dipinta;
Doa diamin moga selamat.

Bagi memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon berkat
agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis mempersilakan ________________ bagi
memimpin bacaan doa.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada ________________ atas bacaan doa sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Sudilah tuan jalan berlapan


Jalan berlapan di malam kelam
Sudilah tuan beri ucapan
Kata aluan pemanis kalam

Majlis kini menjemput _______________________________ untuk menyampaikan ucapan


seterusnya menutup rasmi Program Kem Motivasi Pecutan Akhir UPSR peringkat SK Taman
Damansara Aliff tahun 2019. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada _______________ atas kesudian menutup rasmi majlis kita hari ini.

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat
Kini, majlis menjemput ____________________________________ diiringi
______________________________ untuk menyampaikan cenderamata penghargaan kepada Yang
berbahagia _________________________dan barisan fasilitator. Majlis menjemput

Majlis diteruskan lagi dengan sesi penyampaian sijil penyertaan kepada peserta - peserta Program
Kem Motivasi Pecutan Akhir UPSR SK Taman Damansara Aliff tahun 2019.

Majlis menjemput __________________

Terima kasih diucapkan kepada ____________________________ atas kesudian menyampaikan


cenderamata dan sijil penyertaan sebentar tadi. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang
telah mengambil bahagian

Hadirin yang dikasihi..

Tiap yang bermula pasti ada pengakhirannya. Maka majlis kita telah sampai ke penghujungnya.
Sekalung apresiasi sekali lagi diucapkan kepada Yang berbahagia ____________________________,
barisan fasilitator, guru – guru serta semua peserta yang hadir ke majlis penuh bermakna ini.

Ucapan salam pengakhir kata


Segala yang ada dikongsi bersama
Apa yang kurang maaf dipinta
Sudilah berkunjung di lain masa

Akhir kata, saya memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan sepanjang mengendalikan majlis
ini. Sebelum majlis melabuhkan tirainya mari lah kita sama – sama berdiri untuk menyanyikan lagu
Negaraku. Hadirin diminta bersedia

You might also like