You are on page 1of 1
wy KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Jalan Dato’ Hamzah, Karung Berkunci No. 6, 70990 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. vel (06-7e83100. Faks 06-7639969 Laman Web jpnns.mos.gov.my Ruj Kami: JPNS.SPMHEM. 100-1/3/3 Jid. 1 (3) Tarikn — : {Y/Mac 2022 Pengetua / Guru Besar Sekolah-sekolah Negeri Sembilan Tuan / Puan, KELONGGARAN PEMAKAIAN SERAGAM MURID SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI SES! PERSEKOLAHAN KALENDAR AKADEMIK SES! 2022/2023 Dengan segala hormatnya surat Kementerian Pendidikan Malaysia KPM,600-17/1/21 Jid.6 (13) bertarikh 15 Mac 2022 dirujuk. 2. Berdasarkan Kenyataan Media Pengoperasian Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bagi Kalendar Akademik Penggal 1, Sesi 2022/2023 pada 5 Mac 2022, KPM telah menetapkan bahawa Sesi Persekolahan Penggal 1, Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 bagi semua sekolah seluruh negara akan bermula pada 21 Mac 2022. 3. KPM telah memberi kelonggaran kepada murid untuk memakai pakaian yang bersesuaian, kemas dan sopan sepanjang Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 sekiranya murid menghadapi kesukaran memakai pakaian seragam sekolah sedia ada. 4. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah adalah diingatkan untuk tidak mengambil tindakan atau hukuman terhadap murid bagi memastikan murid dapat hadir ke sekolah seperti biasa bagi meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka di sekolah. 5. Sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas boleh dirujuk kepada Tn. Hj. Shamsulkamal bin Rahman Penolong Pengarah HEM di talian 067653156 atau 013 6739054. Kerjasama dan keprihatinan tuan berhubung perkara ini amatlah dihargai, Sekian, terima kasin. “WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030” "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalayfkan amanah, (DATO! HJ. Pengarah P¢ Jabatan P BIN MD. JAMIN) n Negeri Sembilan sk Fail ‘Scanned with CamScanner

You might also like