You are on page 1of 1

Nurul Ashikin Binti Mohd Radzi,

224, Kampung Sadek,


09200, Kupang,
Kedah Darul Aman

Pengarah,
Pusat Latihan Memandu Baling,
Jalan Hospital, Bukit Puyuh,
09100, Baling,Kedah, 28 Julai 2022

Tuan,

PERMOHONAN KEBENARAN MENJALANKAN ULANGAN UJIAN JPJ PADA 2 JULAI 2022.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan kepada tuan bahawa saya ialah pelajar Institut Pendidikan Guru
Kampus Pendidikan Islam(IPGKPI), Bangi, Selangor, PISMP Ambilan Jun 2022, ingin memohon
kebenaran daripada pihak tuan untuk menjalankan ulangan ujian JPJ pada 2 Julai 2022. Saya
memohon agar nama saya dapat dimasukkan pada tarikh tersebut kerana saya perlu
menyambung pengajian seawal 6 Julai 2022.

3. Bersama-sama surat ini saya sertakan surat memo pengesahan pelajar untuk kembali ke
kampus pada 6 Julai 2022 dari pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPGKPI, untuk rujukan tuan.

4. Sehubungan dengan itu, saya memohon kepada tuan agar saya memperoleh kebenaran
untuk menjalankan ulangan ujian JPJ bahagian dua pada 2 Julai 2022.

Segala perhatian dan keprihatinan tuan dalam hal ini didahului dengan ucapan ribuan terima
kasih.

Sekian.

Yang benar,

_______
(NURUL ASHIKIN BINTI MOHD RADZI)

Pelajar,
Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam,
Bangi, Selangor.

You might also like