You are on page 1of 4

KERTAS KERJA :

PROGRAM KARNIVAL KOKURIA KBAT PERINGKAT KEBANGSAAN 2019


ANJURAN
SK (P) METHODIST KUANTAN
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

TAJUK PROGRAM:
KARNIVAL KOKURIA KBAT PERINGKAT KEBANGSAAN
TAHUN 2019

TEMPAT:

SK (P) METHODIST, KUANTAN

TARIKH:
08 - 09 MAC 2019
(JUMAAT-SABTU)

MUKA 1
1. PENGENALAN

Bidang pendidikan amat ditekankan dan diberi keutamaan oleh masyarakat serta
kepimpinan negara sehingga dijadikan sebagai salah satu bidang keberhasilan utama negara
(NKRA). Hal ini demikian kerana para pelajar dilihat sebagai ‘modal’ yang dinamakan modal insan
dan merupakan ‘aset tenaga’ yang sungguh penting dan bermakna kepada kegiatan ekonomi,
pembangunan negara, mahupun kemajuan bangsa dan ummah.

Sehubungan dengan itu, strategi pembangunan modal insan amat penting bagi memastikan insan
yang dihasilkan berkualiti dan menepati kriteria-kriteria yang diinginkan. Program Kokuria
melibatkan pertandingan seperti Pertuturan Berirama, Berpidato, Bersajak, Bersyair, Menulis Esei,
Bercerita dan sebagainya dilihat sebagai satu strategi yang berkesan bagi meningkatkan kemahiran
murid-murid menggunakan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris serta STEM dalam suasana yang
menyeronokan. Integrasi nasional yang diwujudkan akan turut mengeratkan lagi hubungan jaringan
dan jalinan antara murid-murid di peringkat kebangsaan khususnya di samping memperkukuhkan
kemahiran insaniah dalam kalangan mereka.

2. TARIKH:

08 – 09 MAC 2019 - Jumaat & Sabtu – 2 hari

3. TEMPAT:
3.1. SK (P) Methodist, Kuantan
3.2. Premium Lanes, Kuantan, Pahang.

4. OBJEKTIF:
4.1. Objektif Am:
4.1.1 Menganjurkan Program Kokuria diperingkat kebangsaan.
4.1.2 Mendedahkan guru dan pelajar kepada KBAT dan aktiviti koakademik.
4.1.3 Mewujudkan jalinan kerjasama antara sekolah-sekolah Berpreatasi Tinggi dan sekolah-
sekolah lain yang dapat melonjakkan kecemerlangan sekolah ke taraf yang lebih tinggi.
4.1.4 Membuka minda pelajar kepada teknik serta kreativiti pasukan-pasukan dari negeri lain.

4.2 Objektif Khas:

4.2.1 Mendedahkan guru dan pelajar kepada pertandingan di peringkat kebangsaan;


4.2.2 Mewujudkan perkongsian pintar berhubung kualiti persembahan murid dalam aktiviti
koakademik;
4.2.3 Membina daya kepimpinan yang berkualiti dan progresif dalam kalangan pelajar;
4.2.4 Memantapkan kemahiran berkomunikasi para pelajar dalam Bahasa Inggeris dan bahasa
Malaysia;
4.2.5 Mengukuhkan sikap positif serta menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar melalui
aktiviti koakademik yang dijalankan;
4.2.6 Mewujudkan jalinan kerjasama SK (P) Methodist, Kuantan dengan sekolah-sekolah SBT
dan sekolah peringkat kebangsaan yang lain dalam pelbagai bidang;
4.2.7 Meningkatkan jati diri serta kreativiti murid dengan bertukar-tukar idea antara sesama
peserta.

MUKA 2
5 KUMPULAN SASARAN:

5.1. Murid sekolah-sekolah SBT seluruh Malaysia.

6 KEWANGAN:
Seperti di Lampiran

7 TENTATIF PROGRAM:
Seperti di Lampiran.

8. IMPAK PROGRAM:

8.1. Impak kepada sekolah.


8.1.1. Guru-guru mendapat pendedahan tentang aktiviti KBAT kokurikulum dan ko-
akademik Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris serta STEM diperingkat kebangsaan.
8.1.2. Mempelajari teknik dan kreativiti aktiviti kokurikulum dan ko-akademik Bahasa
Malaysia dan Bahasa Inggeris serta STEM.
8.1.3. Dapat menjalin kerjasama serta pertukaran idea dalam pelbagai bidang.

8.2. Impak kepada pelajar.

8.2.1. Dapat menyertai Karnival Kokuria di peringkat kebangsaan.


8.2.2. Murid-murid akan lebih terbuka fikiran mereka apabila bergaul dengan pelajar –
pelajar dari sekolah lain.
8.2.3. Dapat mempelajari teknik-teknik serta kreativiti pasukan lain.
8.2.4. Dapat memantapkan penguasaan KBAT Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris serta
STEM.
8.2.5. Dapat membina keyakinan diri, sikap positif serta jati diri apabila berhadapan
dengan pelajar-pelajar dari negeri lain.
8.2.6. Dapat menambah kenalan diperingkat kebangsaan seterusnya dapat menjalinkan
perhubungan yang positif.
8.2.7. Mampu meningkatkan jatidiri serta kreativiti murid.

9. PENUTUP:

Penganjuran Program Kokuria KBAT Peringkat Kebangsaan amat penting bagi mendedahkan
murid-murid SK (P) Methodist dan sekolah-sekolah SBT yang lain kepada aktiviti ko-akademik serta
STEM diperingkat kebangsaan. Ianya juga akan dapat meningkatkan jatidiri serta kreativiti mereka
terutamanya dalam bidang kokurikulum dan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Adalah
diharapkan program ini akan dapat memberi impak yang besar dalam menjana modal insan
disamping meningkatkan kualiti akademik dan kemahiran berkomunikasi dalam kalangan murid-
murid sekolah ini.

MUKA 3
KERTAS KERJA :
PROGRAM KARNIVAL KOKURIA KBAT PERINGKAT KEBANGSAAN 2019 (08 – 09 MAC 2019)

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

____________________ ___________________________

MUKA 4

You might also like