You are on page 1of 4

TEKS PENGACARA MAJLIS UNTUK CERAMAH PEMAKANAN

SIHAT BAGI MURID -MURID RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN


(RMT) ZON TRONG TAHUN 2022

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, dan salam sejahtera,.

Yang  Dihormati Cik Eng Wei Wei 


Pegawai Sains Pemakanan, Klinik Kesihatan Simpang

Yang  Dihormati Pn Siti Aminah Huraizah binti Hashim


Penolong Pegawai Daerah Larut Matang dan Selama
Bahagian Hal Ehwal Murid

Yang Berusaha Pn Nor Hazita binti Abdul Basheer


Penolong Kanan Pentadbiran,

Yang Berusaha En Mohamad Adib bin Sokri


Penolong Kanan Hem,

Yang Berusaha Pn Shahpina binti Shahrin,


Penolong Kanan Ko-Kurikulum,

Barisan guru, hadirin dan hadirat sekalian.

Alhamdulillah kerana dengan limpah dan Iradatnya  kita dapat bersama-


sama berhimpun pada hari ini untuk menjayakan program
Ceramah Pemakanan Sihat Bagi Murid - Murid Rancangan Makanan
Tambahan (RMT) Zon Trong Tahun 2022 anjuran bersama Pejabat
Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama dan Pejabat
Kesihatan Daerah Larut Matang dan Selama.

Hadirin yang dimuliakan,

1
*****UCAPAN ALU-ALUAN

Seterusnya, majlis mempersilakan yang berusaha Pn Siti Aminah


Huraizah binti Hashim, Penolong Pegawai Daerah Larut Matang dan
Selama
Bahagian Hal Ehwal Murid untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pn Siti Aminah


Huraizah di atas ucapan itu tadi.

****CERAMAH

Hadirin Sekalian,

Untuk tidak melengahkan masa, Majlis diteruskan dengan sesi ceramah


yang bertajuk PEMAKANAN SIHAT yang akan disampaikan oleh
penceramah kita pada hari ini iaitu Cik Eng Wei Wei , Pegawai Sains
Pemakanan, Klinik Kesihatan Simpang

Dengan segala hormatnya dipersilakan

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cik Eng Wei Wei  di
atas ceramah yang telah disampaikan. Semoga segala yang
disampaikan akan menjadi panduan dan pedoman buat kita semua.. 

2
******PENYAMPAIAN CENDERAHATI

Hadirin yang dihormati,

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati. Untuk itu, majlis


mempersilakan Pn Siti Aminah Huraizah binti Hashim , Penolong
Pegawai Daerah Larut Matang dan Selama , Bahagian Hal Ehwal Murid
diiringi Pn Nor Hazita binti Abdul Basheer Penolong Kanan
Pentadbiran, untuk menyampaikan sijil penyertaan dan cenderahati
kepada guru-guru yang mewakili sekolah masing-masing.

Dengan segala hormatnya dipersilakan wakil guru daripada sekolah

SK TOH JOHAN
SK CHANGKAT IBUL
SK SULTAN ABDULLAH
SK BENDANG SIAM
SK PERMATANG RAJA
SK TEMELOK
SK PADANG GAJAH
SK SUNGAI TINGGI
SK BATU HAMPAR

Seterusnya majlis dengan sukacitanya mempersilakan penceramah kita


pada pagi ini Cik Eng Wei Wei untuk menerima sijil penghargaan dan
cenderahati

Dengan segala hormatnya dipersilakan

Seterusnya, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Pn Nor Hazita


binti Abdul Basheer untuk menerima sijil penghargaan untuk SK Toh
Johan selaku tuan rumah.

Majlis sekali lagi mempersilakan Pn Nor Hazita binti Abdul Basheer


untuk menyampaikan cenderahati pula kepada Pn Siti Aminah
Huraizah binti Hashim.

Ribuan terima kasih di ucapkan atas penyempurnaan penyampaian


cenderamata sebentar tadi.

3
******PENUTUP
Hadirin sekalian...

Selesai sudah Program CERAMAH PEMAKANAN SIHAT BAGI MURID


- MURID RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) ZON TRONG
TAHUN 2022 yang dianjurkan bersama oleh Pejabat Pendidikan
Daerah Larut Matang dan Selama dan Pejabat Kesihatan Daerah
Larut Matang dan Selama.

, Saya bagi pihak majlis mengucapkan terima kasih di atas kehadiran


tuan-tuan dan puan-puan ke program ceramah yang diadakan pada
petang ini.

Semoga kita semua dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi di dalam


ceramah ini

Akhir kata, saya memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan


sepanjang mengendalikan majlis ini. Yang baik itu datangnya dari Allah,
yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri. Saya sudahi majlis
dengan wassalamualaikum warahmatullah hi wabaratuh. Dengan ini
majlis bersurai.

Selepas ini dipersilakan Pn Siti Aminah Huraizah dan Cik Wei Wei
untuk menjamu selera di kantin.

You might also like