You are on page 1of 4

KERTAS KERJA PROJEK KEBUN MINI UNTUK KELAS PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI,

SEKOLAH KEBANGSAAN KOK LANAS, TAHUN 2022

1. MATLAMAT

Memberikan pendedahan dan kemahiran kepada pelajar tentang penanaman sayuran dan pokok
menggunakan kaedah pertanian moden.

2. OBJEKTIF

i. Mengaplikasi ilmu mata pelajaran Pendidikan Kemahiran Hidup ( PERKEBUNAN ) secara


lapangan.

ii. Memberi peluang kepada murid dan guru untuk merasai pengalaman bertani secara moden.

iii. Memberi pendedahan dan kemahiran tentang asas keusahawanan pertanian.

iv. Mengaplikasi kemahiran manipulatif, pengurusan diri dan pengurusan tingkahlaku semasa
berkebun.

v. Memupuk minat murid dan guru dalam bidang pertanian serta menyahut seruan kerajaan untuk
menjadi sebuah sekolah berinovasi

4. LATAR BELAKANG

Kajian yang dijalankan oleh Heward (2000) mendapati bahawa 50% - 70% OKU tidak mempunyai pekerjaan
dan menerima pendapatan yang minima. Matlamat utama program pendidikan khas untuk golongan istimewa
bertujuan mengajar kemahiran yang membolehkan pelajar bersedia sebelum tamat alam persekolahan
kepada kehidupan dalam komuniti. Kejayaan dalam hidup banyak dipengaruhi oleh kualiti pendidikan dan
latihan yang diterima. (Groupil, Tasse, Garcimdore, 2002).

Di Malaysia pendidikan untuk OKU mempunyai kaitan dengan konsep masyarakat penyayang yang
bertujuan memberi peluang kepada mereka integrasi dengan ahli masyarakat lain membina sikap positif
terhadap warga OKU serta memastikan mereka menerima peluang pekerjaan dan jaminan hidup berkualiti.
Kajian Norasmah dan Safani (2004) menguatkan kenyataan apabila terdapat kajian yang mereka lakukan
menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan ciri-ciri keusahawanan antara pelajar bermasalah
penglihatan dengan pelajar normal. Ini menunjukkan bahawa orang kurang upaya juga mempunyai ciri-ciri
keusahawanan. Malahan tahap ciri-ciri keusahawanan orang kurang upaya adalah sama atau hampir sama
dengan golongan normal. (Norasmah & Safani, 2004).
Menyedari kepada keperluan sebenar golongan murid-murid khas ini, Kelas PPKI SK KOK LANAS
telah mengambil langkah untuk menjalankan Projek Kebun Mini Penanaman Sayuran Menggunakan Kaedah
Pertanian Bandar mulai tahun 2022. Projek ini akan dilaksanakan di tapak pertanian kelas PPKI di belakang
makmal komputer .

Pokok yang akan ditanam adalah sayuran berdaun seperti sawi dan kangkong kerana ianya
memerlukan penjagaan yang mudah, bersesuaian dengan kawasan dan tenaga murid-murid dan guru ppki.
Walaubagaimanapun, jenis tanaman mungkin berubah mengikut kesesuaian.

Pihak kami juga sedang berusaha untuk mendapatkan bantuan dan bimbingan daripada Jabatan
Pertanian Negeri melalui permohonan Projek Pembangunan Pertanian Komuniti, Kementerian Pertanian
Negara Malaysia

5. KAEDAH PERTANIAN YANG AKAN DIGUNAKAN

Untuk projek kebun mini ini, kami akan menggunakan sistem penanaman secara fertigasi, iaitu tumbuhan
ditanam didalam polibeg menggunakan sabut kelapa dan disiram larutan baja beberapa kali sehari secara
otomatik mengikut keperluan tunbuhan. Melalui kaedah ini, pemberian nutrien lengkap yang diperlukan oleh
zon akar boleh dikawal mengikut keperluan tanaman berdasarkan jenis dan peringkat pertumbuhan sesuatu
tanaman. Dengan itu, pembaziran sumber dapat dielakkan dan dapat mengelakkan tanaman mereka
daripada dijangkiti penyakit akar seperti Pythium, Fusarium, Rhizoctonia dan penyakit layu bakteria yang
kebanyakannya dibawa oleh tanah. Selain itu, sistem fertigasi amat berfaedah ketika hari cuti persekolahan
kerana tugasan menyiram dilakukan sepenuhnya oleh mesin secara automatik. Melalui kaedah pertanian
fertigasi ini juga pencemaran alam sekitar dapat dihindarkan.

Kelebihan kaedah pertanian secara fertigasi :

· Mengatasi masalah tanah seperti tidak subur, perumah penyakit dan perosak.

· Meningkatkan hasil per unit kawasan dengan kepadatan tinggi.

· Tiada masalah merumpai sekali gus mengurangkan risiko murid berhadapan serangga berbisa

· Kualiti hasil yang lebih baik.

· Mengurangkan penggunaan racun

· Pengurusan tanaman yang lebih sistematik.

· Pokok tetap terjaga walaupun sekolah sedang bercuti panjang


6. KUMPULAN SASARAN

Murid-murid dan guru pendidikan khas SK KOK LANAS yang mengambil aliran Kemahiran Hidup Bersepadu
(Perkebunan). Mereka akan keluar bertani mengikut jadual yang telah ditetapkan

7. TEMPAT

Tempat yang dipilih adalah kawasan lapang yang sedia ada di belakang Kelas Pendidikan Khas.

8. KOS PELAKSANAAN

i. Set lengkap sistem pertanian fertigasi 100 unit ( termasuk pemasangan ) – RM1580

9. SUMBER KEWANGAN

peruntukan Pendidikan Khas

10. JADUAL PELAKSANAAN

Januari

Minggu 1 - Pengenalan kaedah sistem fertigasi kepada guru dan murid

Minggu 2 - Penyediaan tapak

Minggu 3 - Menyemai benih

Minggu 4 - Penjagaan anak benih

Februari

Minggu 1 – Menanam pokok

Minggu 2 – Merawat tanaman

Minggu 3 – Merawat tanaman

Minggu 4 – Memungut hasi

(Pengulangan penanaman akan dilakukan setiap kali habis musim )


10. PENUTUP

Projek kebun mini penanaman sayuran menggunakan kaedah pertanian fertigasi ini dirasakan mampu untuk
memberikan impak yang cukup besar di dalam hala tuju program pendidikan khas integrasi. Sokongan
daripada pelbagai pihak amat diharapkan di dalam memastikan usaha ini mencapai kejayaan.

Sekian, terima kasih.

Disediakan Oleh,

……………….
(Cikgu Suhaimi bin Zainuddin)
Guru Mata Pelajaran Kemahiran Hidup ( Perkebunan )
PPKI SK Kok Lanas

Disemak Oleh,

……………….
(Cikgu Ab Rahim bin Yahya)
Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas
SK Kok Lanas

Diluluskan Oleh,

……………….
(Cikgu Khairul Faezi bin Alang Wahab)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Kok Lanas

You might also like