You are on page 1of 5

KERTAS CADANGAN

1. TAJUK

Projek Kebun Mini untuk Kelas Program Pendidikan Khas Integrasi, SK Kok Lanas tahun 2022

2. MATLAMAT

Memberikan pendedahan dan kemahiran kepada pelajar tentang penanaman sayuran dan pokok
menggunakan kaedah pertanian bandar

3. OBJEKTIF

i. Mengaplikasi ilmu mata pelajaran Pendidikan Kemahiran Hidup ( PERKEBUNAN ) secara lapangan.

ii. Memberi peluang kepada pelajar dan guru untuk merasai pengalaman bertani secara moden.

iii. Memberi pendedahan dan kemahiran tentang asas usahawan pertanian.

iv. Mengaplikasi kemahiran manipulatif, pengurusan diri dan pengurusan tingkahlaku semasa berkebun.

v. Memupuk minat murid dan guru dalam bidang pertanian serta menyahut seruan kerajaan untuk
menyemarakkan lagi program pembangunan pertanian komuniti yang dilancarkan oleh Jabatan Pertanian

4. LATAR BELAKANG

Kajian yang dijalankan oleh Heward (2000) mendapati bahawa 50% - 70% OKU tidak mempunyai pekerjaan
dan menerima pendapatan yang minima. Matlamat utama program pendidikan khas untuk golongan istimewa
bertujuan mengajar kemahiran yang membolehkan pelajar bersedia sebelum tamat alam persekolahan
kepada kehidupan dalam komuniti. Kejayaan dalam hidup banyak dipengaruhi oleh kualiti pendidikan dan
latihan yang diterima. (Groupil, Tasse, Garcimdore, 2002).

Di Malaysia pendidikan untuk OKU mempunyai kaitan dengan konsep masyarakat penyayang yang
bertujuan memberi peluang kepada mereka integrasi dengan ahli masyarakat lain membina sikap positif
terhadap warga OKU serta memastikan mereka menerima peluang pekerjaan dan jaminan hidup berkualiti.
Kajian Norasmah dan Safani (2004) menguatkan kenyataan apabila terdapat kajian yang mereka lakukan
menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan ciri-ciri keusahawanan antara pelajar bermasalah
penglihatan dengan pelajar normal. Ini menunjukkan bahawa orang kurang upaya juga mempunyai ciri-ciri
keusahawanan. Malahan tahap ciri-ciri keusahawanan orang kurang upaya adalah sama atau hampir sama
dengan golongan normal. (Norasmah & Safani, 2004).

Menyedari kepada keperluan sebenar golongan murid-murid khas ini, Kelas PPKI SK KOK LANAS
telah mengambil langkah untuk menjalankan Projek Kebun Mini Penanaman Sayuran Menggunakan Kaedah
Pertanian Bandar mulai tahun 2022. Projek ini akan dilaksanakan di tapak pertanian kelas PPKI di belakang
makmal komputer .

Pokok yang akan ditanam adalah sayuran berdaun seperti sawi dan kangkong kerana ianya
memerlukan penjagaan yang mudah, bersesuaian dengan kawasan dan tenaga murid-murid dan guru ppki.
Walaubagaimanapun, jenis tanaman mungkin berubah mengikut kesesuaian.

Pihak kami juga sedang berusaha untuk mendapatkan bantuan dan bimbingan daripada Jabatan
Pertanian Negeri melalui permohonan Projek Pembangunan Pertanian Komuniti, Kementerian Pertanian
Negara Malaysia

5. KAEDAH PERTANIAN YANG AKAN DIGUNAKAN

Untuk projek kebun mini ini, kami akan menggunakan sistem penanaman menggunakan bekas, iaitu ditanam
didalam polibeg menggunakan sabut kelapa dan disiram larutan baja beberapa kali sehari mengikut
keperluan. Melalui kaedah ini, pemberian nutrien lengkap yang diperlukan oleh zon akar boleh dikawal
mengikut keperluan tanaman berdasarkan jenis dan peringkat pertumbuhan sesuatu tanaman. Dengan itu,
pembaziran sumber dapat dielakkan dan dapat mengelakkan tanaman mereka daripada dijangkiti penyakit
akar seperti Pythium, Fusarium, Rhizoctonia dan penyakit layu bakteria yang kebanyakannya dibawa oleh
tanah. Selain itu, pencemaran alam sekitar dapat dihindarkan.

Kelebihan kaedah ini

· Pemberian nutrien lengkap yang boleh dikawal mengikut kehendak tanaman berdasarkan jenis dan
peringkat pertumbuhan sesuatu tanaman.

· Mengatasi masalah tanah seperti tidak subur, perumah penyakit dan perosak.

· Meningkatkan hasil per unit kawasan dengan kepadatan tinggi.


· Tiada masalah merumpai sekali gus mengurangkan risiko murid berhadapan serangga berbisa

· Boleh dikendalikan dengan mudah oleh murid

· Kualiti hasil yang lebih baik.

· Mengurangkan penggunaan racun

· Pengurusan tanaman yang lebih sistematik.

· Pokok tetap terjaga walaupun sekolah sedang bercuti panjang

6. KUMPULAN SASARAN

Murid-murid dan guru pendidikan khas SK KOK LANAS yang mengambil aliran Kemahiran Hidup Bersepadu
(Perkebunan). Mereka akan keluar bertani mengikut jadual yang telah ditetapkan

7. TEMPAT

Tempat yang dipilih adalah kawasan pertanian yang sedia ada di belakang makmal komputer.

8. KOS PELAKSANAAN

- 100 helai Polibeg Putih 16″ x 16″

- 2 set penyiram automatik

- 2 unit weedmat

- 1 unit Pengukur Masa Digital (Digital Timer)

- 1 set Baja Fertigasi A dan B

- 16mm polypipe (10 meter)

- 1 unit tangki/tong air

- 50 guni sabut kelapa cocopeat


- 2 set Biji benih

9. SUMBER KEWANGAN

10. JADUAL PELAKSANAAN

Januari

Minggu 1 - Pengenalan kaedah sistem fertigasi kepada guru dan murid

Minggu 2 - Penyediaan tapak

Minggu 3 - Menyemai benih

Minggu 4 - Penjagaan anak benih

Febuari

Minggu 1 – Menanam pokok

Minggu 2 – Merawat tanaman

Minggu 3 – Merawat tanaman

Minggu 4 – Memungut hasil

Pelajar-pelajar akan melaksanakan projek ini sebanyak 3 musim setahun dan mereka akan ke tapak
tanaman mengikut jadual pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup (Perkebunan)

10. PENUTUP
Projek kebun mini penanaman sayuran menggunakan kaedah pertanian bandar ini dirasakan mampu untuk
memberikan impak yang cukup besar di dalam hala tuju program pendidikan khas integrasi. Sokongan
daripada pelbagai pihak amat diharapkan di dalam memastikan usaha ini mencapai kejayaan.

Terima kasih.

You might also like