You are on page 1of 1
|http://alraufi. blogspot.com/2010/12/himpunan-pelbagai-doa.html Doa Sepanjang 10 Muharram Yang Pertama Amalan ini dilakukan pada setiap hari sepanjang 10 hari bulan Muharram yang pertama, Al-Allamah Sayyid Ahmad ibn Zaini Dahlan al-Hasani, menyatakan, hendaklah dibaca doa ini sebanyak tiga kali pada setiap hari selama 10 hari bulan Muharram yang pertama, agar terpelihara daripada syaitan sepanjang tahun itu, iaitu isthaimen we! plas aoc aI ike i Fa “Ya Allah! Sesungguhnya Engkau adalah Qadim dan ini adalah tahun baru yang telah menjelang, kami memohon kepadaMu daripada kebaikannya, kami berlindung denganMu daripada kejahatannya dan kami memohon perlindungan daripada kerosakan dan kesibukannya, maka kurniakanlah kepada kami pemeliharaan daripada syaitan yang direjam. Ya Allah! Sesungguhnya Engkau telah memberi kuasa ke atas kami musuh yang melihat keaiban kami dan aurat kami dari hadapan kami, belakang kami, kanan kami dan kiri kami, dia melihat kami dan kuncu-kuncunya dalam keadaan kami tidak dapat melihat mereka (iblis dan syaitan), Ya Allah! Putus asakanlah ia daripada menghasut kami sebagaimana Engkau telah putus asakannya daripada rahmatMu, dan Engkau putuskanlah ia daripada kami sebagaimana Engkau telah memutuskan dia daripada keampunanMu, jauhkanlah di antara kami dan dia sebagaimana Engkau telah membentengkan di antara dia dan keampunanMu, Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa untuk melakukannya dan Engkau Maha Melakukan apa sahaja yang Engkau kehendaki, Semoga Allah ‘melimpahkan rahmat dan kesejahteraan ke atas penghulu kami Muhammad dan ke atas keluarga serta sahabat-sahabat Baginda,” Saya Al-Fagir Al-Hagir ila Rahmatillah Ta’ala Muhamad Rauf Bin Minhat telah mendapat ijazah amalan ini daripada Asy-Syeikh Muhammad Fuad Bin Kamaludin Al-Maliki, daripada Sayyid Muhammad ibn “Alawi Al-Hasani, daripada Syeikh Hassan Yamani, daripada ayahandanya Syeikh S: daripada Sayyid Ahmad Zaini Dahlan Mufti Mazhab Syaf?’i di Makkah (wafat 1304H di Madinah)

You might also like