You are on page 1of 1

Pusat Sri Angsana,

Amanah Ikhtiar Baling,


09100 Baling,
Kedah Darul Aman.
Imam Masjid, 16 Mei 2022
Masjid Al-Ariffin,
Kampung Gua Reban,
09200 Kupang, Kedah.

Tuan,

Memohon Kebenaran Untuk Menggunakan Dewan Masjid

Merujuk kepada perkara diatas, pihak Pusat Sri Angsana, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
Cawangan Baling memohon kebenaran pihak tuan untuk menggunakan Dewan Masjid Al-
Ariffin Kampung Gua Reban.

2. Hal ini kerana pihak kami merancang untuk melaksanakan jamuan Hari Raya
Aidilfitri bagi pusat kami seperti ketetapan berikut

Tarikh : 21 Mei 2022


Masa : 2.00 petang sehingga 4.00 petang
Tempat : Dewan Masjid Al – Ariffin, Kg Gua Reban
Bilangan Peserta : 300 orang ahli

3. Pihak kami berharap, pihak tuan dapat membenarkan permohonan penggunaan dewan
ini bagi memastikan program yang dirancang dapat berjalan lancar. Pihak kami akan
memastikan kebersihan dewan di jaga semasa dan selepas program. Pihak kami juga akan
memastikan pengisian program dan tatatertib peserta terkawal seiring menjaga kesucian dan
keharmonian institusi dan premis masjid.

4. Pihak tuan boleh menghubungi saya Puan Nurihan Binti Abdul Wahab ditalian 014-
3223686 untuk sebarang pertanyaan berkaitan program. Segala kerjsama dan budi baik pihak
tuan, saya dahulu dengan ucapan terima kasih.

Sekian, harap maklum.

Yang benar,

.................................................
Nurihan Bt Abdul Wahab
Setiausaha,
Program Jamuan Hari Raya Aidilfitri,
Pusat Sri Angsana,
AIM Cawangan Baling.

You might also like