You are on page 1of 2

BAHAGIAN D: PENULISAN REFLEKTIF

Syukur kepada Tuhan kerana limpah dan kurniaNya, akhirnya saya


mampu menyiapkan kerja kursus WAJ 3105 Literasi Nombor ini pada masa yang
ditetapkan dengan jayanya biarpun pelbagai masalah telah saya hadapi
sepanjang penghasilan tugasan ini.

Daripada tugasan ini, saya telah mengalami satu pengalaman di mana


kami menyelesaikan tugasan berkumpulan dengan hanya berpandukan
kemudahan komunikasi iaitu telefon bimbit. Kesukaran untuk bertemu ini berlaku
kerana kami menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah fasa kedua di tempat
masing-masing sebelum penghantaran tugasan projek ini. Sebelum PBS II
berjalan pula ialah cuti raya. Tugasan bekumpulan ini ialah membuat brosur,
oleh itu, untuk mengatasi kekangan tidak dapat berbincang, makakami telah
berhubung dan mencari maklumat masing-masing terlebih dahulu sebelum
memasukkan maklumat tersebut ke dalam bentuk brosur. Di sini dapat saya
simpulkan bahawa biarpun terdapat kekangan dalam menghasilkan
perbincangan bersemuka, namun begitu komitmen yang tinggi dari ahli
kumpulan telah memungkinkan tugasan untuk berjalan dengan lancar.

Selain itu, saya turut mengalami kesukaran untuk memahami bahan serta
maklumat dalam Bahasa Melayu kerana selama ini saya telah biasa
menggunakan Bahasa Inggeris dalam subjek Matematik. Oleh itu, Bagi tugasan
Literasi Nombor ini, saya agak pening dan keliru apabila melihat perkataan
seperti teselasi, satah dan lain-lain kerana perkataan-perkataan tersebut terasa
asing dan janggal untuk digunakan. Selain itu, kesukaran untuk mendapatkan
maklumat dalam Bahasa Melayu dalam interet turut menyukarkan tugasan ini
berjalan kerana rata-rata maklumat adalah dalam Bahasa Indonesia. Namun,
segala kekangan yang dihadapai ini dapat diatasi setelah berulang kali saya
mengkaji dan turut merujuk kepada sumber dari Bahasa Inggeris dan akhirnya
dapat membantu saya untuk memahami tajuk berkenaan. Dalam usaha mencari
maklumat pula, saya menggunakan google.com.my untuk mencari dapatan
dalam konteks Malaysia dan akhirnya membuahkan hasil.

9
Tugasan ini berkait rapat dengan topik pengukuran dan ruang. Kita sering
kali mengabaikan kepentingan aplikasi kedua-dua konsep ini dalam dunia
sebenar. Namun begitu tanpa kita sedari, pengukuran dan ruang adalah sangat
penting dalam kehidupan seharian. Melalui tugasan ini, saya telah mempelajari
bahawa, pengukuran adalah penting dalam menentukan kesihatan serta
keselamatan diri kita. Sebagai contoh, sekiranya bahan tambahan, bahan awet
atau bahan beracun dalam makanan adalah pada tahap makro seperti nutrisi
yang lain,yakni, nyawa kita akan terancam dan mengalami keracunan.
Pengambilan Monosodium Glutamat atau dikenali sebagai Ajinomoto dalam
kuantiti yang berlebihan mampu menjadi penyebab kanser. Oleh itu, pengukuran
adalah penting. Bagi ruang pula, setiap perkara di sekeliling kita
mengaplikasikan konsep ruang. Jika kita melihat lantai di rumah, bentuk bola
malahan baju yang kita pakai semuanya mempunyai teselasi sama ada sekata,
separa atau tidak sekata. Pembinaan sesebuah rumah juga memerlukan aplikasi
konsep ruang. Sekiranya susunan bata bagi rumah tidak sesuai, maka robohlah
rumah tersebut. Oleh itu, dapat saya simpulkan bahawa, tugasan yang diberi ini
bukan hanya penulisan akademik semata-mata, namun turut memberi manfaat
dan kesedaran dalam kehidupan kita sehari-hari.

Secara kesimpulannya tugasan bagi komponen WAJ3105 Literasi


Nombor ini adalah berguna dan bermanfaat bagi pelajar Program Ijazah Sarjana
Muda Perguruan. Namun begitu, diharapkan agar soalan yang dikemukakan
adalah lebih jelas difahami kerana saya telah mengalami kesukaran dalam
memahami kesukaran dan pelbagai pentaksiran yang berbeza dari pelbagai
pihak telah saya dengari dan saya sedar kekurangan ini juga turut berpunca dari
diri sendiri. Secara keseluruhannya, saya telah mendapat banyak input yang
berguna melalui tugasan projek ini. Diharapkan agar pengetahuan yang saya
perolehi ini dapat saya aplikasikan di sekolah apabila saya telah mengajar kelak.

10

You might also like