You are on page 1of 2

Covid-19 yang melanda dunia telah mengakibatkan rencatnya aktiviti-aktiviti seharian

masyararat termasuklah dalam bidang pendidikan. Meninjau pelaksanaan aktiviti kokurikulum di


sekolah-sekolah dalam norma baharu, terdapat beberapa garis panduan yang perlu dipatuhi oleh
semua pihak yang terlibat termasuklah pelajar, guru-guru serta pentadbir sekolah. Berikut adalah
garis panduan yang perlu diikuti :

Sebagai pentadbir sekolah, adalah menjadi tanggungjawab untuk memaklumkan kepada guru
atau jurulatih bahawa aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka termasuk amali di luar
kelas dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK) serta Sains
Sukan adalah dibenarkan dengan mengambil kira penjarakan fizikal, kebersihan dan
keselamatan. Seterusnya, pentadbir juga bertanggungjawab untuk mengadakan sesi taklimat
prosedur pelaksanaan aktiviti kepada guru dan jurulatih serta warga sekolah. Selain itu, pentadbir
juga perlu memberikan penerangan dan kefahaman berterusan kepada murid dan guru mahupun
jurulatih mengenai kepentingan amalan penjarakan fizikal, kebersihan serta keselamatan diri
bagi mencegah penularan jangkitan COVID-19.

Seterusnya, pentadbir hendaklah menyebarluaskan prosedur dan panduan pelaksanaan


aktiviti supaya mudah dirujuk oleh guru serta murid serta memaklumkan jadual terkini aktiviti
kepada ibu bapa atau penjaga. Bukan setakat itu sahaja, pentadbir perlu memastikan murid yang
bergejala tidak dibenarkan menyertai aktiviti. Di samping itu, pentadbir bertanggungjawab dalam
memastikan murid mempunyai imuniti badan yang rendah mendapat kebenaran daripada ibu
bapa penjaga sebelum menyertai sebarang aktiviti kokurikulum.

Adalah menjadi tanggungjawab pentadbir untuk memastikan aktiviti yang dijalankan


oleh guru mematuhi prosedur yang telah ditetapkan dan memastikan penganjuran pertandingan
atau kejohanan dilaksanakan berdasarkan SOP yang sedang berkuatkuasa dengan mengambil
kira penjarakan fizikal, kebersihan dan keselamatan sekalugus memberi penekanan kepada aspek
kebersihan sebelum, semasa dan selepas aktiviti dijalankan.

Guru Penasihat Sukan dan Kokurikulum pula bertanggungjawab dalam merancang


aktiviti mengikut kesesuaian tempat serta ruang dalam kawasan sekolah dengan mengambil kira
penjarakan fizikal. Seterusnya, mereka juga perlu melaksanakan aktiviti yang bersesuaian
dengan kemudahan peralatan dan mengikut ketetapan sekolah masing-masing. Guru turut perlu
melaksanakan aktiviti secara bersemuka atau secara dalam talian dan memastikan pelaksanaan
aktiviti mematuhi garis panduan sedia ada.

Dari segi pelaksanaan aktiviti kokurikulum pula, kehadiran guru atau jurulatih dan murid adalah
berdasarkan kepada jadual dan penggiliran aktiviti sukan dan kokurikulum. Pelan susun atur
disediakan dengan mengoptimumkan penggunaan padang, gelanggang,dan ruang lain yang
bersesuaian serta peralatan berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk digunakan.
Selanjutnya, murid-murid digalakkan mengguna peralatan sendiri seperti raket badminton, tali
ikatan dan alat muzik. Kemudahan seperti tandas perlu berada dalam keadaan bersih. Bilangan
murid yang menggunakan bilik mandi, persalinan mahupun tandas dihadkan mengikut kapasiti
bilik.

Ringkas, semua warga sekolah dikehendaki mengamalkan penjarakan sosial. Lebih lagi
apabila aktiviti kokurikulum dijalankan. Namun, sekiranya penjarakan fizikal tidak dapat
dilaksanakan atau sentuhan tidak dapat dielakkan, pemakaian pelitup separuh muka (face mask)
dan mencuci tangan dengan sabun. Ini adalah sangat penting untuk mengekang virus Covid-19
daripada terus merebak.

You might also like