You are on page 1of 11

KAJIAN KES SEJARAH TAHUN 5

“BANGKIT BERJUANG
PENJAJAH DITENTANG”

NAMA :
MUHAMMAD FAIZ ISYRAQ
BIN JAMERRY

KELAS :
5 CEKAL

SEKOLAH :
SK SEREMBAN 2A

MATAPELAJARAN :
SEJARAH
Dol Said atau nama sebenarnya Dato' Abdul
Said bin Omar dilahirkan pada tahun 1773
dan meninggal dunia pada tahun 1849 ketika
berusia 76 tahun. Beliau berketurunan suku
Semelenggang, Dol Said juga adalah
penghulu Naning yang ke sembilan selepas
menggantikan Penghulu Anjak pada tahun
1799 ketika beliau berusia 26 tahun.
Dol Said merupakan pemerintah Naning yang
ke-sembilan yang membantah pengenaan
cukai ke atas daerahnya oleh pihak British.
Beliau secara keras membangkang
kemasukan tentera British di Naning dengan
menunjukkan kebijaksanaan peperangan yang
telah mengalahkan pihak British dalam dua
kempen peperangan. Peperangan Naning,
yang berlaku pada tahn 1834 telah
menjadikan Dol Said seorang wira yang
berani yang telah mengukir tempat di
sejarah Melaka.
Sebab Dol Said menentang penjajah kerana :

1. Tidak bersetuju Naning diletakkan


sebagai sebahagian wilayah jajahan
British.

2. Mengingkari arahan British supaya


menghantar satu persepuluh sebagai ufti
kepada negeri Melaka.

1. Dari sudut sejarah, penentangan ini


merupakan penentangan yang paling awal
di Tanah Melayu, berlaku dalam tahun
1831.
1. Pada tahun 1831, British menghantar
tentera untuk menjajah Naning tetapi
ditentang oleh Penghulung Dol Said.

2. Dol Said Berjaya mengalahkan 150 orang


tentera British di bawah pimpinan
Kapten Wylie yang hendak menawan
Taboh kerana bantuan ketenteraan
daripada Yamtuan Ali, Syed Shaban,
Dato Kelana Sungai Ujong dan Penghulu
Gemencheh.
3. Pada tahun 1832, Dol Said dikalahkan
dalam serangan kali kedua kerana
tentera British seramai 1200 orang
dan Dol Said tidak mendapat bantuan
daripada sesiapa pun.
1. British berjaya menyatukan Naning
dengan Melaka.
2. Dol Said diberi pencen dan rumah di
Melaka.
3. British kerugian sebanyak 100 000
paun sterling.
4. Walaupun orang Naning gagal dalam
perang tetapi Berjaya menghidupkan
semangat juang di kalangan bangsa
Melayu.
Pengajaran yang saya dapat dari peristiwa
penentangan Dol Said ialah :

1. Kita perlulah menjaga nama baik


negara kita.

2. Kita mestilah mempertahankan tanah


air kita.

3. Kita harus mencontohi jejak langkah


Dol Said.
Sejak kecil lagi Dol Said mempunyai sifat
keberanian apabila beliau mula belajar
ilmu mempertahankan diri pada umur
beliau enam tahun. Dol said seorang yang
tekun mengaji, cekap dalam seni
mempertahankan diri dan sentiasa
dihormati oleh orang ramai. Dol Said juga
seorang yang taat kepada kedua orang
tuanya.
Dengan sikap terpuji dan jasa beliau
inilah Dol Said telah menjadi contoh
pahlawan dan pejuang kemerdekaan yang
jasanya akan dikenang dan diingati
sepanjang hayat

You might also like